Doa Dipermudahkan Segala Urusan
Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:
Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).
Doa ini amat digalakkan kepada kita untuk membacanya kerana setiap hari kita mempunyai pelbagai urusan yang perlu diselesaikan dalam hidup. Tidak dapat tidak, kita mesti berusaha untuk memenuhi segala urusan yang telah kita rancangkan itu. Untuk memperoleh berkat disebalik semua urusan yang akan dan telah dilakukan sebaik-baiknya kita mengamalkan doa diatas sebagai panduan sepanjang hayat kita.



Assalamualaikum Ustaz,
Harap Ustaz siarkan doa agar umur tidak sampai nyanyuk, dan minta ustaz ulaskan. Jazakallah khair.
ustaz bagaimana cara uruskan kerja dapat diselesaikan dengan mudah dan berjaya agar tidak gagal dalam urusan diri sendiri?
Assalamualaikum Ustaz,
Seseorang yg bukan islam telah melarikan wang deposit pembelian kereta saya. Saya telah membuat sembahyang hajat dan bacaan yassin hampir setiap hari supaya dia pulangkan wang saya tapi tak berjaya. Apakah amalan lain yang boleh saya lakukan.
salam ustaz, saya ingin mendapatkan doa memudahkan urusan kerja dan melembutkan hati pelanggan. terima kasih
Salam, terima kasih atas perkongsian yg bermakna…