Ramadhan Yang Dinanti
-
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hari ini dan esok Syaaban kian meniti pergi meninggalkan kita semua. Satu bulan yang juga mempunyai begitu banyak kelebihan dan keberkatan. Mungkin pemergian bulan Syaaban tidak begitu dirasakan kerana bulan yang hadir selepas bulan ini adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang amat dinanti-nantikan oleh semua orang Islam. Bahkan bagi mereka yang bukan beragama Islam juga kini amat menanti-nantikan bulan yang berkat ini. Tetapi bagi mereka pengisian bulan ini amat bermakna kerana mereka dapat menikmati juadah-juadah enak yang dijual di Bazar Ramadhan.
Beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan bulan ini. Bulan yang dibahagikan kepada tiga tahap. Bulan rahmat, bulan keampuan dan juga bulan untuk pelepasan dari api neraka. Begitulah indahnya dan hebatnya bulan Ramadhan ini.
Dalam kita menyambut Ramadhan kali ini apa yang penting marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadah kerana dengan suasana yang menakutkan kita sekarang ini dengan kewujudan virus H1N1 ini adakah kita pasti kita akan terlepas dari bala Allah ini. Ambillah ruang ini untuk kita membina ‘kabel’ yang lebih besar dengan Allah SWT. Dengan erti kata lainnya kita mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ingatilah jua di dalam bulan ini kepada saudara-saudara seagama dengan kita, umat Islam di Palestin dan Iraq yang menjadi mangsa kerakusan kekejaman zionis. Dan juga kepada umat Islam di China yang diuji dengan Allah dengan bencana alam. Mereka memerlukan bantuan jasmani dan juga doa dari kita sebagai bekalan rohani untuk mereka redha dan sabar di atas ujian Allah. Amin.








August 25th, 2009 at 3:13 pm
In truth, immediately i didn’t understand the essence. But after re-reading all at once became clear.