Lain-lain kursus yang ditawarkan

1. Spiritual Leadership Training (SLT)

Kursus ini memberikan penekanan untuk membentuk dan memberi pengukuhan tentang kepimpinan, mengenali karektor pemimpin, nilai-nilai kepimpinan berkesan serta mencipta misi dan visi sebagai seorang pemimpin.
Antara fokus utama kursus ini menitik beratkan elemen spiritual dan ibadat dalam membina acuan kepimpinan yang berkesan.
   
  Sasaran : Para pegawai dan kakitangan sokongan
  Pakej : 3 hari 2 malam

2. Spiritual Parenting

Kursus ini digarap secara eksklusif mengandungi elemen-elemen yang berkaitan dengan pencarian punca tercetusnya masalah, memahami masalah dan mencari jalan penyelesaian masalah bermula dengan mengenali diri dan pasangan, mengenalpasti masalah suami dengan isteri dan masalah ibu bapa dengan anak-anak.
Formula ini merangkumi keseimbangan IQ, EQ dan SQ yang digarap khas dengan pendekatan-pendekatan yang sesuai. Formula ini juga mampu melahirkan keluarga harmoni yang memiliki sekaligus dapat menyumbang ke arah pembinaan masyarakat penyayang.
   
  Sasaran : Kakitangan sokongan / ibu bapa yang membina kemahiran keibubapaan dalam keluarga.
  Pakej : 3 hari 2 malam

3. Kursus Usahawan Profesional

Kursus ini memberikan maklumat asas untuk bakal-bakal usahawan memulakan langkah dalam bidang perusahaan dan perniagaan. Antara penekanan yang diberikan dalam kursus ini ialah memahami kaedah harta kekayaan, pantang-larang usahawan muslim dan nilai-nilai usahawan muslim yang perlu diamalkan.
Kursus ini juga turut menonjolkan rahsia kejayaan beberapa usahawan muslim yang hebat berdasarkan sejarah Islam dan masa kini seperti:
a. Rasulullah S.A.W
b. Abdul Rahman Bin Auf
c. Talhah Bin Ubaidillah
d. Tan Sri Syed Mokhtar
e. Ali Hassan Bin Mohd Hassan
   
  Sasaran : Bakal-bakal usahawan
  Pakej : 2 hari (8.00 pagi – 5.00 petang)

4. Kursus Motivasi Potensi Diri

Kursus ini mencetuskan kesedaran, keinsafan dan penyesalan terhadap kesilapan, kelemahan, kekurangan diri supaya dapat melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik berteraskan IQ, EQ dan SQ untuk kecemerlangan diri dan organisasi.
Para peserta akan lebih mengenali, memahami dan menghargai potensi diri yang ada serta memberi kesedaran bahawa sumbangan dan potensi diri menjadi sumber kejayaan dan kecemerlangan organisasi.
Sepanjang tempoh kursus ini para peserta akan mengisi helaian-helaian tertentu, diberikan zikir-zikir pilihan, serta segmen ‘goal setting’ sebagai muhasabah dan perubahan diri untuk mengenali potensi diri.
   
  Sasaran : Para pegawai dan kakitangan sokongan
  Pakej : 3 hari 2 malam/2 hari 1 malam/2 hari (8.00 pagi - 5.00 petang)

5. Kursus Pengukuhan Integriti

Kursus ini bertujuan mengukuhkan dan memperkasakan nilai-nilai integriti serta membentuk satu perubahan minda dalam kepimpinan dengan meningkatkan kesedaran, komitmen, dan kerjasama dalam semua sektor di samping meningkatkan daya tahan dalam menghadapi cabaran globalisasi berdasarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) seterusnya menjana individu yang lebih komited dan amanah dalam pengurusan kerja.
   
  Sasaran : Para pegawai dan kakitangan sokongan
  Pakej : 3 hari 2 malam

6. Kursus Personaliti Unggul

Kursus ini memfokuskan tentang bagaimana untuk memiliki personaliti unggul berteraskan 3 elemen IQ, EQ dan SQ dengan memberikan kaedah dan tip bukan hanya menjaga penampilan luaran sahaja tetapi juga menjaga kecantikan sosial (dalaman) yang mampu ditonjolkan melalui kebijaksanaan emosi, kemahiran berbual dan kemahiran bersosial.
Kursus ini amat sesuai untuk kakitangan yang baru bekerja baru dinaikkan pangkat.
   
  Sasaran : Para pegawai dan kakitangan sokongan
  Pakej : 3 hari 2 malam

7. Kursus Amil Profesional

Memberi pendedahan tetang ciri-ciri amil profesional dan meransang minda peserta untuk meningkatkan gerak kerja bagi meningkatkan kutipan hasil zakat dengan memberikan pendedahan dan latihan yang berkesan melalui aktiviti yang digarap khas oleh FP merangkumi pemasaran yang efektif, kepimpinan dan komunikasi yang berkesan berteraskan IQ, EQ dan SQ dalam melahirkan budaya kerja cemerlang.
   
  Sasaran : Amil zakat
  Pakej : 3 hari 2 malam

8. Kursus Budaya Kerja Cemerlang

Kursus ini memberikan pemahaman tentang apakah budaya kerja cemerlang yang sebenarnya. Topik-topik yang diberi penekanan di dalam kursus ini ialah budaya amal Islam, kerja sebagai ibadah serta turut juga memberi pendedahan tentang budaya-budaya kerja luar profesional.
   
  Sasaran : Para pegawai dan kakitangan sokongan
  Pakej : 3 hari 2 malam

9. Kursus Tahsin Qiraatil Quran

Matlamat utama kursus ini, memberikan pendedahan awal kepada para peserta untuk mempelajari quran secara bertarannum, memperkemaskan tajwid, mempelajari lagu-lagu tarannum dan juga tip-tip eksklusif untuk menjadi qari yang profesional.
Kursus ini juga turut memberi penekanan aktiviti fizikal, senaman-senaman pernafasan untuk membina stamina para peserta sebagai seorang qari profesional.
   
  Sasaran : Belia dan remaja
  Pakej : 3 hari 2 malam

10. Kursus Kepimpinan Dinamik*

Fokus utama kursus ini memberi pengukuhan tentang ibadah-ibadah seperti solat, asas menjadi imam, bengkel tahlil, wirid, khutbah dan pengurusan jenazah.
Daripada bengkel-bengkel ini akan memupuk tentang tanggungjawab, peranan untuk membentuk kepimpinan dalam masyarakat serta menjana peribadi unggul.
Mempertingkatkan keupayaan dan potensi diri peserta di dalam menghayati dan memahami visi, misi dan matlamat utama sebagai pemimpin yang berteraskan IQ, EQ dan SQ.
   
  Sasaran : Belia dan remaja
  Pakej : 3 hari 2 malam

11. Kursus Imam Junior

Pendekatan utama kursus ini memberikan pengukuhan tentang solat, serta ilmu-ilmu pendedahan dan pengukuhan untuk para peserta memulakan langkah dalam menjadikan kerjaya imam sebagai profesion profesional.
Kursus ini juga kemahiran tentang pengucapan awam sebagai satu latihan untuk melahirkan imam yang mampu menjadi khatib dan penceramah agama yang baik.
Kursus Imam Junior ini sangat menarik kerana turut juga menyediakan aktiviti outdoor untuk memberikan kesesuaian dengan jiwa remaja.
   
  Sasaran : Belia dan remaja
  Pakej : 3 hari 2 malam

12. Kursus Pengukuhan Dan Pembangunan Kumpulan Teambuilding)

Objektif utama kursus ini adalah untuk membantu mencetuskan keinginan untuk melakukan tugas dengan lebih efektif dan meningkatkan daya kreativiti serta disiplin diri dalam bidang kerjaya.
Kombinasi antara aktiviti indoor dan aktiviti fizikal lasak akan mampu membentuk semangat berpasukan dan juga mengembangkan bakat kepimpinan dalam diri peserta.
Kursus ini juga memfokuskan misi hidup dan juga goal setting sebagai pendekatan eksklusif membina momentum motivasi diri untuk lebih bertanggungjawab dalam kerjaya dan famili.
   
  Sasaran : Para pegawai dan kakitangan sokongan
  Pakej : 3 hari 2 malam

13. Kursus Pengurusan Stres

Kursus ini memberikan maklumat dan pendedahan awal tentang kesedaran mengenai cara-cara penyelesaian konflik/stress dan seterusnya membentuk suasana positif di tempat kerja.
   
  Sasaran : Para pegawai dan kakitangan sokongan
  Pakej : 2 hari (8.00 pagi – 5.00 petang)

14. Program Didik Fitrah (PDF)

Program motivasi untuk golongan remaja dan belia untuk mengenali potensi diri, membentuk disiplin dan sahsiah serta mempunyai kesedaran untuk membina kejayaan dalam pelajaran.
Program ini menggabungkan aktiviti fizikal seperti flying fox, ekspedisi rimba, obstacles, kembara fitrah dan aktiviti indoor untuk memberi kesesuaian kepada jiwa remaja.
IQ, EQ dan SQ adalah elemen utama yang menjadi teras untuk pembentukkan imej dan peribadi remaja yang berjaya.
   
  Sasaran : Remaja dan belia
  Pakej : 3 hari 2 malam

15. Kursus Pemanduan Cemerlang

Kursus Pemanduan Cemerlang ini pendedahan dan kefahaman aspek keselamatan jalan raya dan meningkatkan rasa keyakinan, ketrampilan serta mengamalkan etika pemandu yang cemerlang dan berhemah.
   
  Sasaran : Pemandu-pemandu di jabatan-jabatan kerajaan
  Pakej : 2 hari (8.00 pagi – 5.00 petang)

 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi kami:

FITRAH POWER RESOURCES (001582603-H)
No 12, Ting 1, Jln 3/7,
Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi
43650, Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-89256725
Fax: 03-89256727

URL: www.fitrahpower.com
Email : info@fitrahpower.com

SMS sahaja : 013 - 3110927



© 2008 FitrahPower.com | Design by: Fitrah Design