Fitrah Anak-anak Cenderung Mewarisi Peribadi Bapa
-

Assalamualaikum w.b.t
Allah berfirman di dalam Al-Quran surah Al-Kahfi ayat 82:

Maksudnya: “…dan di bawah (tembok) itu ada simpanan dari harta kekayaan kedua anak yatim iu, seorang bapa mereka dahulu adalah seorang yang soleh…”
Dan firman Allah dalam surah Maryam ayat 28:

Maksudnya: ” Wahai saudara perempuan Harun, bapamu dahulu bukanlah orang yang berakhlak buruk…”
Huraian
Ayat pertama menceritakan tentang kisah nabi Khidir yang memperbaiki pagar tmbok yang hampir roboh milik dua anak yatim di suatu desa di Palestin ketika beliau merantau bersama Musa A.S. Di bawah pagar tembok anak yatim ini terdapat kekayaan terpendam. Nabi Khidir mengetahui hal ini dari wahyu yang Allah berikan kepadanya. kerana itu, pagar tembok yang hampir roboh ini diperbaiki oleh nabi Khidir. Kemudian Nabi Musa meminta Nabi Khidir supaya meminta upah dari pemilik pagar tembok tersebut, tetapi nabi Khidir enggan dan memberitahu bahawa bapa pemilik itu dahulunya adalah seorang yang soleh.
Mengapa bapa?
Disebutkan bapa pada sebahagian besar ayat-ayat Al-Quran yang membicarakan masalah ibu bapa yang harus memberikan tumpuan kepada perasaan yang terpendam dalam diri anak-anak. Allah menyatakan masalah ini dengan lebih menyebutkan bapa sehingga istilah ibubapa itu lebih cenderung bermaksud bapa.
Al-Quran menyebutkan bapa lebih menonjol daripada ibu dalam sebahagian besar ayat-ayat yang berkenaan keluarga bukan semata-mata mengikuti langgam bahasa Arab, tetapi kerana fitrah anak-anak itu cenderung membanggakan bapanya berbanding ibunya. Antara beberapa alasan yang logik di sini seperti:
a) Anak dilahirkan dengan benih daripada lelaki
b) Bapa lebih besar kewibawaannya daripada ibu.
c) Tanggungjawab bapa lebih besar dalam usaha memenuhi keperluan keluarganya.
d) Allah menetapkan lelaki adalah sebagai pemimpin dan pembimbing keluarga.
Jelaslah di sini peranan seorang lelaki itu besar, justeru mental anak-anak akan lebih dominan mengakui kehebatan dan kepentingan bapanya berbanding ibunya. Apabila bapa memberikan contoh yang baik, maka secara automatiknya anak akan lebih cenderung mengikutnya dan sekaligus membantu kepada pertumbuhan keperibadian anak yang positif. Namun apabila bapa tidak memberikan contoh yang baik kepada anak-anaknya, maka di situ akan terjadilah kekecewaan dan kehampaan anak itu terhadap bapanya lalu mengakibatkan gangguan kepada mental anak-anak tersebut. Apabila berlaku gangguan mental ini, anak-anak akan mencetuskan masalah seperti memberontak dengan melakukan perbuatan-perbuatan tertentu untuk menunjukkan tanda protesnya kepada ibu bapa. Di sini bapa haruslah memuhasabah diri dan membetulkan kembali kesilapannya untuk mengelakkan gangguan yang berterusan kepada mental anak-anak. Sebagai contohnya seorang anak yang mempunyi bapa yang suka merompak dan mencuri,anak pastinya merasa malu dengan rakan-rakannya. Perkara yang dilakukan oleh bapanya itu bukan sahaja merosakkan martabat bapa tetapi rasa kebanggaan anak terhadap orang tuanya. Ibu bapa hendaklah mengerti bahawa fitrah anak itu membaggakan bapanya, dan dengan fitrah inilah yang mampu membantu orang tua untuk memberikan bimbingan, arahan dan dorongan kepada anak-anaknya demi mencapai cita-cita yang diinginkan oleh orang tua mereka.
Memahami fitrah anak mungkin boleh diperoleh melalui pengalaman dan penelitian. Namun dengan memahami ayat-ayat yang telah tertulis di dalam Al-Quran akan lebih memantapkan keyakinan tentang fitrah anak kerana firan Allah itu pasti berbanding dengan pengalaman dan penelitian kerana ianya samar-samar dan ragu-ragu. Binalah emosi anak-anak dengan baik dan positif, jangan calarinya dengan peribadi kita yang masih belum bersih dan masih kotor. Berusahalah memperbaiki peribadi dan sikap kita ke arah membina generasi pewaris kita yang cemerlang dan berjasa.








October 15th, 2008 at 4:45 pm
Salam ustaz,
syukran. Untuk ana yang selalu berada jauh dari anak-anak ni, camna agaknya ustaz….seminggu skali je ber webcam…
Eid mubarak untuk ustaz &family (lama tak jumpa)
daing
p/s: kalau rajin ustaz komen skit blog peribadi ana yang daif..jzk
simple je dan bahasa pun tunggang langgang..:)
January 21st, 2009 at 7:05 pm
Mungkin ada betulnya fitrah anak-anak cenderung untuk membanggakan bapanya.
Saya suka membaca kisah2 Lukman Al Hakim yang selalu menasihati anak-anaknya dengan kata-kata yang terkesan di hati dan minda.
mungkin sebabnya sepanjang yang saya igt bapa saya tidak pernah pun menasihati saya seumpama itu…bukan utk menyalahkan beliau kerana saya tetap menghormati beliau, cuma terkilan kerana tiada kata-kata beliau yang dapat saya semat didalam hati dan fikiran untuk saya warisi.
Dan saya berazam perkara yang sama tidak akan berlaku kepada anak-anak saya nanti…sebab tue la dalam waktu ini saya berusaha untuk menambah sebanyak mugkin ilmu untuk dikongsikan dengan anak-anak nnti.
January 25th, 2009 at 1:06 pm
alhamdulillah.. kesedaran spt en faisalhanim itulah yg amt dibanggakn… mgkin ayah faisal tu kurng kmahiran berkomunikasi dgn anak2 sbb tu jrg dapat dgr nasihat berguna darinya… wp begitu tak guna untuk menyalahkan sesiapa skg terutama kpd ibu bapa sndiri, sblikny kita ambil pngajaran drpdnya dan lakukan terbaik untuk anak2…insyallah..
March 6th, 2009 at 10:21 am
Saye juge mengalami keadaan spt anda kerana jarang mendapat nasihat dari ayah..oleh itu saya lbey selesa berkomunikasi ngan mak..ayah seorang yang pendiam di rumah berbanding mak..
March 6th, 2009 at 11:04 am
Pengalaman saya dulu, swaktu kecil mmg ayah saya seorang yang sgt garang n tegas.. kami adik beradik mmg tkut untuk berhadapan dengan ayah saya… bila dia ada di ruang tamu sy akan masuk bilik, bila dia ada di bilik kami juga berada di bilik, takut untuk bertembung dgn dia. kami takkan lalu di laluan yg sama sbb takut sgt ertembung.maklumlah ayah sy tentera, sgt tegas. tapi alhamdulillah, lepas saya dapat smbung blaja di Universiti, ayah sy berubah skit perwatakan dia, dia jadi sgt caring dan terlalu mendahulukan sy spt menghantar dan mengambl sy stp kali cuti hujung minggu sms sy tinggal di asrama kat ampang. ayah slalu blanja makn n bnyk bg nasiht, kami slalu berborak dlm kereta spnjag perjalanan ke kampus shgg sy terlupa yg sy pernah melalui zaman ketakutan bila berhadapan dgn dia dulu. smpai skarang sy betul2 mghargai perubahan ayah sy tu… sbnrnya ayah kita bukanlah seorang yang pendiam atau tegas sgt, tapi dia menjaga kredibiliti dia sbg ayah. apabila sudah menjadi kebiasaan, so dia jd kekok untuk memulakan cara yg baru untuk mendekati anak-anak.. jd, kita sbg anak di alaf baru ni, kitalah yang cuba mengubah cara ayah kita tu untuk memulakan episod baru dengan anak2 dan anak2 jgnlah takut untuk bergurau dan berbual dengan ayah, sbb ayah ni sgt lembut hatinya wp dia cuba menampilkan ketegasannya, sering tanyakan khabar dan belikan benda kesukaannya, insyallah hubungan yang kaku ini akan berakhir dengan kemesraan dan kegembiraan Insyallah….