Pemuda-pemuda Yang Menjaga Agama
-
Assalamualaikum w.b.t
Salam Fitrah buat semua Sahabat Fitrah dan pengunjung laman ini. Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua.
Di dalam surah al-Kahfi ayat 9, Allah SWT berfirman:
“Adakah engkau menyangka bahawa kisah Ashabul Kahfi dan ar-Raqim itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?Kisah pemuda-pemuda Ashabul Kahfi mungkin pernah kedengaran di telinga kita, namun mungkin hanya sekadar kedengaran ketika kita menghadiri kuliah-kuliah maghrib di surau dan masjid. Kisah pemuda-pemuda yang beriman kepada Allah yang mencari perlindungan di dalam sebuah gua kerana takutkan pemerintah yang tidak bersujud kepada Allah SWT.
Ketaatan yang tinggi kepada Allah menunjukkan bahawa mereka tidak sanggup untuk tunduk kepada manusia. Mereka telah diselamatkan Allah dengan menidurkan mereka selama tiga ratus sembilan hari, sehinggalah pemerintahan Maharaja Rom yang zalim yang bernama Decius ketika itu telah digantikan dengan raja yang mentauhidkan Allah SWT. Walaupun kezaliman Decius mengancam kehidupan mereka namun mereka tetap menjalankan dakwah kepada penduduk agar tidak meninggalkan kepercayaan kepada Allah SWT.
Hari yang begitu mencabar ini, amat sukar bagi kita yang berstatus hamba Allah untuk kita menjaga diri kita dari ujian-ujian dunia. Lebih-lebih lagi untuk menghadapi ujian dalam menetapkan dan mempertahankan keimanan kepada Allah SWT. Cuba kita sama-sama perhatikan senario
yang berlaku kepada belia dan remaja hari ini. Adakah mereka yang kita harapkan untuk membela agama nanti?








August 11th, 2008 at 7:36 am
Salam
Marilah kita sama-sama berdoa agar kita lulus dengan cemerlang ujian di dunia dan ujian di akhirat. Amin
August 14th, 2008 at 2:08 pm
OK vs Insyallah….
October 9th, 2008 at 11:43 pm
memang hebat kebesaran Allah sehingga pemuda tertidur selama 309 tahun. Allah berkuasa atas segala-segalanya.