Formula FitrahPower dapat meningkatkan keupayaan mengenal potensi fitrah individu.

Masalah-masalah yang mungkin anda hadapi...

Tidak bersemangat untuk bekerja. Malas, bosan, buat kerja ala kadar, berkira dan sekadar memenuhi kehendak majikan tanpa memikirkan prestasi diri dan syarikat.

Berasa tidak tenteram dan keluh-kesah - membuat sesuatu kerja atau perbuatan tanpa fokus dan jiwa terasa celaru dan tertekan.

Berasa tidak disayangi - merasai semua orang sekeliling tidak menghargai dan menyayangi kita.

Luntur dan kurangnya kasih sayang terhadap keluarga dan kawan-kawan - lebih mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan orang yang hampir dengan kita.

Tiada persefahaman dengan majikan dan rakan sekerja - Sering bersikap salah faham dan tidak mempercayai antara satu sama lain. Suka mngata di belakang (mengumpat).

Tidak bertanggungjawab - tiada komitmen dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Diibaratkan seperti curi tulang atau melepaskan batuk ditangga.

Kurang prihatin terhadap ibubapa - Tidak menghargai jasa dan pengorbanan ibubapa setelah berjawatan tinggi. Kesihatan serta kebajikan mereka diabaikan.

Ahmad Shukri Yusoff adalah perunding motivasi yang dapat membantu anda mengenali potensi fitrah diri dan menjernihkan fitrah dengan cara memperkenalkan 9 langkah mudah dan berkesan. Tidak seperti perunding motivasi yang lain, Ahmad Shukri mempunyai latar belakang dari segi pendidikan agama. Dia juga seorang penceramah jemputan di stesen TV, radio dan akhbar. Dengan cara itulah, sedikit sebanyak dia dapat menyedarkan masyarakat supaya kembali kepada FITRAH.


Latar Belakang

Ahmad Shukri Yusoff berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam & Bahasa Arab dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan mendapat Diploma Bahasa & Kesusasteraan Arab di Kolej Sultan Zainal Abidin.

Sebelum bertugas di Pusat Pungutan Zakat, beliau pernah bertugas sebagai guru sementara di Johor, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Beliau banyak mengikuti kursus pembangunan diri di Malaysia dan Indonesia.

Di samping menjadi perunding motivasi, Ahmad Shukri Yusoff sering muncul dalam pelbagai rancangan di stesen televisyen dan radio. Sejak tahun 2002, beliau telah menjadi penceramah tetap dalam rancangan Wahyu, KLfm dan sering muncul di dalam pelbagai rancangan televisyen dan juga dalam akhbar-akhbar tempatan serta majalah-majalah.

Selain daripada itu, dia juga pernah diamanahkan sebagai petugas bagi jemaah haji Malaysia di tanah suci oleh Lembaga Tabung Haji.

Pada awal tahun 2005, Ahmad Shukri Yusoff telah memperkenalkan satu formula baru yang dapat dikongsi bersama masyarakat dengan cara mengikuti latihan, bengkel-bengkel atau kem motivasi yang dikendalikan sepenuhnya oleh beliau. Formula itu dikenali FITRAH POWER dan di kendalikan oleh syarikat FITRAH POWER RESOURCES.


Fitrah Power Resources ialah sebuah konsultan yang mempunyai kepakaran sebagai perunding motivasi untuk pelbagai lapisan masyarakat daripada peringkat remaja sehingga golongan korporat dengan penampilan formula baru yang digelar sebagai FITRAH POWER. Satu kuasa yang terpendam di dalam diri setiap individu yang mesti dipupuk dan dibaja untuk membina kecemerlangan berhubungan di antara Pencipta dan hamba-Nya.

Diperkenalkan oleh Ahmad Shukri Yusoff, seorang perunding motivasi yang tidak asing lagi. Kepakaran melalui ceramah-ceramah, kem bina semangat, sesi kaunseling dan seminar motivasi sering mendapat tempat di hati para peserta dan pendengar. Pengalaman hampir 10 tahun sebagai penceramah terutama di stesen-stesen radio dan televisyen memberi peluang kepada beliau untuk bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat berbagai ragam. Sebagai solusinya setiap individu mestilah kembali mengenal diri sendiri dan terus meneroka FITRAH POWER yang belum dirungkai dalam diri masing-masing.

Ada sebuah ungkapan yang menyebut, di dalam diri manusia ada ruang kosong yang perlu diisi dengan perkara-perkara yang baik. Jika tidak ruang kosong ini akan terisi pula dengan sesuatu yang buruk. Ruang kosong itulah sebenarnya suara hati atau fitrah insani yang berdetik dari dalam hati setiap insan. Samada hati akan terus unggul atau suram ianya bergantung kepada pengurusannya.

Soal suara hati sebenarnya telah lama dibahaskan oleh para ulama. Imam Al-Ghazali dalam salah satu bab di dalam bukunya Ihya ‘Ulumuddin menjelaskan hati sebagai acuan yang perlu dikembangkan dalam pencapaian kehidupan rohani. Beliau turut menafsirkan hati sebagai sebab utama (vital point) dari kejadian manusia itu sendiri. Beliau juga mengumpamakan hati sebagai kaca yang dapat mencerminkan persekitarannya. Jika hati berada dalam keadaan bergemelapan maka imej cermin tentulah akan mengeluarkan pandangan yang indah. Perbahasan Imam Al-Ghazali ini diadaptasi di dalam Formula:

FITRAH POWER = EQ (Emotional Quotient) + SQ (Spiritual Quotient)

Formula FP bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan personaliti secara profesional untuk individu dan organisasi agar objektif dan cita-cita yang diidamkan tercapai.
Program FP pula istimewa direkacipta agar individu kembali kepada potensi diri dan mempercayai kemampuan kehebatan diri sehingga membangkitkan semangat bekerja walaupun dalam keadaan yang sukar samada secara perseorangan atau berkumpulan.
Formula FP telah diadun dengan unik dan istimewa, bertujuan untuk memfokuskan kepada pembersihan hati para peserta agar berlaku transformasi positif samada melalui sifat atau sikap individu yang berpeluang menyertainya.
Formula FP terbukti berkesan dan efektif sebagai bahan pembelajaran dan latihan samada untuk individu atau organisasi.

Anda akan pelajari....

Berkongsi bersama peserta kefahaman tentang kedudukan fitrah sebagai sumber kekuatan dan kebijaksanaan manusia dengan cara meningkatkan keupayaan mengenal potensi fitrah masing-masing supaya semangat bekerja dan kecemerlangan dapat dibangkitkan.

Sehingga kini Formula FP telah berjaya diadaptasi dan menunjukkan kesan-kesan positif kepada mereka yang telah mengikutinya. Sepanjang kursus Formula FP para peserta akan dibawa meneroka 4 proses utama untuk lahir sebagai individu baru yang mempunyai perubahan fitrah kepada yang lebih positif di akhir program. Proses-proses tersebut ialah :

1
Proses Penjernihan Fitrah
Kemampuan untuk mengendalikan hati berdasarkan kekuatan prinsip Allah melalui bimbingan suara hati.

Kemampuan untuk memiliki suara hati iaitu kemampuan membenarkan dan mengiakan sesuatu perkara sebagai tanda pengakuan samada disedari atau tidak.

Mengenalpasti unsur-unsur penghalang proses penjernihan fitrah.

Menghayati aplikasi proses penjernihan fitrah.

   
2
Proses Pembangunan Akal
Akal dapat dibina dan digunakan seoptimumnya andai individu mendidik akal dengan bersandarkan kepada prinsip-prinsip ini :
Prinsip Nur ialah sumber suara hati yang melahirkan perasaan-perasaan seperti aman, kebijaksanaan, integriti dan kepercayaan diri. Di sinilah sumber motivasi terbesar!

Prinsip Hamba yang menggariskan kepentingan sifat-sifat seperti kepatuhan, komitmen, saling percaya mempercayai dan bantu membantu.

Prinsip Iqra’ menanam seruan membaca untuk mencari ilmu dan kebenaran melalui pemikiran kritis.

Prinsip Kepimpinan menjelaskan erti kepimpinan sebenar agar dapat membangunkan khairul ummah kerana keunggulan sesebuah ummah berkait rapat dengan penampilan pemimpin yang berprinsip dan berpandangan jauh kesan daripada fitrah yang suci.

Prinsip Wawasan memberi panduan untuk menentukan terlebih dahulu tujuan yang hendak dicapai supaya gerak kerja lebih teratur agar tidak mudah berputus asa di tengah jalan.

Prinsip Qadha & Qadar membimbing manusia agar memulakan sesuatu dengan matlamat dan harus melalui semuanya dengan sesuatu proses.
   
3
Proses Memperkasa Diri
Meletakkan kepentingan untuk menetapkan misi diri dan membangunkan misi kehidupan sebagai salah satu pendorong kepada proses pemerkasaan diri.

Pembangunan watak melalui peningkatan kecerdasan emosi dan spiritual (EQ&SQ) merangkumi implementasi prinsip-pronsip dalam pembangunan akal.

Pengurusan hati melalui pemeliharaan fitrah insani dan kaedah pengendalian emosi secara fisiologi.
   
4
Proses Memperkasa Organisasi
Gerak kerja yang bertenaga adalah penting untuk mendapatkan hasil kerja yang efektif dan efisien melalui ‘check & balance’.

Menghayati tindakan kerja secara total yang membawa kepada peningkatan mutu kerja dan mengutamakan kepentingan organisasi.

Bertawakkal kepada Allah setelah berencana & berstrategi dalam mencapai misi organisasi.

Rancangan TV1

Ahmad Shukri Yusoff "live" di Selamat Pagi Malaysia, TV1

"Prinsip Qadha & Qadar membimbing manusia agar memulakan sesuatu dengan matlamat dan harus melalui semuanya dengan sesuatu proses...."

-Ahmad Shukri Yusoff, Selamat Pagi Malaysia

Rancangan TV9

Ahmad Shukri Yusoff di Halaqah, TV9

Siapa yang patut menyertai....

Pengurus syarikat
Eksekutif
Kakitangan sokongan
Aktivis NGO
Semua orang yang inginkan perubahan diri melalui Penjernihan Fitrah

Apa yang membezakan Kursus ini dengan yang lain.....

Kursus kesedaran agama dengan pendekatan moden
Sesi Muhasabah yang menyentuh EQ dan SQ anda
Bina keakraban yang tulen berdasarkan Fitrah Power
Diselang-seli dengan konsep Didik Hibur
Dikendalikan sepenuhnya oleh Ahmad Shukri selama dua hari berturut-turut

Selepas menghadiri Kursus ini, adakah saya akan dibimbing jika memerlukan bantuan?

Ya, anda akan diberikan bantuan dan bimbingan. Anda juga secara automatik menjadi Sahabat Fitrah. Dengan status Sahabat Fitrah anda terus boleh berhubung melalui email dan dapat menyertai program FitrahPower yang lain dengan harga yang istimewa.

Pesanan dari Ahmad Shukri...

Assalamualaikum wm.wbt.

Terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman web ini. Saya amat berbesar hati dan merasa amat gembira dengan kunjungan anda ini.

Harapan saya agar kita sentiasa bertemu di ruang siber atas dasar berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Tujuan saya menulis di sini ialah untuk memberitahu kepada anda kenapa saya menjalankan kursus ini dan bagaimana kursus Fitrah Power ini boleh memberi kebaikan kepada keluarga anda, organisasi anda dan tentunya diri anda sendiri.

Saya mula terlibat dengan ceramah agama bermula dari sekolah menengah lagi dan terlibat dengan aktif sejak sepuluh tahun yang lalu. Melalui sedikit pengalaman melalui penglibatan dalam ceramah dan pergaulan saya dengan semua lapisan masyarakat, saya menyedari suatu fakta penting iaitu semua manusia mendambakan kebaikan, ketenangan, kegembiraan, keadilan dalam hidup mereka. Itulah sebenarnya fitrah manusia.

Antara sebab berlakukannya kegawatan rumahtangga, pilih kasih di pejabat, kezaliman sesama manusia ialah kesucian fitrah sudah tertutup. Tertutup dengan persepsi, tertutup dengan dosa dan tertutup dengan prasangka.

Dalam kursus Fitrah Power, saya dengan bantuan team fitrah cuba melihat apakah faktor-faktor yang meyebabkan fitrah kita tertutup dan bagaimana caranya agar ianya kembali bersinar.

Kesan dari fitrah yang bersih ianya akan melahirkan watak-watak yang indah seperti penyayang, prihatin, penyabar, cintakan kebenaran berdasarkan motivasi asmaul-husna.

Memetik pandangan Ibnu Atsir, fitrah itu tidak lain adalah karakter penciptaan manusia dan potensi manusia yang bersedia untuk menerima agama.

Oleh kerana itu, Imam Zamakhsyari menyatakan, fitrah itu menjadikan manusia bersedia, sedia setiap saat menerima kebenaran dengan penuh sukarela tanpa paksaan. Seandainya syaitan jin dan syaitan manusia ditiadakan, nescaya manusia hanya akan memilih kebenaran.

Kursus ini bukan sekadar ceramah dan syarahan satu hala tetapi satu perjalanan rohani untuk sama-sama kita meraih hidayah Allah.

Metod yang digunakan dalam Kursus Fitrah Power adalah:

Games
Pembelajaran berasaskan pengalaman
Kajian kes
Syarahan
Perbincangan
Role Play

Marilah sama-sama kita merenung dan memahami firman Allah S.W.T

Hadapkanlah wajahmu dengan lurus pada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan atas fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(Ar-Rum: 30).


Mudah-mudahan kita dipertemukan pada waktu yang terdekat!


Ahmad Shukri Yusoff
www.FitrahPower.Com

p/s : Jika anda mempunyai kenalan yang mungkin ingin mengikuti kursus ini, anda boleh membantu mereka dengan memberitahu tentang kursus ini. Pastinya ia juga satu amal jariah buat anda !

Pendaftaran kursus di buka ...

Kursus selama DUA hari ini dapat menjanjikan kepada anda untuk mengetahui bagaimana cara mengenali potensi diri dan juga cara melakukan Perjernihan Diri.

Jika anda berminat untuk menjadikan Ahmad Shukri sebagai perunding motivasi, daftarlah sekarang. Bayarannya adalah RM4500 bagi satu hari tapi dalam kursus hebat ini, anda akan dibimbing dan dibantu olehnya selama dua hari pada harga pengenalan RM890.

Kursus ini akan di adakan di...

HOTEL PALM GARDEN, IOI RESORT, PUTRAJAYA

*Makanan disediakan termasuk sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang.

Jikalau anda mendaftar sekarang, anda akan mendapat diskaun sebanyak RM100. Ya!! Diskaun RM100. Anda hanya perlu membayar RM890 RM790 sahaja untuk mengikuti kursus menarik ini!

Tawaran ini masih lagi dibuka selagi kami belum mengubah fikiran. Pada masa akan datang kami mungkin menukar harga pakej ini dan anda terpaksa membayar dengan harga yang lebih mahal.

Yang pasti kami mahu anda mendapat faedah seperti yang pernah peserta-peserta lain perolehi sebelum ini.

Cepat dapatkan tawaran hebat dari kami. Daftarlah hari ini pada harga RM790!

  Tarikh/Hari:    19-20 OGOS 2008
  Waktu:            8.30 pagi - 5.00 petang
  Tempat:          Palm Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya
  Perunding:      Ahmad Shukri Yusoff
  Status:           DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN*

Masa tidak menunggu anda lagi.

-Tempat adalah terhad-
DAFTAR SEKARANG SUPAYA ANDA TIDAK KETINGGALAN!!!

4 Cara Bayaran Pendaftaran:

1.
  Bank transfer RM890 RM790 menggunakan maybank2u
Klik di sini untuk membuat bayaran Bank Transfer
     
2.
  Bank-in RM890 RM790 tunai ke dalam akaun/mesin ATM bank kami
Klik di sini untuk membuat bayaran Bank-In
     
3.
  Hantar wang pos / kiriman wang RM890 RM790 melalui pejabat pos
Klik di sini untuk membuat bayaran wang pos / kiriman wang
     
4.
  Hantar cek RM890 RM790 melalui pos
Klik di sini untuk membuat bayaran melalui cek

Yang Ikhlas,


Ahmad Shukri Yusoff

FITRAH POWER RESOURCES (001582603-H)
No 12, Ting 1, Jln 3/7,
Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi
43650, Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-89256725
Fax: 03-89256727

URL: www.fitrahpower.com
Email : info@fitrahpower.com

SMS sahaja : 013 - 3110927

 

PS . Jika anda telah membaca hingga ke tahap ini bermakna anda memang prihatin dengan kehendak jiwa anda. Kursus Fitrah Power memang merupakan pilihan terbaik.

PPS. Jangan terus buat pembayaran jika anda masih ragu-ragu. Hubungi kami di talian kerana kami amat gembira dapat bercakap dengan anda.

Dapatkan tip motivasi terkini daripada kami terus ke email anda.

"Ketahui beberapa tip, panduan dan petua untuk berjaya di dalam hidup!"
Nama:

Email:

Nota: Nama dan Emel anda tidak akan disewa atau dijual beli kepada mana-mana pihak. Sebaliknya anda akan mendapat khidmat nasihat yang sukar dicari di mana-mana.

Testimonial
"Kursus ini amat baik untuk menyedarkan diri kita di mana kita berada dan ke mana kita akan pergi. Kursus motivasi secara Islamik ini jarang dapat diikuti secara pakej seperti ini.- syabas Fitrah Power!"

Alias Jaafar
Akauntan Yayasan Islam Terengganu
"Kursus ini telah memberikan saya kefahaman sebenar penjernihan hati dalam apa yang kita lakukan untuk mendapat keredhaan Allah. Peta hidup telah memberi keinsafan sejarah hidup yang kita lalui, betapa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Syabas! Fitrah Power"

Mahmud Buntat
Ketua Perbankan Islam OCBC
"Penggunaan audio visual yang relevan dan dinamik serta yang terbaik pernah saya alami. Syabas!"

Nik Anis
Juruterbang MAS
"Tahniah di atas kejayaan merangka kursus yang penting ini serta terima kasih di atas usaha yang telah dicurahkan yang telah menjentik hati saya yang selama ini lalai."

Yusri Ali
Pengurus Sumber Manusia Hospital Pusrawi
"Ianya memberi kesan yang mendalam kepada diri saya dan juga sahabat fitrah yang lain kerana kita dapat mengenal potensi diri dengan lebih mendalam, bekerja dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab serta bekerja untuk mendapat keredhaan Allah."

Hadya Lailey Mohd Ramly
Pegawai undang-undang Bank Pertanian Malaysia
"Kursus ini memang ada keunikannya dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan dan juga persembahan-persembahan multimedia. Aktiviti yang dijalankan memang telah banyak menyedarkan saya terutama sekali siapakah saya, goal setting dan peta hidup."

Mohammad Khairuddin Manan
Penolong Pengurus Takaful Malaysia Berhad
"Setakat ini kursus ini adalah berlainan daripada kursus-kursus yang saya hadiri. Syabas kepada ustaz, teruskan jihad anda ke arah membentuk masyarakat yang beriman dan bertaqwa."

Mat Zaid Ibrahim
Penolong Pengarah YIT
"Sekalung tahniah kepada Fitrah Power di atas usaha membawa saya dan rakan-rakan ke kursus yang besar ertinya pada Islam di Malaysia ini. Syabas!"

Hj Yusof Ismail
Pegawai Agama Pos Malaysia


© 2008 FitrahPower.com | Design by: Fitrah Design