Logo Background RSS

8 Cara Menjadi Isteri Dambaan Suami

  • isteri-solehah.jpg

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

    Salam fitrah untuk semua sahabat yang sentiasa berhubung dengan kami di laman web ini.

    Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam sehari
    dan 7 hari seminggu. Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga.

    Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.

    1. Isteri yang cerdik

    Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
    mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!

    2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga

    Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

    3. Manager dalam segala hal

    Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

    4. Selalu di belakang suami

    Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

    5. Menjaga perut suami dan anak-anak

    Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

    6. Pandai jaga diri

    Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

    7. Perunding imej

    Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
    imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

    8. Menjaga keluarga mertua

    Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

  1. #1 sakinah
    December 16th, 2008 at 5:05 pm

    Terima kasih di atas perkongsian ini, doakan moga ana menjadi isteri cerdik yang solehah dan menjadi sahabat,pendorong dan penenang mata hati suami ana.Insya Allah… Amin

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 admin
    December 18th, 2008 at 12:57 am

    :em19: Insya-Allah

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 masni
    July 19th, 2009 at 4:38 pm

    :em29: semoga sesiapa yang membacanya akan mendapat manfaat..terima kasih.semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua.AMIN……..

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 nor
    August 5th, 2009 at 11:02 pm

    Salam,
    saya musykil tentang ciri yang ketujuh…iaitu sebagai perunding imej…kalau dah kena masak, mencuci dan mengemas di dapur, bagaimana kami para isteri nak memperindahkan rupa paras kami…rasanya lebih selesa dan sesuai memakai t shirt dan kain batik untuk melakukan keja2 kat dapur tu…patutnya suami faham..kalau dah tak mampu sediakan pembantu umah, redho ajelah lihat isteri tu comot dan bau busuk kalau kat dapur…bayangkanlah..kesian si isteri…dah penat kat dapur, berkejar lak g mandi, tukar baju kerana nak sambut suami balik…ish ish ish…suami lak sampai ati ada ati nak cari lain …alasannya isteri tak pandai amik ati…..isteri tak pandai bergaya…uhuk2 sedih gile….

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 puan lynn
    September 25th, 2009 at 10:26 am

    salam nor,
    :em43: saya setuju dgn nor. saya juga istri berkerjaya dan menjadi suri rumah sepenuh masa juga. bayangkan semua saya kena kejar sendirian tanpa bantuan suami yg hanya tau balik makan tido dan relax. saya juga besiap2 jaga penampilan di rumah ketika suami pulang serta memakai wangi wangian. tapi suami tak heran punnnnnn….. kesian kat kita pompuan nihh segalanya nya kita sanggup lakukan utk suami tapi suami??

    pada saya utk suami di luar sana..kalo dah gataii tuh gatai lahh jua sifatnya.

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 puan sue
    September 28th, 2009 at 2:00 pm

    assalamualaikum..yang paling penting bagi setiap isteri kerdhoaan dari hati yang suci bersih tanpa harapkan balasan.Insyallah..kita akan mendapat rahmat dari yang Maha Esa dan pintu syurga sentiasa terbuka untuk isteri mithali.Biarlah kita korbankan hatidiakhirat ganjaran nya amat besar.

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 azza
    November 18th, 2009 at 8:36 am

    :em50:
    assalamualaikum…semua..
    azza bersyukur m’punyai suami yg begitu mengambil berat , lebih2 lg kami br menimang cahaya mata yg pertama.Kadang2 azza rasa terharu dikurnaikan suami yg begitu…
    tp 1 aje masalahnya..jika suami azza marah ataupun berkecil hati dgn azza,dia tidak akan bagitahu apa silap azza terhadap dia. Suami azza sikapnya suka menyimpan kemarahannya dan dia akn menjawab jika azza bertanya kesilapan azza padanya..
    terus terang azza ingin menjadi s’org isteri yg menjadi dambaan suami.
    boleh beri pendapat bagi masalah azza ni…

    terima kasih…

    :em56:

    Post ReplyPost Reply
  8. #8 myra
    February 2nd, 2010 at 10:55 pm

    saya pun bersyukur ke hadrat ilahi kerana dpt seorang suami yang sangat saya cintai..saya langsung tak pandai memasak pada awalnya tapi saya belajar walaupun masakan xberapa sedap tp saya sgt berharap saya menjadi isteri terbaik dan akn wat terbaik untuknya,walaupun kdg2 bnyak terasa ati dgn suami,mungkin lepas ni saya akn manfaatkan tips2 nie,saya sgt setuju dgan pendapat puan sue,apepun kita wat biar ikhlas tanpa mengharapkan balasan..

