Pilih Jodoh: Restu Ibu Bapa Beri Keyakinan
-
“Kita sangat perlu kepada redha atau restu ibu bapa dalam semua perkara termasuk dalam membina rumah tangga,” kata Ustaz Hj. Ahmad Shukri Yusoff, yang merupakan Ketua Unit Syariah dan Penerangan Khas, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.Menurutnya, redha ibu bapa amat penting kerana ia membekalkan kita keyakinan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Dan untuk mendapat redha ibu bapa, kita perlu menjaga hati mereka.
“Bayangkan kalau kita melangkah ke alam perkahwinan tanpa doa, restu atau redha ibu bapa, maka di hati kecil kita tidak akan ada keyakinan untuk menempuh alam yang baru itu,” ujar beliau.
Beliau berkata, perkahwinan merupakan satu proses untuk menyempurnakan agama. Tetapi, soal beliau, “Adakah sempurna agama jika sesuatu perkahwinan itu tidak mendapat restu ibu bapa?”
Katanya, perkahwinan yang dibina atas dasar cinta semata-mata umumnya tidak akan kekal lama. “Kalau berkahwin semata-mata kerana cinta, cinta boleh luntur. Kalau disebabkan dorongan seksual, ia juga boleh berkurang. Kalau berkahwin kerana duit, ini juga mungkin satu hari tidak stabil. Begitu juga kalau sebab kecantikan, kecantikan akan pudar akhirnya. Sebab itu Nabi s.a.w. menekankan bahawa perkahwinan itu adalah untuk menyempurnakan agama. Tanda kita betul-betul beragama, kita berkahwin mengikut sunnah Nabi,” jelasnya dalam temubual di kediamannya di Bandar Baru Bangi.
Dalam soal ini, katanya, ibu bapa umumnya lebih tahu menilai kesesuaian calon menantu kerana mereka melihat dari banyak aspek.
Jika Tak DirestuiKesan yang jelas bagi perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa adalah gagal mendapat keberkatan. Ustaz Ahmad Shukri Yusoff berkata, hilangnya keberkatan menyebabkan timbul masalah silih berganti dan timbul rasa tidak yakin dalam menghadapi masalah akibat tidak mendapat doa dan redha ibu bapa tadi.
“Kalau ada restu ibu bapa, apabila menghadapi sesuatu masalah, kita rasa yakin boleh menyelesaikannya walaupun masalah itu nampak berat,” ujarnya. Katanya, perkahwinan itu sesuatu yang membahagiakan tetapi tanpa redha ibu bapa maka lebih mudah berlaku huru-hara. Sebaliknya dengan keredhaan ibu bapa, perkahwinan terasa lebih menyeronokkan.
“Kita sering membaca kisah rumah tangga yang porak-peranda dan berlaku cerai-berai. Kalau dikaji, di hujungnya kita akan dapati perkahwinan itu dulunya tidak mendapat keredhaan ibu bapa. Ada yang disebabkan telah berlaku perkara tidak elok sebelum kahwin maka ibu bapa terpaksa setuju mereka berkahwin walaupun hati kecil mereka tidak meredhainya,” jelasnya.
Ustaz Ahmad Shukri mengajak kita merenung perkahwinan orang-orang dulu yang jodoh mereka betul-betul atas pilihan ibu bapa. “Kita tengok jangka hayat rumah tangga mereka lebih lama. Sekarang kahwin bermula dari cinta tapi peratus cerai tinggi. Hendak kata tak kenal, sudah kenal. Hendak kata tak cinta sudah cinta. Di situ sebenarnya peranan keredhaan ibu bapa. Keredhaan ibu bapa lebih kuat daripada cinta. Lafaz cinta tidak sekuat keredhaan ibu bapa,” ungkap Ustaz Ahmad Shukri.
Apabila Ibu Bapa DiamDiam ibu bapa dengan pilihan jodoh anaknya mungkin menandakan mereka tidak bersetuju, cuma mereka tidak menyuarakannya secara terus-terang. Menjelaskan perkara ini, Ustaz Ahmad Shukri Yusoff berkata, “Diamnya itu mungkin tanda tidak setuju dengan pilihan anak tetapi dia tidak kata tidak setuju sebab tidak mahu melukakan hati anak.”
Dalam hal ini, katanya, si anak hendaklah cuba memahami isi hati ibu bapa dan menjaga hati mereka.Walaupun diam ibu bapa mungkin juga menandakan mereka berfikir dan bersetuju tetapi si anak perlu bertanya secara berhemah untuk memastikan ibu bapa betul-betul merestui pilihannya. Katanya, lazimnya jika ibu bapa redha dengan pilihan anaknya, mereka akan iringi dengan nasihat dan kata-kata semangat.
“Tapi jika tiada respons atau hambar saja, anak kena pastikan betul-betul untuk menjaga hati mereka,” ujarnya. Beliau berkata, ada ibu bapa yang menuruti pilihan calon pasangan anaknya setelah didesak atau dipujuk walaupun hati kecil mereka tidak benar-benar meredhainya.
Bawa Berbincang
Hati sudah suka, pasangan ‘ideal’ sudah ditemui tapi ibu bapa pula tidak bersetuju. Bagaimana? Jalan terbaik ialah bawa berbincang, kata Ustaz Ahmad Shukri Yusoff.
“Itu perlunya syura atau perbincangan. Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah pertengkaran, bukan perbincangan. Pertengkaran tidak mendatangkan natijah yang baik.” Katanya, banyak masalah yang nampaknya berat dan tidak boleh diselesaikan tetapi apabila dibawa berbincang, ia selesai akhirnya. Begitu juga dengan masalah pilihan calon pasangan.
“Syura yang diadakan dalam keadaan hati bersih dan baik, insya-Allah natijahnya baik,” katanya sambil menambah, bukan ibu bapa saja perlu mendengar pandangan anak tapi anak juga perlu bersikap terbuka dalam mendengar pandangan ibu bapa. Ustaz Ahmad Shukri berkata, sikap berterus-terang perlu ada dalam berbincang dan kalau perlu, si anak boleh meluahkan perasaannya.
“Ada kes ibu bapa sayang pada anaknya tapi kadang-kadang hendak kawal anaknya dalam semua perkara… Bagi anak, dia rasa dikongkong. Dalam soal ini, ayah atau ibu jangan terlalu ketat sebab Sayidina Ali k.w. menyarankan agar kita mendidik anak mengikut zamannya. Minat dan citarasa tak sama. Bagi si anak, dia juga perlu cuba memahami ibu bapa, kerana niat ibu bapa adalah untuk menjaga demi kebaikan anaknya.”
Menurutnya, jika si anak merasakan ada kongkongan dalam memilih calon pasangan, dia perlu meluahkan isi hatinya tetapi dengan cara yang tertib dan tenang. “Kalau anak diam dan simpan, tidak selesai masalah juga. Memendam perasaan tidak boleh selesaikan masalah. Kena ada proses berterus-terang. Kalau dipendam hingga rasa tertekan, nanti kita akan sakiti hati ibu bapa pula apabila merasakan ibu bapa tidak memahami,” tambahnya. Katanya, setiap masalah ada penyelesaiannya tapi cara menyelesaikannya perlu betul.
Jaga Hati Mereka Sampai Bila-bila
Hati ibu bapa tetap perlu dijaga sampai bila-bila walaupun seseorang itu sudah ada tanggungjawab lain dalam rumah tangga yang dibina, kata Ustaz Ahmad Shukri Yusoff.
Katanya, bagi seorang wanita yang sudah berkahwin misalnya, tanggungjawab untuk mentaati suami tidak mengurangkan hak ibu bapanya untuk ditaati dan dijaga hati mereka. “Ada kes anak perempuan yang bila sudah berkahwin, tidak balik jenguk ibu bapa dan tidak hubungi mereka dengan alasan mentaati suami. Tidak dinafikan perlunya taat pada suami tapi dalam masa yang sama dia ada tanggungjawab pada ibu bapa yang hatinya perlu dijaga,” terang beliau.
Beliau menambah, tanggungjawab yang dipikul sebagai isteri atau suami tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabai dan melukakan hati ibu bapa dengan tidak membantu, menghubungi dan mengambil tahu kehidupan mereka. Pendek kata, menurutnya, si anak tidak boleh mengambil sikap, “Saya dah jadi isteri orang atau suami orang, tanggungjawab pada ibu bapa dah kurang.”
