Logo Background RSS

Tadika Fitrah Center [Pusat didikan generasi muslim cilik cemerlang]

  • dsc_1625

    Assalamualaikum w.b.t…

    Sekembalinya saya memulakan tugas di Fitrah Power setelah hampir 2 bulan berkhidmat di Fitrah Center yang merupakan Tadika dan Taska di bawah kendalian Ustaz Ahmad Shukri dan isterinya Puan Nabihah. Tadika ini telah tertubuh dan beroperasi hampir lebih 3 tahun yang terletak di Taman Universiti, Kajang berhampiran dengan KTM stesen UKM. Saya berkhidmat secara sementara menggantikan kekosongan penyelia yang kini telah pun selamat diambil alih oleh guru yang baru memulakan tugas selepas cuti bersalin beberapa bulan yang lalu.

    Alhamdulillah, saya benar-benar menghargai pengalaman selama saya menguruskan Fitrah Center di bahagian pentadbiran sekaligus menjadi tenaga pengajar anak-anak yang masih mentah dan dahagakan ilmu. Menguruskan kanak-kanak ini benar-benar memerlukan kesabaran dan hemah yang tinggi. Cabarannya besar dan adakalanya menggugat kesabaran dalam menghadapi kerenah mereka yang berbagai-bagai. Namun Alhamdulillah, saya dapat menghadapinya dengan tenang dan ianya benar-benar mengajar saya erti kesabaran dan keteguhan daripada segi fizikal dan mental.

    Kesukaran memang saya hadapi ketika berada di dalam situasi di tadika di mana kanak-kanak yang terlalu aktif dan kebanyakan daripada mereka ada yang baru pertama kali berada di dalam kelas untuk belajar, jadi sikap manja dan inginkan perhatian lebih seperti yang mereka peroleh dari ibu bapa di rumah menyukarkan guru untuk menarik perhatian mereka semasa sesi mengajar. Kelas yang dibahagikan kepada kelas 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun itu menempatkan pelajar seramai 34 orang. Pelajaran asas yang di berikan penekanan ialah solat sunat dan wajib, bacaan Qiraati dan mata pelajaran mengikut modul pendidikan tadika. Selain itu nilai-nilai murni seorang muslim di terapkan dalam diri dan peribadi para pelajar seperti menghormati ibubapa, guru-guru dan rakan sebaya. Menariknya anak-anak ini terlalu mudah mengikut dan meniru gaya dan percakapan orang yang lebih dewasa dari mereka. Oleh kerana itu kita perlu teliti dalam segala tindakan dan percakapan semasa berada dikalangan mereka. Mereka akan lebih mudah mendengar nasihat dan teguran jika teguran itu diberi dalam keadaan yang bermaruah, bukan dengan cara menengking atau mengherdik. Panggil mereka secara individu dan duduk bercakap dengan lembut dan penuh kasih sayang. Ada juga diantara mereka yang cuba melakukan sesuatu tindakan di luar kawalan guru dengan niat untuk mendapat perhatian guru setelah terasa diri mereka diabaikan, tetapi perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang berhemah dan kebijaksanaan guru.

    Walau apapun, berhadapan dengan kanak-kanak ini walaupun sedikit mencabar namun hati kita akan tetap terubat dengan keletah yang comel dan kemanjaan mereka.  Saya benar-benar dapat rasakan dunia yang indah tatkala berhadapan dengan kanak-kanak, dan semoga selepas ini masih ada lagi peluang untuk saya berhadapan dengan kerenah mereka lagi.

    Sekian…wassalam…

    NurStudio@staffFP

  1. #1 kiki
    February 18th, 2009 at 4:32 pm

    salam….
    saya berminat untuk menjadi guru tadika…
    masih ada kekosongan lagi di tadika fitrah center??
    kalau ada..apa syarat kelayakan?

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 aeen
    March 19th, 2010 at 5:41 pm

    :em54: suke la memek muke kt ats nie…hehehe :em02:

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 aeen
    March 19th, 2010 at 5:43 pm

    :em32: suke,suke,suke,suke :em47:

    Post ReplyPost Reply
Tinggalkan komen/pendapat
Website ini menggunakan gravatar (globally-recognized-avatar) untuk memaparkan avatar anda di setiap komen. Untuk mendapatkan gravatar anda, sila register di Gravatar.com

  • :em09:
  • :em24:
  • :em29:
  • :em17:
  • :em05:
  • :em64:
  • :em57:
  • :em63:
  • :em42:
  • :em26:
  • :em06:
  • :em11:
  • :em21:
  • :em61:
  • :em67:
  • :em41:
  • :em51:
  • :em50:
  • :em34:
  • :em47:
  • :em65:
  • :em12:
  • :em18:
  • :em49:
  • :em38:
  • :em66:
  • :em39:
  • :em16:
  • :em46:
  • :em22:
  • :em19:
  • :em71:
  • :em45:
  • :em54:
  • :em36:
  • :em69:
  • :em37:
  • :em62:
  • :em20:
  • :em28:
  • :em03:
  • :em52:
  • :em04:
  • :em23:
  • :em32:
  • :em27:
  • :em59:
  • :em07:
  • :em25:
  • :em02:
  • :em60:
  • :em31:
  • :em13:
  • :em68:
  • :em48:
  • :em35:
  • :em55:
  • :em01:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em40:
  • :em14:
  • :em33:
  • :em56:
  • :em44:
  • :em70:
  • :em15:
  • :em58:
  • :em08:
  • :em43:
  • :em53: