Fitrah Power – Kursus Motivasi Tingkatkan Keupayaan Diri
 

Manusia Sebagai Khalifah

Posted by Eksekutif Kanan Fitrah Power on 4/30/2009


Shadow

Manusia dijadikan Allah dari tanah melalui proses dari air mani dan seterusnya bertukar menjadi sebuku darah, kemudian bertukar pula ketulan daging. Kemudian ketulan daging akan membaluti tulang-tulang dan akhirnya ditiupkan ruh ke dalam jasad. Begitulah kejadian manusia yang dilantik oleh Allah SWT menjadi khalifah di muka bumi ini. Menanggung setiap amanah dan tanggungjawab dalam memakmurkan alam serta beribadat kepada Allah.

Jelas sekali bahawa inilah kehidupan yang selayaknya dilaksanakan oleh manusia. Bukan mudah memegang amanah dalam melaksanakan ibadah kepada Allah sepenuhnya. Kerana manusia begitu mudah untuk leka dan lupa sehingga mereka merasakan dunia ini akan terus kekal dan dapat dinikmati selama-lamanya.

Dua amanah utama yang perlu dilaksanakan oleh manusia sebagai hamba Allah SWT. Ayat yang selalu kita dengar tetapi amat kurang sensitiviti kita terhadap dua perkara ini. Amar makruf dan nahi munkar. Lakukan kebaikan dan benci kepada kemungkaran. Jika kita perhalusi, sebenarnya dua amanah begitu berat untuk kita sama-sama laksanakan jika kita tidak menyedari hakikat kita sebagai khalifah di bumi ini.

Kita sepatutnya lebih sensitif bila mana Allah menyebut di dalam kalamNya:

ali-imran-110

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.”

Jika ini posisi yang Allah SWT berikan pada kita, maka mulai sekarang jika perlu melihat kembali diri kita, peranan kita dalam memakmurkan bumi dalam konteks yang dikehendaki olehNya. Apa yang perlu kita sebagai manusia ini untuk terus memastikan dipayungi oleh kebaikan dan juga memastikan bahawa kemungkaran juga dapat dicegah dan dibendung. Fikirkanlah..

Shadow

3 Responses to “Manusia Sebagai Khalifah”

  1. Posted by Eksekutif Kanan Fitrah Power on 4/30/2009

    Zmn skrg ramai llk yg sll p’dayakan wanita.bagaimana pula halnya kalu llk yg sk mgmbil ksmpatan pd wanita.tetapi x pernah b’tanggungjwb atas apa yg dilakukan.bukankah wanita itu adalah amanah dari Allah tuk dijaga seeloknya oleh llk? bukankah dayus namanya.. Hrp ustz blh bri pnjelasan ttg ni
    -sue-

  2. Posted by Eksekutif Kanan Fitrah Power on 4/30/2009

    Samada perjanjian pinjaman bank islam haram?

    Assalammualaikum,

    Persoalan pertama ialah apakah itu Wang Kertas?

    Seksyen 20 Akta Bank Negara Malaysia 1958
    20. The Bank shall have the sole right of issuing notes and coin… to pass as legal tender.

    Seksyen 24 Akta Bank Negara Malaysia 1958
    24. (1) Notes issued by the Bank shall… be legal tender in Malaysia at their face value for the payment of any amount.

    Definisi legal tender: Legal tender or forced tender is payment that, by law, cannot be refused in settlement of a debt; http://en.wikipedia.org/wiki/Legal_tender

    Definisi Bank Notes: A banknote (often known as a bill, paper money or simply a note) is a kind of negotiable instrument, a promissory note made by a bank payable to the bearer on demand, used as money, and in many jurisdictions is legal tender; http://en.wikipedia.org/wiki/Bank_note

    Definisi Promissory Note: A promissory note, referred to as a note payable in accounting, is a contract where one party (the maker or issuer) makes an unconditional promise in writing to pay a sum of money to the other (the payee), either at a fixed or determinable future time or on demand of the payee, under specific terms.; http://en.wikipedia.org/wiki/Promissory_note

    Definisi Negotiable Instrument: A negotiable instrument is a specialized type of “contract” for the payment of money that is unconditional and capable of transfer by negotiation. Common examples include cheques, banknotes (paper money), and commercial paper; http://en.wikipedia.org/wiki/Negotiable_instrument

    Kesimpulan:
    (a) Wang kertas adalah Negotiable Instrument (perjanjian pinjaman)
    (b) Wang kertas adalah Promissory Note (perjanjian pinjaman)
    (c) Negotiable Instrument & Promissory Note bukan wang sebenar, tetapi janji untuk membayar wang sebenar (mewakili wang)
    (c) Wang Kertas tidak bernilai adalah paksaan undang-undang legal tender

    Persoalan:

    (a) Perbankan Islam tidak meminjamkan wang, tetapi sekadar meminjamkan perjanjian hutang. Oleh itu, adakah Islam menghalalkan bayaran menggunakan perjanjian hutang sebagai wang sebenar? Adakah Islam menghalalkan perjanjian hutang yang mengalir sebagai wang dan tanpa had?

    (b) Kertas wang tidak mempunyai nilai melainkan paksaan undang-undang. Oleh itu, adakah paksaan boleh menghalalkan wang kertas sebagai mempunyai nilai mengikut Syariah?

    (c) Bank Note yang hakikatnya Promissory Note atau Negotiable Instrument adalah sekadar janji untuk membayar wang sebenar. Oleh itu, adakah halal untuk meminjamkan janji membayar wang sebenar (yang mana tidak pernah ditunaikan)?

    Artikel dan sumber penuh boleh didapati di http://muslimvillage.wordpress.com/

    Harap Ustaz dapat memberikan jawapan. Terima kasih.

  3. Posted by Eksekutif Kanan Fitrah Power on 4/30/2009

    (Tembok Ya’juj & Ma’juj terbuka)

    “…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97

    Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut dan tiada yang mampu menebuk tembok kecuali apabila Allah swt mengizinkan Ya’juj & Ma’juj dilepaskan.

    Sebaliknya dan di dalam satu hadis, Nabi bangkit dari tidur [dalam satu riwayat yang lain, Nabi masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi], lalu berkata, “Celakalah Arab kerana kejahatan telah hampir. Ya’juj dan Ma’juj telah menembusi tembok seluas ini.” Nabi mengisyaratkan lubang dengan menemukan ibu jari dan jari telunjuk.

    Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!

    Tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu bermaksud jika Allah swt tidak mengizinkan Ya’juj dan Ma’juj dilepaskan. Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Ya’juj & Ma’juj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw di Madinah, iaitu selepas Allah swt menukarkan kiblah ke arah Kabbah.

    Bersambung di http://muslimvillage.wordpress.com/2009/07/10/gog/

Leave a Reply

Shadow