“Dalam hidup ini, setiap sesuatu akan dibalas. Jika kita menyakiti hati ibu bapa, apakah kita sanggup satu hari nanti anak kita melakukan perkara yang sama pada kita pula?” soal beliau.








April 24th, 2009 at 10:40 pm
April 27th, 2009 at 12:47 pm
Rain: Itulah ujian hidup. Andai itu jawapan yang saudara terima dari pihak perempuan jelas sekali bahawa mereka tidak memilih saudara untuk bakal menantu mereka. Hubungan tanpa restu tak kan menjamin kebahagiaan. Fahamilah bahawa inilah kehidupan. Kembali muhasabah diri. Mungkin saudara akan bertemu dengan pasangan yang lebih baik.
April 27th, 2009 at 5:29 pm
Assalamualaikum…
Kepada yang berkenaan…
Dalam hal begini kta harus merenung kembali masa,
setiap perkara yang berlaku itun ada hikmah dan pengertiannya.Sekiranya saudara memang ingin memperisterikanya.SABAR..itulah kunci yang paling berkesan sekali.
April 29th, 2009 at 1:52 pm
em… Tidak mengapa kalau sudah ditakdirkan si dia bukan jodoh kita dan sebaiknya berdoalah semoga Allah memberikan yang lebih baik sebagai pengganti… Insyallah, hati kita akan terubat dengan pengganti yang lebih layak dan sesuai buat kita. Hanya Allah yang mengetahui segala yang tersirat dan tersurat..Allahu A’lam…
May 1st, 2009 at 9:06 pm
May 4th, 2009 at 9:05 am
Mungkin juga benar jika hati berat menerima seseorang itu petanda dia bukan jodoh, tetapi kita tidak boleh menjadikan itu sebagai sandaran asas untuk tentukan benar atau betulkah si dia jodoh kita, sebaliknya kita perlulah memohon petunjuk daripada yang Maha Mengetahui segalanya iaitu ALLAH SWT.
May 26th, 2009 at 12:49 pm
saya sekarang masih dalam dilema. Sepatutnya saya berkahwin awal mei, tetapi pada bulan 3 perkahwinan saya dibatalkan tanpa pengetahuan saya. Hal itu saya tau dari tunang saya. Ibu dan bapa saya langsung tidak berkata apa-apa tentang hal itu hingga sekarang. Tapi mereka pernah beritahu yang tunang saya tidak sesuai kerana taraf pendidikan dan pangkat saya lbih tinggi dari tunang saya. Saya menerima pinangan tunang saya bukan kerana cinta semata-mata, tetapi setelah solat hajat, dan solat istikharah, saya menerima pinangannya. Sepanjang perhubungan kami selama 3 tahun ibu bapa saya tidak pernah menghalang malah bersetuju bila keluarga tunang saya ingin meminang saya. Saya buntu sekarang. Saya masih lagi berhubungan dengan tunang saya dan tidak pernah menganggap hubungan kami putus. Kami cuma ingin berkahwin dengan restu ibu bapa saya. Bukan kemewahan yang saya cari selama ini tapi keimanan pada seorang lelaki. Saya dididik hidup dalam kemewahan tapi cuma satu yang kurang dalam diri saya dan keluarga saya, iaitu iman…..
June 3rd, 2009 at 1:12 pm
June 6th, 2009 at 11:03 pm
to lieya…
Insyaallah, kalau sudah jodoh pasti akan bersatu juga akhirnya. Benar, jodoh adalah lebih mendapat rahmat Allah jika perkahwinan berlaku dengan restu ibubapa. Lieya berdoalah semoga hubungan yang terjalin itu akan terus tersimpul rapi dengan ikatan perkahwinan. Mungkin ibu bapa lieya belum melihat jaminan bahagia daripada segi material yang bakal menantunya akan berikan kepada anaknya, namun yakinlah bahawa Allah itu maha Adil dan Maha Pengasih. jika lieya memilih pasangan kerana agamanya insyallah cinta ini akan diberkati. Mungkin Allah ingin menguji lieya dan pasangan. berdoalah juga semoga dibukakan hati ibu bapa lieya untuk terima kembali pasangan Lieya itu…
June 25th, 2009 at 12:53 pm
Kusutnya fikiran sy..antara kehendak ibu bapa dan keinginan hati..sy ditakdirkan bertemu dgn seseorng jejaka dr Sarawak. Die bekerja di sana, tetapi sy bekerja di kl. famili menghalang perhubungan krn anggap die jauh, dan susah nk berpindah ke semenanjung. perkahwinan tidak ada makna sbb duduk berjauhan..sy buntu.
August 1st, 2009 at 4:06 pm
sye pon ade masalah same gk.mak sy xsetuju dgn pilihn hati sye.semata-mata family dia tggl kt flat dan ayah dia drebar.sy btl2 buntu.apa perlu sy buat?dua-dua sy syg.nk putuskan,kitorg xsggp.nak teruskan,rase bersalah dgn mak.skng ni kitorg jmpa syp2 je.dia kate kene sbr.dia akan usahakan gk dptkan sye.tp sy takut.takut perkahwinan yg xdirestui xkan bahagia
August 25th, 2009 at 2:00 pm
Kes saya hampir sama dgn maddy. Bezanya,ibu saya dapat menerima sekiranya saya bertemu jodoh dgn lelaki yg lebih muda. Tapi hubungan kami tiada restu dari ibunya. Malah ibunya pernah berkata, sekiranya teman lelaki saya itu tetap ingin berkahwin dgn saya, kelak jgn menyesal. Saya dan ibunya belum pun pernah bersua muka.
September 14th, 2009 at 1:41 am
Salam,
saya seorg lelaki berumur dekat 30-an. Saya perlukan kata2 semangat dan peransang krn agak sukar saya mengerti ketentuan ALLAH, Bukanlah saya tidak yakin pd ketentuan ALLAH cuma agak sedikit terfikir2 jalan mane ptt diikuti.
Saya sudah mengenali teman/kekasih saya selama 7tahun. Suatu tempoh yg lama utk berkasih. Atas faktor supaya perkara tidak diingi berlaku maka saya terpanggil utk berkahwin. Lgpon saya tidak ada masalah kewangan dan masalah lain2.
Masalahnya daripada ibunya, puas dipujuk pelbagai cara dgn berkata kawin adalah penyelesaian terbaik dr berbuat maksiat. Tp ibunya tetap menentang dgn alasan anak nye masih mentah dan belum matang. Usia perempuan 24thn adakah itu tidak matang? Puas kami memujuk akhirnya ibunya mengugut kalo nk kawin jugak ibunya tidak akan restu.
Ibunya bukanlah tidak suka kan saya namun meminta akan menangguhkan isu perkahwinan ini sampai terbuka hatinya menerima saya sbg menantu dan melepaskan anaknya.
Nyata saya kecewa kerana ideologi nya berlainan sekali dgn saya dn malah pendapat saya berlainan ngan syarak seperti sabda nabi, 4 perkara yg nabi suruh cepatkan antaranya mengahwini anak perempuan bg yg ada anak perempuan,
Harap dapat membantu.
October 6th, 2009 at 7:09 pm
Assalamualaikum
Saya ada satu kisah, sy telah berkenalan dengan seorang wanita dan kami telah merancang utk kahwin, tak lama kemudian dia telah putuskan hubungan kami tanpa sebab kukuh dgn alasan sy jauh. dr ari kami putus hingga skrg,sy tetap sygkan dia. hub kami dulu mmg direstui ibubapanya. setelah putus 3 bulan barulah saya diberitahu sbb dia putuskan hub dgn sy kerana cara sy dgn dia mcm sy selalu kongkong dia dan mcm2 hal yg sy tak sedar, dia tak pernah bincg mslh kami,cuma pendamkan ja,tak lama lepas tu dia telah berkenalan dgn lelaki lain dan ingin berkahwin dgnnya. Saya tidak tahu hinggalah satu hari ibu bapanya dapat tahu ttg perpisahan dia dgn sy dan hub baru dia dgn lelaki tersebut,malangnya bapanya seperti tidak suka akan lelaki tersebut dan lebih sukakan sy menjadi menantu dia. saya adalah pilihan ibubapanya dan lelaki itu pilihan hatinya skrg, skrg dia dalam keadaan tertekan kerana hub mereka tidak seperti tidak direstui bapanya. walaupun hati saya terluka sy minta tolong cara untuk selesaikan masalah dia.saya tahu dia tertekan sangat2 skrg.saya bimbang dlm keadaan skrg dia lakukan apa2 perkara tidak elok.
October 29th, 2009 at 11:52 am
bleh sy bg pendapat skit?
pd pdpt sy lh maybe die bkn yg terbaik utk anda.. maybe jgk ade hikmah disebalik nye.. anggap la ape yg terjadi adalah ujian dr yang maha esa.
redha pd apa yg terjadi… hdp hrs diterus kn

x perlu sdih2
November 3rd, 2009 at 11:05 am
salam.
semua orang mengatkan mslh jodoh.sukar nak buat pilihan dan x direstui.saya pulak mendapt mslh yg lain.saya masih tiada siapa untuk dijadikan pilihan. saya telah mempunyai keje yg tetap dan juga blhla dikatakan berpelajaran. tapi sy masih tiada sesiapa untuk dijadikan jodoh..saya buntu. mmg betul kite disuruh berusaha dan berdoa. tp ttp bagaimana saya nk berusaha. xkanlah saya yg nak memulakan lgkh pertama.mmg org skrg x kisah . mslhnye dengan sape. xde sape..tlg beri sy penyelesaian..
December 29th, 2009 at 12:06 pm
Assalamualaikum,
saya berhubungan dgn seorang jejaka yang sungguh penyayang dan baik hati. Kami saling sayang menyayangi dan telah berbincang soal berumah tangga. Sebulan yang lalu, dia mengakhiri perhubungan kami tanpa memberi alasan yang kukuh. Waktu itu saya terlampau kecewa dengan sikapnya dan senang kata, saya mengalami depresi. Saya kuatkan iman dan terus bersembahyang, mohon kepada Allah supaya tetap bersabar, dan supaya dibukakan hatinya untuk kembali bersama saya seandainya cintanya unduk saya adalah jujur dan ikhlas. Baru baru ini, dia telah menceritakan hal yang sebenarnya.
Ibunya telah berkata kepadanya, bahawa dia boleh bernikah dengan siapa sahaja pilihan hatinya, tetapi bukan seorang janda. Masalahnya, saya pernah berkawin.
Sekarang kami telah menjalinkan hubungan kami semula. Ibunya masih belum tahu bahawa saya pernah berkawin. Pasangan saya adalah seorang anak yang soleh dan tidak mahu menghampakan keluarganya, dan tidak sampai hati untuk mengecewakan ibunya. Kami bersepakat untuk pelan pelan meyakinkan ibunya bahawa cinta kami ikhlas dan sejati. Ibunya memang sukakan saya, dan pernah menyuarakan hasratnya untuk menjadikan saya menantu. Tetapi, kemungkinan besar kalau dia dapat tahu tentang status saya, dia tidak akan merestui perhubungan kami.
Saya mohon kalau ada sesiapa yang boleh memberi pendapat bagaimana cara untuk meyakinkan ibunya bahawa saya jujur menyintai anak nya bila dia tahu perkara yang sebenar kelak, disampingan tekun berdoa dan bermohon kepada Allah.
January 12th, 2010 at 2:22 pm
dulu aq pun ada masalah ni jugak,dimana bapak aku tak berapa berkenan ngan husband aku skrg,tapi husband aku tetap cuba menawan hati bapak aku,macam2 la dia buat,bwk kain pelekat la,belikan kasut la…lama2 bapak aku pun berkenan dan terus tanya bila nak kawen…hehe..memang best la…pokoknya kalo ada jodoh tak kemana…perkenalan yg lama tak semestinya berakhir dgn perkahwinan…aku kenal ngan laki aku pun hanya 5 bulan dan kami terus mahukan perkahwinan sbg penamat hubungan ini…alhamdulillah selama setahun lbh aku bersama dia,kami teramat-amatlah bahagia…betul kata orang…restu dari ibu bapa memang penting untuk kebahagiaan rumah tangga..tak guna kawen kalo tak dapat restu…bahaya tu..
