Kursus-kursus ditawarkan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Kursus ini memberikan pemahaman tentang apakah budaya kerja cemerlang yang sebenarnya. Topik-topik yang diberi penekanan di dalam kursus ini ialah budaya amal Islam, kerja sebagai ibadah serta turut juga memberi pendedahan tentang budaya-budaya kerja luar profesional.

Sasaran : Para pegawai dan kakitangan sokongan

Pakej : 3 Hari, 2 Malam

 

Kursus Pengukuhan Dan Pembangunan Kumpulan (Teambuilding)

  • Objektif utama kursus ini adalah untuk membantu mencetuskan keinginan untuk melakukan tugas dengan lebih efektif dan meningkatkan daya kreativiti serta disiplin diri dalam bidang kerjaya.
  • Kombinasi antara aktiviti indoor dan aktiviti fizikal lasak akan mampu membentuk semangat berpasukan dan juga mengembangkan bakat kepimpinan dalam diri peserta.
  • Kursus ini juga memfokuskan misi hidup dan juga goal setting sebagai pendekatan eksklusif membina momentum motivasi diri untuk lebih bertanggungjawab dalam kerjaya dan famili.

Sasaran : Para pegawai dan kakitangan sokongan
Pakej : 3 hari 2 malam

Kursus Pengurusan Stres

  • Kursus ini memberikan maklumat dan pendedahan awal tentang kesedaran mengenai cara-cara penyelesaian konflik/stress dan seterusnya membentuk suasana positif di tempat kerja.

Sasaran : Para pegawai dan kakitangan sokongan
Pakej : 2 hari (8.00 pagi – 5.00 petang)

 

Spiritual Parenting (Kursus Keibubapaan )

  • Kursus ini digarap secara eksklusif mengandungi elemen-elemen yang berkaitan dengan pencarian punca tercetusnya masalah, memahami masalah dan mencari jalan penyelesaian masalah bermula dengan mengenali diri dan pasangan, mengenalpasti masalah suami dengan isteri dan masalah ibu bapa dengan anak-anak.
  • Formula ini merangkumi keseimbangan IQ, EQ dan SQ yang digarap khas dengan pendekatan-pendekatan yang sesuai. Formula ini juga mampu melahirkan keluarga harmoni yang memiliki sekaligus dapat menyumbang ke arah pembinaan masyarakat penyayang.

Sasaran : Kakitangan sokongan / ibu bapa yang membina kemahiran keibubapaan dalam keluarga.
Pakej : 3 hari 2 malam

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ustaz Ahmad Shukri Yusoff

Perunding Utama / Pengarah Urusan

Fitrah Power Resources

Tel: +603-8925 6725

Email: info@fitrahpower.com