Doa Untuk Mendapatkan Kebahagiaan

Maksudnya : “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”. (HR Ahmad  no 452, Ibn Hibban no 2372 )

Petua Beramal

Sesiapa ditimpa perasaan sedih dan duka, maka hendaklah dia berdoa dengan apa yang dianjurkan oleh Nabi saw ini . Tatkala Nabi saw selesai mengajar doa ini , seorang sahabat bertanya kepada baginda saw : Wahai RasululLah, orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan doa ini ? Jawab baginda saw Ya ! sebab itu bacalah olehmu doa ini dan ajarkanlah ia . Sesiapa yang yang membacanya menurut apa yang tersebut itu nescaya Allah swt akan menghilangkan dukacitanya dan menjadikannya bahagia. ( lihat kitab Al-Azkar, bab doa apabila ditimpa dukacita )

Daripada Kitab 101 Doa Daripada Hadis-hadis Sahih

Be the first to comment - What do you think?

Balasan…Melewatkan Solat

بسم الله الرحمن الرحيم

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama   serta jadikan panduan   dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika  atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer   dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka apabila mendapati seekor ular  yang berwarna hitam  sebesar peha bersisik tebal telah berada  di dalam liang lahad (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain   yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam  memandu dari situ (8 km Jauhnya)  . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan  serta mengangkat ular  tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit   dari kawasan tersebut dan mengebumikan jenazah wanita  itu (yang peliknya Ular hitam  itu tidak melakukan apa-apa apabila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk  meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah.. Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah-patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular hitam itu sedang membelit jenazah wanita tersebut serta mematah-matahkan tulang jenazah terbabit … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat-lewatkan Solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis.InsyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana pula seksaan di akhirat kelak??? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Sumber :  http://mran3238.wordpress.com/2010/03/07/kisah-benar-ular-hitam-membelit-jenazah/

1 comment - What do you think?

Hatiku Hanya UntukMu..

Kita hanya menyatakan dihati kita bahawa kita menyintai dan menyayanginya, namun perbuatan atau perkataan yang kita lakukan tiada satu pun yang membuktikan kecintaan kita pada Rasulullah SAW. Mungkin tiada pendedahan atau mungkin tidak tahu bagaimana caranya untuk membuktikan perkara ini. Berikut terdapat beberapa bukti dan petanda yang menunjukkan kita mencintai Rasulullah SAW, antaranya ialah:

  1. Mentaatinya dengan menjadikan manhajnya sebagai ikutan bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
  2. Mendahului kecintaan dan penghormatan kepada baginda mengatasi penghormatan dan kemuliaan kepada manusia walau apapun kedudukannya.
  3. Memberikan wala’ dan kesetiaan kepada mereka yang memperjuangkan ajaran baginda dan menentang sesiapa yang mencabar sunnah baginda.
  4. Memuliakan nama baginda ketika menyebut dan mendengar nama Rasulullah SAW.
  5. Membenarkan apa sahaja yang disampaikan oleh Rasulullah SAW sama ada perkara berkaitan duniawi mahupun ukhrawi.

Be the first to comment - What do you think?

Kursus Bina Insan Anjuran Kementerian Pertahanan Malaysia

Assalamualaikum wbt..

Pihak kami telah selesai menjalankan Kursus Bina Insan yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia (MinDef) yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Serai Beach & Golf Resort, Kuala Rompin Pahang.  Peserta yang telah menyertai kursus ini berjumlah 40 orang telah memberikan komitmen yang terbaik di sepanjang aktiviti kursus.

Antara pengisian dalam Kursus Bina Insan ini adalah slot Mengenal Kelebihan Manusia, Peribadi Unggul Minda Ulul Albab yang telah disempurnakan oleh Yb Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz. Begitu juga bagi slot Berkongsi Rasa dan slot Membina Perubahan Diri yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Shukri Yusoff, Perunding Utama syarikat Fitrah Power Resources. Selain pengisian dalam dewan, peserta juga di hidangkan dengan aktiviti luar dewan yang menarik dan mencabar seperti Permainan Periuk Api, Explorace dan Goal Setting yang pastinya membuatkan peserta tidak akan dapat melupakan keseronokannya selain mendapat manfaat daripadanya.

Sekalung ucapan terima kasih kepada pihak urusetia MinDef iaitu En. Darul Ridzwan dan En. Nazri dan juga para peserta sekalian.

Salam Sahabat Fitrah ~

2 comments - What do you think?