Logo Background RSS
  • Hari Kemenangan Yang Bermakna
    September 24th, 2008 | 1 Komen1 Comment Comments

    ketupat.jpg

    Assalamualaikum kepada semua Sahabat Fitrah. Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan di laman ini.

    Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a, katanya: “Rasulullah s.a.w. pergi ke tempat solat pada hari raya Idul Fitri dan hari raya Idul Adha. Mula-mula beliau solat hari raya. Sesudah solat beliau menghadap kepada orang ramai dan mereka masih duduk dalam saf masing-masing. Nabi berkhutbah memberikan pengajaran dan pimpinan, serta memberikan perintah-perintah kepada mereka. Jika Nabi hendak mengirim pasukan tentara, maka dibentuknya lah ketika itu, dan kalau Nabi hendak memberikan perintah, diperintahkannya lah ketika itu. Sesudah itu barulah baginda pergi.”
    [HR Bukhari]

    Alhamdulillah kita telah memasuki fasa terakhir Ramadan, fasa yang Allah SWT janjikan pelepasan api neraka kepada mereka yang beriman. Selepas itu kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Maka apabila kita menyambut hari yang kemenangan ini kita akan bersama-sama ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

    Apa yang diamalkan oleh kita pada hari ini, inilah juga yang telah diajarkan oleh baginda s.a.w kepada kita. Kemeriahan hari raya bukan hanya terletak kepada kemeriahan menziarahi antara satu sama lain. Tetapi Islam mengangkat kemuliaan hari ini dengan kita mendapat suatu santapan rohani sebagai satu peringatan dan kemenangan di hari ini. Inilah konsep hari kemenangan yang ingin diterapkan oleh Rasulullah s.a.w. Aidilfitri yang menjadi lambang kemenangan kepada orang-orang yang berpuasa bukan hanya diisi dengan aneka juadah hari raya, bukan juga dihiasi
    dengan pelbagai hiasan hari raya tanpa kita mendapat momentum rohani sebagai panduan untuk kita menyambut kemeriahan ini dengan rasa syukur kepada Allah SWT.

    Rasulullah juga mengajarkan kita dua perkara yang amat penting pada hari mulia ini, iaitu menghubungkan silaturahim dan bersedekah. Mudah-mudahan Aidilfitri ini tidak akan melupakan kita pada mereka yang kurang upaya dan kurang mampu untuk menyambut hari raya. Jalinkahlah
    silaturahim dengan menziarahi sanak saudara dan sahabat handai mudah-mudahan pertemuan di hari ini akan lebih akrab kerana masing-masing sudah tentu akan menghulurkan kemaafan di atas segala salah dan silap.

    Di kesempatan ini saya juga memohon kemaafan dari Sahabat Fitrah di atas kesalahan dan kekurangan yang mungkin berlaku. Maaf zahir dan batin. Saya bersyukur kerana diberikan ruang ini untuk sama-sama kita mengingati antara satu sama lain. Kepada sahabat-sahabat yang pulang ke kampung, berhati-hati ketika memandu. Salam Aidilfitri dari saya dan krew Fitrah Power Resources untuk semua Sahabat Fitrah.

    Ahmad Shukri Yusoff
    www.fitrahpower.com

  • Abu Ubaidah Kepercayaan Umat
    September 23rd, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

    Abu Ubaidah bin Jarrah adalah termasuk orang yang pertama masuk Islam. Bahkan baginda SAW pernah bersabda:”Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah.” Kehidupan beliau tidak jauh berbeda dengan kebanyakan sahabat lainnya, diisi dengan pengorbanan dan perjuangan dalam menegakkan Islam. Abu Ubaidah yang sepatutnya turut berhijrah ke Euthopia untuk menyelamatkan aqidahnya, telah berpatah balik untuk sama-sama menyertai perjuangan Rasulullah SAW. Abu Ubaidah sentiasa bersama Rasulullah s.a.w mengikuti setiap peperangan sejak perang Badar lagi.

    Pada satu ketika, saat perang Uhud, Abu Ubaidah benar-benar menunjukkan ketaatannya kepada Rasulullah. Dalam suasana perang yang begitu dasyat, ia melihat ayahnya dalam barisan kaum musyrikin. Dan melihat ayahnya sendiri sanggup menghancurkan Islam bersama kafir musyrikin, tanpa ragu lagi, Abu Ubaidah menghunuskan pedangnya ke arah tentera Quraish iaitu ayahnya sendiri.

    Masih dalam perang Uhud, ketika pasukan muslimin melarikan diri meninggalkan pertempuran, tetapi Abu Ubaidah berlari untuk berdampingan dengan Rasulullah untuk menentang musuh tanpa rasa takut dan gentar. Apabila didapati pipi Rasulullah terluka, kerana tertancap dua rantai besi penutup kepala beliau, maka segera ia berupaya mencabut rantai tersebut dari pipi Nabi SAW .

    Abu Ubaidah  mencabut rantai tersebut dengan gigitan giginya. Rantai itupun akhirnya terlepas dari pipi Rasulullah SAW . Namun bersamaan dengan itu pula gigi Abu Ubaidah ikut terlepas dari tempatnya. Diulanginya sekali lagi untuk menggigit rantai besi yang masih terlekat di pipi Rasulullah SAW hingga terlepas.

    Abu Ubaidah juga terkenal seorang yang zuhud. Ketika kekuasaan Islam telah meluas dan pemerintahan ketika itu dipimpin oleh Umar r.a, Abu Ubaidah merupakan pemimpin di Syria`. Saat Umar mengadakan kunjungan dan singgah di rumahnya, tak terlihat sesuatupun oleh Umar r.a kecuali pedang, perisai dan pelana tunggangannya. Umarpun lantas berujar,”Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak mengambil sesuatu sebagaimana orang lain mengambilnya ?” Beliau menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, ini saja sudah cukup menyenangkan.” Abu Ubaidah wafat ketika terjadi wabak penyakit taun di Syam.

  • Air Laut Tidak Bercampur
    September 22nd, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

    ar-rahman-19-20.jpg 

    Allah SWT berfirman di dalam surah Ar-Rahman ayat 19-20 yang bermaksud:
    “Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.”

    Kebenaran al-Quran tidak akan sama sekali bercanggah dengan sains. Begitulah juga tentang keajaiban yang berlaku sebagai yang disebutkan oleh Allah di dalam ayat di atas. Allah menjadikan air laut yang masin tidak bercampur di antara satu sama.

    JACQUES YVES COUSTEAU Seorang profesor yang mengkaji tentang laut dari Perancis, banyak menghabiskan masanya dengan melakukan kajian serta merakamkan kajian di dalam Discovery Channel. Suatu ketika, saat Cousteau melakukan penyelaman ke dasar laut, ia mendapati sekumpulan air tawar yang sangat sedap rasanya tetapi langsung tidak bercampur dengan air laut yang hanya berada bersebelahan. Seolah-olah adalah batasan yang menyekat di antara keduanya. Fenomena ini membuat Cousteau begitu taajub serta keliru dengan apa yang berlaku.

    Maka Beberapa tahun kemudian Cousteau bertemu dengan seorang profesor muslim dan membincangkan perkara yang mengelirukan pemikirannya itu. Maka profesor muslim ini menyelesaikan kekeliruan Cousteau dengan membentangkan apa yang disebut oleh Allah SWT sebagaimana ayat di atas.

    Cousteau terpesona dengan penjelasan yang diberikan oleh profesor tersebut. Ia mengakui bahawa tidak mungkin seorang nabi bernama Muhammad mampu menyusun al-Quran 1400 tahun yang lalu, di saat ilmu kelautan masih tidak dapat dikaji kerana tiadanya peralatan canggih. Amat jauh bezanya dibanding sekarang. Manusia tak mampu menyelam lebih dari 40 meter tanpa bantuan peralatan selam seperti yang kita kenal sekarang. Jacques Yves Cousteau akhirnya memeluk Islam. Subhanallah.