    Post ReplyPost Reply
  9. #9 june
    February 20th, 2010 at 5:04 pm

    cara2 menjaga anak menjadi soleh dan solehah
    :em70: :em70: :em70:

    Post ReplyPost Reply
  10. #10 hani
    February 20th, 2010 at 11:41 pm

    :em46: tepuk dada tanya iman…. terima kasih atas motivasi

    Post ReplyPost Reply
  11. #11 sari
    February 22nd, 2010 at 1:09 pm

    Salam. Alhamdllah.. panduan ini dapat saya kongsi untuk membahagiakan lagi kehidupan rumahtangga saya. Tugas sebagai isteri ni bunyinya memang mudah tetapi untuk melaksanakannya kalau tidak berbekalkan keimanan yang teguh dan kasih sayang suami yg utuh rasanya memang susah. Mengenai perundingan imej, pada saya kita memang sentiasa perlu menjaga penampilan. Tidak kiralah waktu sedang bekemas rumah. Pakailah pakaian yang cantik apa salahnya. Jangan simpan pun pakaian yang sudah buruk.

    Post ReplyPost Reply
  12. #12 vi2
    February 23rd, 2010 at 1:27 pm

    :em69:

    Post ReplyPost Reply
  13. #13 ina
    February 23rd, 2010 at 6:29 pm

    salam… saya nak minta pendapat ustaz, bagaimana untuk menangani suami yang pendiam. kadang2 ok, kadang2 moody. kadang2 saya x tau ape sebab dan salah saya dia x nak bckp dgn saya. kami hanya tinggal berdua. saya xnk rumahtangga saya senyap sunyi dan saya nak jadi isteri yang baik dan cuba sedaya upaya untuk memahami suami.

    Post ReplyPost Reply
  14. #14 yanasue
    March 2nd, 2010 at 5:37 pm

    salam..
    kekuatan wanita untuk menjadi isteri dambaan suami pun berpunca dari suami juga..suami juga perlu memainka peranan yg penting..iteri hilang motivasi diri bila sang isteri merasakan pengorbanan mereka tidak pernah di hargai malah di balas dengan kecurangan dan penipuan..bila dah terasa di curangi bukan senang isteri nak melupakan ( will forgive but never to forget )betul tak?

    untuk menjana keluarga yang harmoni perlunya keseimbangan dalam rumah tanga..sy tidak bersetuju kalau usaha memantapkan keharmonian rumah tanga di letakan 100% pada isteri..sedangkan sang suami hanya perlu berkataII dan mengomen apa yg slh pada pendapat mereka..suami adalah pembimbing isteri adalah pendamping…apaII pun semoga kt berusaha dan berjaya menjadi yang terbaik pada pasangan kt..AMIN…

    Post ReplyPost Reply
  15. #15 Puan Shikin
    March 4th, 2010 at 11:12 pm

    Mmg berat tanggugjwb seorang isteri ni… Tp kenapa suami selalu mengambil kesempatan di atas apa yang tlh isteri lakukan. Bukankah semua tugas rumahtangga itu sepatutnya digalas oleh si suami? Isteri sepatutnya hanya membantu utk meringankan tugas suami. Tp sekarang ni mcm dah terbalik pulak. Segala-galanya suami letakkan tanggungjawb tu kat isteri. Sebagai isteri yang setia dan patuh dgn perintah suaminya akan melakukan tugas2 tersebut. Oleh yang demikian suami haruslah tahu mengambil hati isteri bukannya mengambil kesempatan dgn apa yang isteri tlh korbankan.

    Post ReplyPost Reply
Tinggalkan komen/pendapat
Website ini menggunakan gravatar (globally-recognized-avatar) untuk memaparkan avatar anda di setiap komen. Untuk mendapatkan gravatar anda, sila register di Gravatar.com

  • :em09:
  • :em24:
  • :em29:
  • :em17:
  • :em05:
  • :em64:
  • :em57:
  • :em63:
  • :em42:
  • :em26:
  • :em06:
  • :em11:
  • :em21:
  • :em61:
  • :em67:
  • :em41:
  • :em51:
  • :em50:
  • :em34:
  • :em47:
  • :em65:
  • :em12:
  • :em18:
  • :em49:
  • :em38:
  • :em66:
  • :em39:
  • :em16:
  • :em46:
  • :em22:
  • :em19:
  • :em71:
  • :em45:
  • :em54:
  • :em36:
  • :em69:
  • :em37:
  • :em62:
  • :em20:
  • :em28:
  • :em03:
  • :em52:
  • :em04:
  • :em23:
  • :em32:
  • :em27:
  • :em59:
  • :em07:
  • :em25:
  • :em02:
  • :em60:
  • :em31:
  • :em13:
  • :em68:
  • :em48:
  • :em35:
  • :em55:
  • :em01:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em40:
  • :em14:
  • :em33:
  • :em56:
  • :em44:
  • :em70:
  • :em15:
  • :em58:
  • :em08:
  • :em43:
  • :em53: