Peristiwa Ibn Ummi Maktum
-
Surah Abasa ini diturunkan oleh Allah SWT kerana satu peristiwa yang berlaku terhadap Ibn Ummi Maktum telah menyebabkan Allah SWT telah menegur perbuatan yang dilakukan oleh baginda.
Ibn Ummi Maktum atau Amr Ibn Qays merupakan anak lelaki kepada bapa saudara Khadijah r.a. Beliau merupakan golongan muhajirin pertama dan merupakan seorang yang buta. Satu ketika Rasulullah s.a.w berada dalam satu majlis bersama dengan pemimpin-pemimpin besar Quraish, datang Ibn Ummi Maktum menghadap baginda. Baginda yang sedang berdakwah kepada golongan
pemimpin-pemimpin ini tentang hari kiamat dan kekuasaan Allah SWT amat berharap dakwahnya akan diterima kerana penerimaan Islam oleh pemimpin-pemimpin besar Quraish akan membantu usaha perkembangan dakwah ini dengan lebih mudah.Dalam suasana Rasulullah s.a.w sedang becakap-cakap dengan pemimpin-pemimpin ini, tiba-tiba Ibn Ummi Maktum mencelah perbualan baginda, “Ya Rasulullah bacakan dan ajarkanlah aku apa yang telah diajarkan oleh Allah kepada tuan.” Berulang kali beliau mengulangi percakapannya tanpa dia mengetahui situasi Rasulullah bersama dengan pemimpin-pemimpin Quraish. Rasulullah pula
bersa tidak senang dengan percakapan yang diulang-ulang oleh Ibn Ummi Maktum sehingga berubah pada raut muka baginda, menjadi masam lalu berpaling.Kerana perlakuan Nabi ini maka Allah SWT telah menegur baginda kerana telah menyebabkan si buta yang lemah dan miskin ini berasa sedih dan kecewa. Teguran Allah ini adalah bertujuan untuk menyambut kedatangan orang yang berfikiran matang dan jangan mengabaikannya semata-mata kerana mengutamakan golongan bangsawan yang tidak mempunyai fikiran yang tidak matang.
Selepas ayat ini diturunkan kepada baginda s.a.w, Rasulullah selalu memuliakan Ibn Ummi Maktum dan selalu berkata kepada beliau apabila bertemu, “Selamat datang wahai orang yang menyebabkan Tuhanku menegurku!” dan selalu bertanya, “Apa yang kau perlukan?”








September 8th, 2009 at 12:30 pm
Adoih baca cerita ni menitis pulak air mata ni. Tak tau kenapa… Hiba pulak bila baca perenggan ni
“Selepas ayat ini diturunkan kepada baginda s.a.w, Rasulullah selalu memuliakan Ibn Ummi Maktum dan selalu berkata kepada beliau apabila bertemu, “Selamat datang wahai orang yang menyebabkan Tuhanku menegurku!” dan selalu bertanya, “Apa yang kau perlukan?””
January 31st, 2010 at 3:45 pm
assalamualaikum, ust…berkenaan cerita ini, ada tafsir lain yang menerangkan cerita yang sama tetapi ada sedikit perbezaan,menurut tafsiran yang lain yang bermasam muka adalah ibn ummi maktum sendiri kerana rasulullah saw dihindari daripada sifat2 yang kurang baik seperti bermasam muka (tafsiran lain). saya hanya terbaca, oleh itu sejauh mana kebenaran nya saya kurang pasti, boleh kah ust bercerita serba sedikit berkenaan tafsiran yang mengatakan ibn ummi maktum sendiri yang bermasam muka,sekian.