February 26th, 2010 at 2:03 pm
aku..ade kisah yg boleh dikongsikan…aku merupakn seorg janda ank2… aku telah berkenalan dgn seorg lelaki yg bgitu amik berat n penyayang.. menjalinkn hubungan dan lantas membuat keputusan untuk berkahwin..tp tnpa pengetahuan fmly die..cuma fmly aku yg thu..sehingga lg 2 minggu nk kwen..die bg thu pd mak die..n mak die halang krn aku janda n xde keturunan syed..perkahwinan aku dibatalkn…
aku begitu sedih dan malu…aku dikata mcm2 pd kakak die…tp sehingga sekarang aku masih dgnnya…tp sampai bile…aku berdoa agr aku ade jodoh dgn die
die.. :
March 19th, 2010 at 9:01 am
WAJAR KE SEORANG IBU MEMANDANG HARTA SESEORG UTK MENJADI CALON MENANTUNYA
March 19th, 2010 at 9:13 am
May 8th, 2010 at 9:00 pm
Assalamualaikum..sy nak mtk pndapat smua.sy ada mslah skit. sy ada berkenaln dgn bdk lelaki ni, dia keje biasa2 je keje kg.Mslh sekarang ni adk bradik sy xberapa suka kt bdk 2. Dia org ckp sy dgn dia xsesuai.sy lepasan ijazah tp bdk 2 xsekolah tinggi pn.keje pn biasa2 je.keluarga dia pn bkn org senang jgk.ibu ayh sy mcm ok je.sy pening adk bradik skrg ni.Dia org xnak tgk sy hidup susah..2 yg dia org xsuka 2.ape yg patut sy bt.huhu
May 13th, 2010 at 3:42 pm
Saudari Yan…
Jangan rumitkan perkara yang senang. Terima sahaja lelaki tersebut memandangkan ibu bapa dah suka dan awak pun sama2 suka. Zaman sekarang ni orang dah tidak memandang pada harta dan pangkat, pendidikan.. selagi mana anda dan dia boleh berkomunikasi dengan baik, dan saling boleh memahami dan bertolak ansur, teruskanlah perhubungan tersebut. Selain itu, perlu dilihat juga pada agamanya, adakah sempurna ibadahnya itu yang paling penting. Semoga berbahagia ye!
May 20th, 2010 at 9:52 pm
Terima kasih nur ats nasihat 2..doakan sy ye.nur ada fb x..leh kt chat
May 22nd, 2010 at 9:56 pm
salam
sy runsng r,nk terme pilihan my parents or x…tolong
May 24th, 2010 at 2:54 am
saya ade masalah, ibu saya dulu suka pada teman lelaki saya setelah teman lelaki saya pandai mengambil hatinye. Tapi, d suatu hari teman lelaki saya ditahan atas benda yg tiak dibuat nye, selepas pd kejadian itu ibu tidak lagi jika saya keluar dengan nye atau tengok mukanye atas alasan dia penah ditahan. Kami ingin berkahwin,tetapi ibu tidak suke, ape patut tunggu dulu atau lupakan saje?
June 8th, 2010 at 1:46 pm
asslamualaikum.dulu saya susah nak menerima sebarang lelaki sbb takut dan banyak memikirkan benda yg tak elok…skrg saya berumur 29 tahun.ibu saya ade memperkenalkan seseorg anak sedara kawan dia..umurnya sebaya ngan saya.kami cuma berbalas sms saje.saya suka berkawan ngan dia sbb dia seorg yang jujur.tapi saya mempunyai masalah apabila saya buat istikharah saya tak dapat petunjuk ape pun.bila saya tanya dia,dia blm buat lagi.tapi dia dah suka saya bila dia lihat saya pada pertama kali kita jmp.ibu bapa saya dengan dia memang berkenan…ape perlu saya buat…?
July 4th, 2010 at 8:33 pm
sedih la bila cinta yg kita bertemu..x direstu kn…sedangkn niat kia ikhlas dlm segala hal…sbg hambaNYA kita cuma mampu berdoa shj…semoga familynya menerima saya…