Logo Background RSS

Anak Dan Sekolah

  • Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh

    PELAJAR_BARU

    Salam tahun baru untuk semua Sahabat Fitrah. Hari ini sudah masuk masuk hari kedua sesi persekolahan dibuka. Alhamdulillah kita lihat ramai sekali ayah ibu yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Terutama anak-anak yang mula memasuki sesi pembelajaran 2009 ini. Bagi sesetengah anak-anak, sesi persekolahan menjadikan mereka satu pengalaman yang begitu menakutkan kerana berjumpa dengan ramai orang yang mereka tidak kenali, ditinggalkan ibu bapa di sekolah dan sebagainya.

    Namun bagi sesetengah anak-anak, mereka sememangnya menantikan saat menikmati persekolahan, terutama ketika kali pertama menjejakkan kaki mereka ke kawasan sekolah. Tidak kira sama ada masuk ke Tahun 1 atau pun prasekolah. Tetapi satu persoalan yang timbul mengapa anak-anak ini takut untuk ke sekolah?

    Sebenarnya masalah begini bukanlah satu masalah yang serius. Jika diteliti, cara pendidikan awal ibu bapa terhadap anak-anak akan memberikan impak yang besar ketika anak-anak ingin memulakan langkah mereka di alam persekolahan. Teknik bersosial kepada anak-anak perlu dilatih ketika mereka dalam usia masih kecil. Ini akan memberikan pendedahan kepada mereka bagaimana menyesuaikan diri dengan ramai orang dan juga situasi yang dialaminya.

    Amat jauh bezanya anak-anak ini jika mereka dilatih dengan cara bersosial sejak dari kecil. Mereka lebih positif apabila menghadapi situasi sebegini. Bahkan mereka tidak akan kekok untuk membina hubungan dan mencari kawan sesama mereka. Mereka pandai menyesuaikan diri dengan kanak-kanak sebaya mereka. Tetapi sekiranya dari kecil mereka tiada pendedahan ini, anak-anak akan memberikan gambaran yang negatif walaupun hakikatnya zaman persekolahan begitu menyeronokkan. Perkara sebegini hanya perlu disedari oleh ibu bapa ketika di awal usia mereka agar mereka lebih bersedia untuk menerima pengalaman baru dalam kehidupan mereka.

  1. #1 Niza
    February 10th, 2009 at 3:03 pm

    Salam Ustaz. Saya sekadar ingin bertanya. Anak saya 6 tahun dan telah mula ke sekolah tadika ketika umur 5 tahun. Sebelum ini dia tidak pernah mengatakan tidak untuk ke sekolah dan sangat gembira setiap hari persekolahan. Tapi kini sudah seminggu dia menangis kerana tidak mahu ke sekolah. Saya sudah berbincang dengan guru tentang masalah yang dihadapinya dan saya bercadang untuk menukarkan kelas. Tetapi semua kelas telah penuh dan terpaksa bersekolah di dalam kelas yang sama. Jika dia masih menangis di sekolah apakah tindakan terbaik yang perlu saya lakukan? Terima kasih.

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Asrul (Staff)
    February 12th, 2009 at 8:49 am

    Anak puan mula merasakan ke sekolah menjadi trauma pada dirinya. Mungkin juga masalah yang dialaminya ketika ini. Cuba fahami apa sebenarnya yang berlaku pada anak puan. kerana masalah yang mungkin difahami oleh guru dan apa yang dialami oleh anak puan adalah berbeza. Jika perlu dapatkan nasihat mereka yang lebih mengetahui.

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Nuriah (Staff)
    March 13th, 2009 at 10:43 am

    hemm…. sronok tgk budak nangis ni… actually mmg ada sstengah bdak yg slllu nangis bila masuk ke alam persekolahan yg agak baru baginya… takpe, jgn risau, bdk2 yg nangis ni sekejap je, tak lama. ada yang berbulan2 menangis, tapi last2 dia dapat jg membiasakan diri…

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 merah
    October 26th, 2009 at 11:21 am

    Salam ustaz

    Anak saya berumur 5 tahun….hampir 9 bulan dia kesekolah tak pernah menangis…sejak akhir2 ni dia menangis setiap pagi hendak ke sekolah…puas saya pujuk, tak jalan…lepas saya bergerak dr sekolah, dia diam…dan boleh buat kije sekolah…balik saya ambil dia seronok katanya ke sekolah…saya bingung…dan bimbang jika setiap masa perkara ini dia lalui dia akan trauma untuk kesekolah…saya ada bertanyakan samada ada cikgu pukul atau tidak…dia kata tidak…saya pun xfaham la ustaz…dan xtahu nk buat apa da….harap dapat membantu…

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 cahaya
    February 7th, 2010 at 2:20 am

    salam ustaz..

    saya mempunyai seorg ank prempuan berusia 7thn..year 1. 1st month bersekolah dia seronok sgt tapi bila masuk 2nd month dia jadi takut..tak suka dgn kawan2..tak suka sklolah n paling saya takut dia tak nk ke sekolah langsung. setiap hari ngangis..apa perlu saya lakukan ustaz? dia merupakan ank sulong dari dua adik bradik…saya buntu dan minta jasa baik dan nasihat dari ustaz..terima kasih.

    Post ReplyPost Reply
Tinggalkan komen/pendapat
Website ini menggunakan gravatar (globally-recognized-avatar) untuk memaparkan avatar anda di setiap komen. Untuk mendapatkan gravatar anda, sila register di Gravatar.com

  • :em09:
  • :em24:
  • :em29:
  • :em17:
  • :em05:
  • :em64:
  • :em57:
  • :em63:
  • :em42:
  • :em26:
  • :em06:
  • :em11:
  • :em21:
  • :em61:
  • :em67:
  • :em41:
  • :em51:
  • :em50:
  • :em34:
  • :em47:
  • :em65:
  • :em12:
  • :em18:
  • :em49:
  • :em38:
  • :em66:
  • :em39:
  • :em16:
  • :em46:
  • :em22:
  • :em19:
  • :em71:
  • :em45:
  • :em54:
  • :em36:
  • :em69:
  • :em37:
  • :em62:
  • :em20:
  • :em28:
  • :em03:
  • :em52:
  • :em04:
  • :em23:
  • :em32:
  • :em27:
  • :em59:
  • :em07:
  • :em25:
  • :em02:
  • :em60:
  • :em31:
  • :em13:
  • :em68:
  • :em48:
  • :em35:
  • :em55:
  • :em01:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em40:
  • :em14:
  • :em33:
  • :em56:
  • :em44:
  • :em70:
  • :em15:
  • :em58:
  • :em08:
  • :em43:
  • :em53: