Info Korporat

Print

Fitrah Power Resources ialah sebuah konsultan dan perunding motivasi untuk pelbagai lapisan masyarakat daripada peringkat remaja sehingga eksekutif syarikat dengan penampilan formula baru yang digelar sebagai Fitrah Power iaitu satu kuasa yang terpendam di dalam diri setiap individu yang mesti dipupuk dan dibaja untuk membina kecemerlangan perhubungan dengan Maha Pencipta dan perhubungan sesama manusia.

Terletak di Pusat Bandar, Bandar baru Bangi, syarikat ini telah ditubuhkan pada  8 November 2005 dan merupakan syarikat Pemilikan Tunggal bertaraf Bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Ia menawarkan perkhidmatan kursus latihan motivasi dan seminar untuk pelbagai lapisan masyarakat bermula dari peringkat remaja, famili, kakitangan sokongan sehingga ke peringkat eksekutif dan pegawai.

 

OBJEKTIF

Objektif penubuhannya ialah bagi memperkenalkan formula ‘Fitrah Power’ sebagai satu pendekatan khas dan terbaik untuk membangkitkan potensi diri dalam setiap individu bermula dari remaja, keluarga, kakitangan sokongan sehingga ke peringkat tertinggi.

 

VISI

Menjadi sebuah syarikat latihan dan pembangunan sumber manusia berteraskan nilai-nilai Islam dengan pendekatan kontemporari dan bersifat praktikal.

 

MISI

Membangunkan manusia dengan menghayati dan mengaplikasi potensi fitrah untuk menjadi insan yang cemerlang secara holistik.

 

KELAYAKAN


Fitrah Power telah didaftarkan sebagai penyedia latihan di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (PSMB) mengikut kelas pendaftaran dan untuk melaksanakan Skim-skim Latihan seperti SBL. Fitrah Power didaftarkan dalam ketegori B yang mana syarikat ini dibenarkan untuk menyediakan kursus soft skills di bawah Skim SBL dan SBL-Khas sahaja.

 

 

Fitrah Power telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia  (KKM) dalam bidang bekalan dan perkhidmatan. 

 

 

Fitrah Power telah didaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. 

 

 

 

Friday the 21st. © Copyright 2005-2012 FITRAH POWER RESOURCES. Hakcipta Terpelihara. Designed by MAM | Home | Joomla 3 Templates |