Fitrah Power – Kursus Motivasi Tingkatkan Keupayaan Diri
 

Kursus Pemantapan Modal Insan

Posted by Eksekutif Kanan Fitrah Power on 3/3/2009


Shadow

dsc02053-copy

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Perkataan modal insan begitu sinonim dalam membangunkan diri agar menjadi insan yang lebih dekat kepada Allah SWT dan juga lebih mengenali diri sendiri. Modal insan perlu diperkukuhkan agar etika kerja dan juga nilai integriti dapat dimartabatkan ke tahap yang lebih tinggi.

Oleh kerana itu kerjasama antara Perbadanan Putrajaya dan Fitrah Power Resources, satu kursus Pemantapan Modal Insan telah berjaya dilaksanakan di Genting View Hotel pada 24-26 Februari 2009 yang lepas. Antara pengisian utama kursus ini ialah membangkitkan motivasi kerja kepada para peserta, di samping memperkukuh nilai-nilai jatidiri peserta untuk lebih berusaha dalam kerjaya.

Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 40 kakitangan sokongan telah memberikan komitmen yang baik di sepanjang tempoh kursus dijalankan. Pihak Fitrah Power sangat berbesar hati dan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peserta kursus dan juga urusetia dari PPJ kerana telah memudahkan segala perjalanan dan urusan untuk kursus ini. Semoga ukhuwah yang terjalin tidak hanya berakhir di sini.

Shadow

One Response to “Kursus Pemantapan Modal Insan”

  1. Posted by Eksekutif Kanan Fitrah Power on 3/3/2009

    Kak long! mana adil, ada yang buka mata, x jujur punya mat buka mata :em41: pepe pun thanks FP, banyak pengajaran yg kami dapat.. apa yg penting….. SURIA tetap juara “Comelnyo” :em32:

Leave a Reply

Shadow