Logo Background RSS

Isra’ Mikraj Hikmah Yang Tersirat

  • Assalamualaikum w.b.t

    Salam Fitrah untuk semua. Alhamdulillah segala puji dan puja hanya kepada Allah SWT kerana memberi peluang kepada kita untuk terus meneruskan kehidupan di dunia ini.

    Hari ini adalah merupakan hari yang amat penting bagi kita sebagai umat Rasulullah s.a.w. Satu peristiwa luar biasa telah berlaku kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w di mana Allah SWT telah memperjalankan Rasulullah s.a.w pada waktu malam dalam satu perjalanan yang amat jauh tetapi hanya dalam waktu yang singkat.

    Masjidil Aqsa Jurusalem

    Masjid Al-Aqsa yang masih di tangan musuh Islam

    Peristiwa ini telah dirakamkan oleh Allah SWT di permulaan Surah Isra’ yang bermaksud:
    “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan dengan hambaNya pada waktu malam dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang kami berkati persekitarannya untuk memperlihatkannya tanda-tanda kekuasaan kami, sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat.”

    Ada beberapa perkara yang amat penting yang perlu diteliti berdasarkan ayat ini. Mengapa Allah SWT menggunakan kalimah ‘hamba’ walaupun hakikatnya Allah SWT boleh menggunakan pengkhususan dengan Muhammad atau Rasulullah di dalam ayat ini? Dan mengapa Allah SWT memuliakan peristiwa israk mikraj ini dengan menyebut Masjid Aqsa?

    Sesuatu yang tersirat yang perlu kita hayati, bahawa Allah SWT menggunakan kalimah ‘hamba’sebagai satu gambaran bahawa manusia yang berstatus sebagai hamba Allah adalah satu keistimewaan yang Allah berikan kepada manusia. Status inilah yang menjadikan manusia mendapat martabat yang tinggi di sisi Allah. Sentiasa menyedari diri sebagai hamba yang perlu melaksanakan segala perintah dan menghindari larangan-Nya.

    Dan mengapa Masjid Aqsa begitu hebat sehingga Allah SWT menyebutnya dalam peristiwa ini sebagai satu gambaran bahawa bumi Palestin adalah tempat di mana para nabi dan rasul banyak dilahirkan di sini bahkan jasad mereka juga banyak disemadikan di bumi. Di samping
    bentuk muka bumi yang subur menjadi sebahagian tanda-tanda keberkatan Palestin. Namun apa yang lebih penting ialah sehingga hari ini umat Islam di negara ini tidak akan berhenti untuk membebaskan bumi Allah yang berkah ini.

    Ahmad Shukri Yusoff
    www.fitrahpower.com

  1. #1 meor
    July 30th, 2008 at 1:17 pm

    Assalamualaikum ustaz,

    Saya baru jumpa blog ustaz ni dan tahniah kerana menggunakan teknologi terkini dalam menyampaikan dakwah terutamanya dengan blog yang hebat ini.

    Saya amat tertarik dengan rancangan HALAQAH baru-baru ini dengan topik “BURAK”. Memang satu topik yang jarang dikupas dengan detail dan kini baru masyarakat dapat fahami apa maksud Burak yang sebenarnya.

    Tahniah pada ustaz dan TV9.

    Terima kasih

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 ahmad shukri
    July 30th, 2008 at 8:00 pm

    Assalamualaikum Meor,

    Terima kasih atas semangat yang diberi semoga blog ini menjadi wadah kita berpesan-pesan atas kebaikan

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 mamakespi
    July 30th, 2008 at 11:24 pm

    ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

    Saya bersyukur kpd Allah kerana menemukan saya dengan blog ini. Saya minta kalau ustaz sudi, tolong saya untuk mendapatkan KHUTBAH GERHANA MATAHARI yang akan datang pada 1.8.2008 ini. Kalau boleh saya juga nak minta KHUTBAH GERHANA BULAN.

    Terrima kasih

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 amran omar PMINT
    July 31st, 2008 at 9:16 am

    Assalamualaikum.
    Syukur kpd Allah SWT dan tahniah kpd fitrahpower kerana berjaya menyampaikan pesanan dan nasihat kpd kami semasa berkursus di impiana cherating kuantan. semoga team ustaz akan terus maju dan berjaya menyampaikan dakwah kpd semua umat manusia.

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 ahmad shukri
    August 1st, 2008 at 11:43 am

    Assalamualaikum, terima kasih atas komentar semoga bertemu ramadhan ini, insy saya ada ceramah ramadhan di pmint nanti

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 baharuddin mohd. yassin
    October 9th, 2008 at 11:47 pm

    Ustaz, saya sebenarnya mencari-cari akan ilmu melalui internet dan alhamdulillah saya telah dapat banyak ilmu pengetahuan yang mana boleh saya sampaikan semasa tazkirah subuh di tempat saya.Selain dari penyampaian maksud hadis, saya insya allah dapat mengambil kisah dari al quran untuk disampaikan kepada jemaah selepas solat subuh. Terima kasih ustaz

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 rahana bt omar
    July 19th, 2009 at 4:36 pm

    Assalamualaikum, ustaz.
    Kadang-kadang, kami sering terkeliru dengan foto sebenar masjid al-aqsa, bagaimana dengan Masjid yang berbumbung biru ? Boleh ustaz jelaskan.

    Terima kasih.

    Post ReplyPost Reply
Tinggalkan komen/pendapat
Website ini menggunakan gravatar (globally-recognized-avatar) untuk memaparkan avatar anda di setiap komen. Untuk mendapatkan gravatar anda, sila register di Gravatar.com

  • :em09:
  • :em24:
  • :em29:
  • :em17:
  • :em05:
  • :em64:
  • :em57:
  • :em63:
  • :em42:
  • :em26:
  • :em06:
  • :em11:
  • :em21:
  • :em61:
  • :em67:
  • :em41:
  • :em51:
  • :em50:
  • :em34:
  • :em47:
  • :em65:
  • :em12:
  • :em18:
  • :em49:
  • :em38:
  • :em66:
  • :em39:
  • :em16:
  • :em46:
  • :em22:
  • :em19:
  • :em71:
  • :em45:
  • :em54:
  • :em36:
  • :em69:
  • :em37:
  • :em62:
  • :em20:
  • :em28:
  • :em03:
  • :em52:
  • :em04:
  • :em23:
  • :em32:
  • :em27:
  • :em59:
  • :em07:
  • :em25:
  • :em02:
  • :em60:
  • :em31:
  • :em13:
  • :em68:
  • :em48:
  • :em35:
  • :em55:
  • :em01:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em40:
  • :em14:
  • :em33:
  • :em56:
  • :em44:
  • :em70:
  • :em15:
  • :em58:
  • :em08:
  • :em43:
  • :em53: