Fitrah Power – Kursus Motivasi Tingkatkan Keupayaan Diri
 

Doa Nabi Ibrahim

Posted by Eksekutif Kanan Fitrah Power on 5/12/2009


Shadow

Dipetik dari Surah Al-Baqarah 126-129:

al-baqarah-126-1292

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka”. Allah berfirman:” (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali”.

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”

“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”

“Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

Shadow

2 Responses to “Doa Nabi Ibrahim”

  1. Posted by Eksekutif Kanan Fitrah Power on 5/12/2009

    :em49: saya ni nak tanya ustaz masalah harta pusaka.Tahun 2007 adik saya meninggal.Sblm meninggal dia dah :em49: tukar nama pewaris dalam KWSP dan simpanan dia yang bernilai RM 10K atas nama anaknya dan abah :em49: kami sebagai wakil menguruskannya.
    Malangnya suaminya telah membawa ayah dan mak saya ke Ipoh utk tukar nama didpn peguam tanpa menerangkan apa-apa pun. perkara tu berlaku sebulan kemudian.8 bulan kemudian dia kahwin lagi dengan anak dara 30an.
    Kahwin pakai katering.Lepas tu tukar kereta baru. Lepas adik meninggal semua duit yang orang sedekah, kami bagi kat dia sepenuhnya malah kami buat kenduri arwah pun pakai duit sendiri. Pendek kata kami tak terima langsung harta pesaka adik kami.
    Persoalannya sekarang ialah Allahyarhamah adik saya x percaya kat dia dlm hal duit ni. Sbb tu dia tukar nama kpd abah untuk jaga hartanya untuk anak-anak dia. Kami x nak harta dia tapi takut berdosa kerana x dapat menjaga amanah untuk anak-anak dia. Macamana ni? Tolonglah bantu selesaikan kerunsingan keluarga kami ni.

  2. Posted by Eksekutif Kanan Fitrah Power on 5/12/2009

    :em39: :em49: assalamualaikum ustaz saya nak tanya tentang kehidupan, saya dan kawan saya selalu tanya tentang hal kehidupan.kata kawan saya hidup ini terlalu susah..saya bantah cakap kawan saya tu..lalu saya katakan kehidupan ne tak susah …manusia sendiri yang mencari kesusahan dalam hidup.kawan saya masih tak bersetuju…katanya macamna mana saya nak huraikan mengatakan kehidupan ini tak susah sebenarnya?

Leave a Reply

Shadow