Kem Remaja SPIES [siri 5] DUN Seri Serdang dan Seri Kembangan
-
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah… Fitrah Power telah selesai melaksanakan Kem Remaja SPIES di Excel Training dengan kehadiran peserta yang diluar jangkaan iaitu 135 orang iaitu terdiri daripada kalangan bangsa Melayu, India dan China pada 25-26 Julai 2009. Reaksi dan komen yang positif kami terima daripada peserta, antaranya ialah program SPIES ini bukan hanya sesuai kepada orang Islam tetapi pengisiannya bersifat universal yang mana boleh disertai oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa, agama dan pegangan. Ikatan dan jalinan ukhwah yang diterapkan melalui setiap modul dan aktiviti telah membuatkan kesemua peserta tidak kira bangsa dapat bersatu dan bertukar-tukar pendapat sesama ahli kumpulan.

Prabu A/L Ravi, 17, Seri Kembangan:
“Saya berasa sangat seronok menghadiri Kem Remaja SPIES ini kerana daripada program inilah saya dapat mengenali diri, kelebihan dan potensi saya. Saya juga dapat meluahkan segala perasaan dan masalah saya di dalam program ini. Bagi saya program ini sangat sesuai disertai oleh semua orang tidak kira agama dan bangsa. Sudah pasti saya akan menyertai lagi program seperti ini di masa akan datang.”

Nalini A/P Moorthy, 19 , Seri Kembangan
“Program SPIES ini adalah terbaik, maklumat yang diberikan juga jelas, fasilitator yang ramah dan mesra, melayan kami semua dengan samarata. Program in juga melatih kami untuk bergaul dan bekerjasama dengan baik antara semua kaum tidak kira China mahupun Melayu. Saya rasa seronok menghadiri program ini”








July 30th, 2009 at 4:48 pm
saya pergi kem kt sini. best sgt sgt. tmpt pnginapan yg sgt selesa. pnceramah yg berkaliber. abang2 dan kakak2 yg byk mmberi tnjuk ajar yg brguna. rindu sgt kt kwn2 yg sy kenal di kem ni! kalo boleh, wat la kem ni 7 hari 6 malam
rasa nk pergi lg laa. BEST!!! 
August 3rd, 2009 at 6:40 pm
August 6th, 2009 at 2:44 am
Are you a professional journalist? You write very well.