Logo Background RSS

Bagaimana Memberikan Penghargaan

  • haragaAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Dalam kehidupan ini banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk memberikan penghargaan dan juga sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga kepada sesiapa sahaja. Selalunya kita terlalu memikirkan cara untuk meluahkan penghargaan dan menyentuh hati sehinggakan kadang-kadang kita hanya berdiam diri kerana hanya memikirkan cara untuk memberikan penghargaan kepada mereka yang kita sayangi.

    Penghargaan Kepada Anak
    - Selalu memberikan pujian yang ikhlas kepada anak
    - Rangsang anak-anak untuk buat yang terbaik
    - Berikan hadiah atas kejayaan anak-anak walaupun kejayaan yang kecil
    - Selalu berikan pelukan dan ciuman
    - Sekali sekala puji anak-anak di hadapan orang lain
    - Hadirkan diri dalam acara atau pertandingan atau peraduan yang disertai oleh anak anda

    Penghargaan Kepada Ibu Bapa
    - Selalu telefon bila berjauhan
    - Jangan lupa kirimkan wang walaupun sedikit (andai sudah bekerja )
    - Berikan hadiah pada hari-hari penting (Hari Ibu, Hari Bapa & Hari Lahir)
    - Cium tangan ibu bapa
    - Bila anda sudah berkeluarga, selalu pulang ke kampung kerana selalunya ibu bapa kita rindu untuk bertemu dengan cucu-cucu mereka.
    - Minta pandangan mereka dalam menyelesaikan masalah
    - Pulang apabila mereka sakit

    Penghargaan Kepada Suami
    - Selalu berikan senyuman
    - Berhias di hadapan suami
    - Masak masakan kegemaran suami
    - Minta pandangan suami jika ada masalah
    - Selalu urut-urutkan suami
    - Menjaga maruah suami
    - Puji suami di hadapan keluarga atau orang lain
    - Berikan hadiah hari jadi
    - Pandai mengambil hati suami
    - Selalu memberikan sokongan bila suami ada masalah
    - Membina hubungan baik dengan keluarga suami
    - Minta izin suami sebelum buat sesuatu
    - Mohon maaf dengan suami sebelum tidur

    Penghargaan Kepada Isteri
    - Ingati tarikh-tarikh penting bersama isteri (Hari Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Lahir)
    - Ingati tarikh kelahiran anak-anak
    - Bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah (memasak, membasuh & jaga anak)
    - Ungkapkan kata-kata cinta sebelum tidur
    - Selalu berikan pelukan dan kucupan kepada isteri
    - Membina hubungan baik dengan keluarga isteri
    - Ucapkan terima kasih apabila bersama
    - Selalu memberikan kejutan-kejutan yang menggembirakan
    - Selalu berpenampilan segak (sebab suami kacak, orang akan puji isteri)
    - Memberikan kemaafan dan memohon maaf andai tersilap
    - Panggil isteri dengan panggilan yang manja
    - Puji isteri depan anak-anak dan keluarga
    - Berikan hadiah apabila isteri anda melahirkan anak

  1. #1 catzer
    March 14th, 2009 at 4:05 pm

    Penghargaan yg biasa sy buat ialah kepada diri sendiri, since dah penat berusaha sy akan hadiah pada diri sendiri. Baru2 ini hadiah untuk diri sendiri ialah pergi ke gym untuk menjaga kesihatan..badan nak pakai lama ni. so kena jaga elok2.

    Penghargaan buat family, selalulah call mereka dan bertanyakan khabar. :em70:

    penghargaan buat rakan2, ajak pi ngeteh saya belanja :em50:

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Asrul (Staff)
    March 16th, 2009 at 10:25 am

    tul tu..diri sendiri perlu dihargai..kalau takde diri sendiri seme yang di atas takkan boleh dilakukan.. :em47:

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Nuriah (Staff)
    March 18th, 2009 at 9:25 am

    selain jaga kesihatan juga, kita boleh pg makan2 angin… tengok keindahan dan kekuasaan Allah… mengembara atas bumi Allah ni bnyak faedah dan kelebihannya… dari situlah terbinany konsep syukur dan keinsafan bagi kita umat Islam…

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 ana
    March 20th, 2009 at 3:27 pm

    :em24: Penghargaan pada diri sendiri paling utama kerana setelah kita boleh menghargai diri sendiri barula boleh memberi penghargaan buat orang lain.

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 batrisyha
    March 20th, 2009 at 3:43 pm

    Assalamualaikum ustaz dan semua sahabat Fitrah…

    Memang benar kita dalam kehidupan ini banyak cara yg boleh kita lakukan untuk memberi penghargaan dan memberi kasih sayang kepada org2 terdekat dgn kita…

    tapi kebanyakan kita alpa dengan duniawi..sehingga terlupa kepada mereka, bila mereka tiada baru kita menghargai dan merinduinya…Sementara mereka masih ada, hargailah mereka dan berikan kasih sayang…

    setakat ini alhamdullilah saya lakukan untuk ibu, anak2 dan suami…

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 shafizan
    March 20th, 2009 at 4:04 pm

    :em55: Family adalah orang yang sentiasa memberi semangat dan bantuan so, penghargaan uat mereka adalah penting sekali..tapi X semestinyer penghargaan dalam bntuk hadiah jer..luv your FAMILY.. :em70:

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 shai
    March 20th, 2009 at 4:49 pm

    memberi penghargaan kpd ibu-bapa,anak2 dan suami mmg penting tp kadang kala kita sendiri tidak pernah di hargai…

    Post ReplyPost Reply
  8. #8 Ummu Aiman
    March 20th, 2009 at 4:53 pm

    Assalamualaikum unt ustaz dan Semua.. Sebagai Anak Isteri dan Ibu… Keluarga adalah Harta yang paling berharga yang takde tolok bandingnya.. Menghargai dan di hargai adalah penting untuk memupuk keluarga yang bahagia.. Namun kita mesti bijak menangani dan mengatasi segala dugaan dan cabaran dalam hidup berkeluarga.. Semoga kita sentiasa di rahmati oleh NYA. InsyaALLAH

    Post ReplyPost Reply
  9. #9 fazniah
    March 20th, 2009 at 4:57 pm

    Assalamualaikum… untuk ustaz dan sahabat-sahabat utsaz

    Pengorbanan adalah amat penting dalam kebahagian rumah tangga.. dan untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri di samping anak-anak tersayang.

    Post ReplyPost Reply
  10. #10 zaidi
    March 20th, 2009 at 11:46 pm

    :em24: salam pada semua,
    Sekiranya kita paham dengan tujuan kita bekeluarga, insyaalah semua tips yg diberikan merupa perkara yg begitu penting bagi mewujudkan satu situasi yang dipanggil keharmonian dan kesejahteraan rumahtangga.Bagi saya yg terpenting ialah penyerapan agama islam yg serious dari ibubapa itu sendiri kerna agama islam itu cukup hebat sekiranya kita tahu caranya.
    Sekian terima kasih…………wassalam

    Post ReplyPost Reply
  11. #11 wan yusoff wan daud
    March 21st, 2009 at 9:36 am

    Salam sejahtera semua, kita mesti saling homat menghormati antara ahli keluarga. Selalu amalkan “give n take”. Kami hanya mampu amalkan 50 peratus sahaja penghargaan yang ustaz berikan. Bagi saya suka berkongsi apa yang dikatakan oleh MB Kelantan TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat BERBULAN MADU sepanjang masa

    Post ReplyPost Reply
  12. #12 Maizatul Akhmam Miskon
    March 21st, 2009 at 10:20 am

    assalammualaikum
    bagi diri saya sendiri, seperti yang telah disenaraikan, semuanya memberi impak yang terlalu mendalam. terasa apa yang dilakukan masih belum mencukupi, serasa seperti banyak lagi yang perlu dilakukan, terutama sekali kepada ibu-bapa.
    bagaimanapun, suami adalah keutamaan, dan anak-anak adalah harta tidak ternilai. insyaallah, apa yang telah lakukan akan diteruskan, disamping mencari dan terus mencari sesuatu yang amat bermakna lagi untuk dikongsikan bersama.

    Post ReplyPost Reply
  13. #13 Mustopa
    March 21st, 2009 at 11:38 am

    Bagus peringatan begini, kekadang terlupa apa yang patut dilakukan untuk menunjukkkan rasa kasih sayang itu.

    Post ReplyPost Reply
  14. #14 firdauskhalil
    March 21st, 2009 at 1:56 pm

    ibu bapa yang memnyayangi anak, Anak akan rasa dihargai, kasih sayang akan dapat disemai, suami isteri hidup dalam kebahgian.. penting kita menghargai antara satu dengan yang lain.. Segala masalah dapat diselesaikan insyaallah.. bermula dari institusi yang kecil dapat memnbentuk sebuah masyarakat yang unggul..

    Post ReplyPost Reply
  15. #15 Asrul (Staff)
    March 21st, 2009 at 9:05 pm

    Terima kasih atas sokongan sahabat untuk artikel ini. memang inilah selalunya yang kita terlepas pandang sedangkan perkara ini semua senang untuk kita lakukan. kekadang sifat egois dalam diri menghalang kita memberikan penghargaan pd yang tersayang :em47:

    Post ReplyPost Reply
  16. #16 ISHAK
    March 22nd, 2009 at 9:41 pm

    Salam,

    Penghargaan satu nilai yang selalu diterapkan bukan sahaja dalam mewarisi sesuatu budaya tetapi juga dituntut agama. Memang terdapat brgagai-bagai cara untuk menyampaikan penghargaan kepada orang lain.Nilai positif yang dapat dipupuk melalui penghargaan akan lebih memotivasikan pihak yang dihargai agar lebih bersungguh-sungguh dalan kehidupan mereka. Apa yang dikesalkan ada pihak yang menggunakan penghargaan sebagai landasan untuk mendapat tempat dalam masyarakat semata-mata untuk mencapai agenda peribadi. perkara seperti ini perlulah denantiasa menjadi perhatian kita kerana ‘nature’ kepada nilai sebenar penghargaan itu telah dieksploitasi. Marilah kita sama-sama berusaha meningkatkan lagi muhasabah diri supaya kita selalu berada pada platform yang benar untuk menjadi golongan yang diredhai ALLAH S.W.T INSYAALLAH

    Post ReplyPost Reply
  17. #17 ary
    March 23rd, 2009 at 12:07 am

    waalaikumusalam…
    terima kasih…diucapkan kepada pihak yg memberi nasihat tersebut…
    bagi pandangan saya, dalam dunia yang semakin maju, termasuklah teknologi budaya dan sebagainya…
    ibu bpa adalah peranan yg amat penting dalam mendidik anak2…dalam mendirikan rumah tangga…
    ini adlah kerana..bermulanya anak2 menjadi yang terbaik kelakuanya bermula dr ibu dn bpanya..
    bertapa kuat iman, kekuatan ilmu yang terpahat dn diamalkan oleh anak2…
    generasi kini terdapat bnyk aspek2 kecenderungn terhadap barat semakin menular…bg sy tips yg diberikan memberikn sedikit impak semua golongan untuk mengikutinya dlam kehidupan seharian…sekian…

    Post ReplyPost Reply
  18. #18 Rozita
    March 23rd, 2009 at 9:20 am

    Assalamualaikum.
    Rakan-rakan dan para pembaca yang dihormati,
    Sekadar berkongsi cara saya menghargai ibu bapa ketika ulang tahun kelahiran saya. Pada pendapat saya, di waktu kita menerima ucapan selamat dari keluarga, sahabat-handai dan para kenalan, jangan sampai terlupa pada hari tersebut ibu kita bersusah-payah bertarung dengan sakit yang teramat sangat untuk melahirkan kita. Pada hari tersebut bapa kita bertarung dengan kebimbangan yang amat sangat tentang keselamatan isteri serta anak yang bakal dilahirkan, tidak putus-putus membacakan ayat-ayat suci, berzikir, berselawat, mohon kedua-duanya selamat. Jadi, apa yang saya selalu lakukan di hari ulang tahun kelahiran saya adalah mengucapkan terima kasih kepada kedua orang tua saya di atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang telah dicurahkan dalam membesarkan saya sehingga saya menjadi siapa saya pada hari ulang tahun tersebut. Jika hari tersebut kita menerima hadiah dari orang lain, tapi cuba kita jadikan budaya pada diri sendiri dengan memberikan hadiah pada kedua orang tua kita pada hari ulang tahun kita. Tidak semestinya hadiah yang mahal, sekadar ucapan terima kasih tanda ingatan susah-payah perjuangan mereka di hari kelahiran kita pun sudah memadai. Moga bermanfaat untuk lebih menghargai kedua orang tua kita, insyaallah.

    Post ReplyPost Reply
  19. #19 Asrul (Staff)
    March 23rd, 2009 at 9:45 am

    Pn. Rozita, Ary & Ishak : Terima kasih atas komentar yang baik dan membina. Perkongsian bersama menjadikan topik ini lebih dihargai oleh anda semua.

    Post ReplyPost Reply
  20. #20 Nuriah (Staff)
    March 23rd, 2009 at 9:57 am

    sy tertarik ngn pandangan ‘Rozita’… tak pernah terfikir sebelum ni… thanks 4 ur great comment… :em20:

    Post ReplyPost Reply
  21. #21 norafatihah
    March 23rd, 2009 at 10:39 am

    assalamualaikum..terima aksih ustaz atas kiriman artikel baerkaitan penghargaan…Ada kalanya saya sebagai seorang isteri, ibu terlupa akan hari-hari penting dalam kesibukan bekerja…insya-allah apa yang disampaikan akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian.Saya sebagai seorang isteri, tidak mendambakan hadiah yang menarik, mahal daripada seorang suami tetapi kasih sayang yang utuh adalah dambaan setiap isteri. Ucapan i love u & mis u setiap hari akan mengeratkan kasih sayang….Untuk kedua ibu bapa saya sering berhubung dan bertanya khabar…

    Post ReplyPost Reply
  22. #22 maliki
    March 23rd, 2009 at 10:41 am

    Assalamualaikum ustaz dan semua pembaca,
    Bagi saya tip2 ini merupakan satu peringatan yang baik tetapi saya masih gagal untuk laksanakan sepenuhnya.

    Post ReplyPost Reply
  23. #23 siti
    March 24th, 2009 at 1:51 pm

    Assalamualaikum…terima kasih ustaz atas kiriman artikel berkaitan penghargaan..insyaallah saya akan terapkan dalam diri saya.penghargaan adalah salah satu cara untuk kita mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita sekeluarga..tidak rugi kalau kita mengamalkannya..

    Post ReplyPost Reply
  24. #24 Nuriah (Staff)
    March 24th, 2009 at 1:55 pm

    tidak salah rasanya kalau kita yang memberikan penghargaan kepada orang lain, kerana sudah semestinya kita akan terima kembali penghargaan daripada orang lain, insyallah…

    Post ReplyPost Reply
  25. #25 Nor Salwani binti Abdullah Din
    March 25th, 2009 at 7:36 am

    Assalamualaikum ustaz..

    pertama sekali terima kasih di atas kiriman artikel yang sungguh menarik dan amat berguna untuk saya dan juga seisi keluarga untuk diamalkan. Saya merasa bersyukur kerana setelah membaca artikel ini saya mendapati masih ada yang perlu ditambah dalam memberi penghargaan kepada seseorang yang kita kasihi.

    Artikel ini juga telah saya edarkan kepada rakan-rakan sepejabat untuk diamalkan bersama.

    Saya berharap akan menerima kiriman yang berbentuk sedemikian atau yang dapat membina lagi sahsiah diri.
    Akhir kata ribuan terima kasih buat ustaz.

    Post ReplyPost Reply
  26. #26 INTAN SAFFINAH BT JAAFAR
    March 25th, 2009 at 11:38 am

    Assalamualaikum Ustaz dan terima kasih kerana mengirimkan email yang dapat memberi ilmu dan peringatan, kadangkala kita lupa untuk memberi penghargaan kepada org yang kita sayang kerana dengan keadaan sekarang yang majoritinya berkerja dan sibuk ,mereka menganggap ia tidak berapa penting.Saya harap ustaz dapat memberikan lg lebih tip2 untuk dikongsi bersama dan diparaktikan dalam menjalani kehidupan berkeluarga mengikut lunas – lunas islam

    wassalam

    Post ReplyPost Reply
  27. #27 Azie
    March 27th, 2009 at 9:10 am

    Assalamua’laikum wbr….

    :em19:

    Penghargaan yg plg sy suka adalah diberi tumpuan/perhatian dalam komunikasi, ada persefahaman. Pemberian selebihnya adalah bonus. Alhamdulillah & insyaAllah…..

    Post ReplyPost Reply
  28. #28 naana imran
    March 30th, 2009 at 11:26 pm

    assalamualaikum
    maaf saya pohon coz agak terlewat mbalas email ustaz.
    secara peribadi, tq atas kesudian ustaz bkongsi tips yg cukup bharga kpd saya.
    sesungguhnya kehidupan bkeluarga yg bahagia menjadi impian dan harapan besar bg seorang wanita yg bgelar isteri dan ibu kpd anak2. tips yg dkirimkan kpd saya cukup mberi isnpirasi dan panduan bagaimana untuk saya mwujudkan hubungan baik dgn suami dan pihak keluarga suami apatah lagi hubungan kasih syg dgn anak2 yg mjdi permata hati pasangan. smg kasih syg kami sentiasa segar dan mekar

    Post ReplyPost Reply
Tinggalkan komen/pendapat
Website ini menggunakan gravatar (globally-recognized-avatar) untuk memaparkan avatar anda di setiap komen. Untuk mendapatkan gravatar anda, sila register di Gravatar.com

  • :em09:
  • :em24:
  • :em29:
  • :em17:
  • :em05:
  • :em64:
  • :em57:
  • :em63:
  • :em42:
  • :em26:
  • :em06:
  • :em11:
  • :em21:
  • :em61:
  • :em67:
  • :em41:
  • :em51:
  • :em50:
  • :em34:
  • :em47:
  • :em65:
  • :em12:
  • :em18:
  • :em49:
  • :em38:
  • :em66:
  • :em39:
  • :em16:
  • :em46:
  • :em22:
  • :em19:
  • :em71:
  • :em45:
  • :em54:
  • :em36:
  • :em69:
  • :em37:
  • :em62:
  • :em20:
  • :em28:
  • :em03:
  • :em52:
  • :em04:
  • :em23:
  • :em32:
  • :em27:
  • :em59:
  • :em07:
  • :em25:
  • :em02:
  • :em60:
  • :em31:
  • :em13:
  • :em68:
  • :em48:
  • :em35:
  • :em55:
  • :em01:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em40:
  • :em14:
  • :em33:
  • :em56:
  • :em44:
  • :em70:
  • :em15:
  • :em58:
  • :em08:
  • :em43:
  • :em53: