Panggilan Allah

Ibu berkata… * Allah hanya memanggil kita 3 kali sahaja seumur hidup*

Keningku berkerut…. ….’Sedikit sekali Allah memanggil kita..?’

Ibu tersenyum. ‘tahu tak waktu bila 3 panggilan itu..?’ Saya menggelengkan kepala.

1) Panggilan pertama adalah ketika Azan, ujar Ibu.

Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita.

Kadangkala kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat Nya, baik umat Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti’.

Saya terpaku……mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat kerana meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah…….

Ibu meneruskan kata-katanya,

2) Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’ . Hamba yang satu mendapat peluang yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak mempunyai wang jadi mempunyai wang, yang tidak merancang, ternyata akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul perancangannya.

Ketika kita berniat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaik Allahuma Labaik/ Umratan’, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang kedua.

Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.

Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu.

Mata saya semakin berkaca-kaca. ……..Subhanallah…… .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. …Alhamdulillah…

3) Dan panggilan ke-3, Ibu menyatakan adalah KEMATIAN.

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakannya, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya…

Jawablah 3 panggilan Allah itu dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah…..Insya Allah syurga adalah balasannya…..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda: Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama ‘Huraisy’ berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : ‘Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?’

Huraisy pun menjawab, ‘Aku mahu mencari lima orang:

1) Pertama, orang yang meninggalkan solat.

2) Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

3) Ketiga, orang yang derhaka kepada ibu dan bapanya.

4) Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

5) Kelima, orang yang suka minum arak.

3 comments - What do you think?

Doa 12 Pintu Kebaikan

Syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah yang tidak henti dan tidak putus kepada setiap makhluknya. Oleh kerana itulah setiap hari kita perlu bersyukur dan sentiasa berdoa kepada yang Maha Esa. Doa yang dapat kita kongsi pada hari ini ialah doa 12 pintu kebaikan. Dianjurkan membacanya pada setiap kali selepas solat lima waktu.

Maksudnya:

“Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.”

Be the first to comment - What do you think?

Lucu Yang Membawa Iktibar

Lucunya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila
dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke
supermarket.

Lucunya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya
waktu itu untuk satu cerita komedi.

Lucunya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid,
tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton
wayang di panggung.

Lucunya, susah sungguh merungkai kata untuk
dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa
mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan

Lucunya, betapa seruan dan teriakan yang
berpanjangan sewaktu pertandingan pasukan bola jadi
kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam
solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan
panjang.

Lucunya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja,
tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100
halaman pun habis dilahap.

Lucunya, orang-orang berebut paling depan untuk
menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf
paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh
cepat keluar.

Lucunya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu
sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan
di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner
atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

Lucunya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip.

Lucunya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di
e-mail layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang
dikatakan Al-Quran.

Lucunya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus
beriman,berfikir,berbicara ataupun melakukan apa-apa.

Lucunya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan
surat berantai didalam email, tapi bila mengirim yang
berkaitan dengan ibadah mesti berfikir dua kali.

LUCU TAK?

Tepuk dada…tanyalah hati & iman

Be the first to comment - What do you think?

Konsep Perjuangan Rasulullah SAW

Memikul tanggungjawab dalam menyampaikan dakwah kepada seluruh umat Islam merupakan satu peranan yang sangat besar dalam hidup Rasulullah SAW. Teras utama yang menjadi pegangan baginda adalah berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah dengan berbekalkan sifat-sifat mulia yang telah Allah kurniakan kepadanya.

Antara sifat-sifat utama yang dapat kita fahami dalam perjuangan Rasulullah SAW ialah sifat istiqamah, berani dan tegas dalam menyampaikan Islam. Ini ditunjukkan melalui sebuah kisah yang mana ketika bapa saudara baginda Abu Talib menyampaikan pesan pemuka-pemuka Quraisy supaya baginda SAW meninggalkan usaha menyampaikan Islam kepada masyarakat namun Nabi SAW tetap meneruskan perjuangannya.

Hal ini telah membuatkan golongan kuffar merasa tergugat sehingga sampai ke satu peringkat, golongan pembantah ini membuat pakatan jahat untuk membunuh Rasulullah SAW. Walaupun berita mengenai pakatan jahat itu sampai ke pengetahuan baginda SAW, baginda tidak gentar dan berundur ke belakang walau setapak sekalipun, bahkan masih terus-menerus melakukan usaha kepada mengajak manusia dalam mentauhidkan Allah Taala dan meninggalkan kejahilan kuffar dalam penyembahan sesama makhluk.

Be the first to comment - What do you think?