Sambungan Kisah Keikhlasan Seorang Hamba

Sambungan daripada kisah keikhlasan seorang hamba seterusnya..

Maka dicabutlah parangnya untuk menebang pohon itu. Namun pemuda tadi menghalang sehingga terjadi pergaduhan dengan disaksikan oleh orang-orang yang berada disekitarnya. Ustaz tadi akhirnya kalah dan merasa sungguh malu kerana disaksikan oleh orang ramai. Dia pulang dengan wajah menunduk. Sampai di rumah dia merenung, merasa kalah, dan dipermalukan. ”Mengapa dulu aku menang dengan mudahnya melawan pemuda itu, tetapi mengapa sekarang aku kalah?” keluhnya.

Dia lalu mengambil air wuduk, terus solat memohon ampun dan petunjuk kepada Tuhan. Dalam solat itu dia pun sedar dan terjawab persoalan mengapa dia kalah. “Pergaduhan pertama dan kedua aku menang kerana aku ikhlas, semata-mata kerana Allah, sehingga pemuda yang gagah perkasa sanggup kukalahkan. Walaubagaimanapun pergaduhan yang terakhir, dalam hatiku sudah ternoda dan tergoda membayangkan wang atau sogokan dalam jumlah yang lebih besar, sehingga keikhlasanku tidak fokus, bahkan rosak, maka aku tidak lagi sakti, bahkan jadi bahan ketawa syaitan dan konco-konconya Sedangkan aku  seorang ulama”. Ulama tadi kehilangan  kuasa dalam bersifat ikhlas. Firman Allah :

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu, oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”. (Surah Al-Kahfi 18 : 110)

Be the first to comment - What do you think?

Keikhlasan Seorang Hamba..

Assalamualaikum semua,

Bersua kembali kita di Alam maya ini, sedikit perkongsian pada hari ini ialah berkenaan dengan kisah Orang yang bersifat ikhlas. Semoga kita sama-sama dapat menghayati kisah ini….

Pada Suatu hari seorang ulama yang terkenal mendapat berita bahawa tak jauh dari kampungnya terdapat sepohon pokok yang sering didatangi penduduk untuk meletakkan sajian makanan dan melakukan amalan penyembahan, supaya memohon keberkatan dari pohon yang diyakini memiliki kekuatan magik. Mendengar berita itu, ulama tersebut mengambil parang dan bergegas ke sana untuk memberikan khutbah dan kalau perlu ingin menebang pokok itu. Di tengah jalan, rupanya syaitan telah menjelma menjadi pemuda yang gagah dan kuat telah menghalang perjalanannya.

Dia gembira kalau banyak warga desa yang  menjadi temannya. “Mahu pergi ke mana Ustaz?” tanya pemuda tadi. “Aku akan mengingatkan penduduk kampung agar meninggalkan kepercayaan sesat dan aku akan tebang pokok yang membuat orang menjadi musyrik itu,” jawab ulama tersebut. Pemuda itu pun menggertak, ”Aku pemilik dan penjaga pokok itu. Siapa pun yang hendak menebang, mesti melawan aku dahulu.” Setelah ulama tadi mencuba untuk berbicara sebaiknya namun tidak berjaya, akhirnya terjadilah pergaduhan diantara Ustaz yang kecil dan kurus melawan pemuda yang gagah dan kuat itu. Pada akhir pergaduhan, pemuda tadi kalah.

Maka ustaz mendatangi dan menasihati penduduk yang sedang menyembah pokok itu, agar menjauhkan diri dan menasihati mereka supaya tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut. Selang beberapa hari, rupanya masih lagi tidak berubah. Terdapat juga segelintir penduduk yang menyembah pokok tersebut. Ustaz itu pergi lagi untuk memberi khutbah. Di tengah jalan, syaitan yang menjelma menjadi pemuda perkasa dan gagah menghalangnya, memujuk agar jangan menebang pokok sambil menghulurkan wang yang banyak ditangannya. Ustaz itu pun marah, merasa terhina, dan berlaku pergaduhan lagi. Pada akhir pergaduhan, pemuda tersebut turut mengalami nasib yang sama seperti sebelumnya…

kisah selanjutnya akan dipaparkan pada pertemuan akan datang…semoga dapat bertemu kembali. wallahua’lam

2 comments - What do you think?

Subhanallah…

Maha Suci Engkau Ya Allah. Melihat kepada keindahan dan panorama yang dicipta oleh yang Maha Berkuasa ini menjadikan saya terpana seketika, tidak terluah dengan kata-kata. Begitu juga perasaan saya apabila melihat Tasik Maninjau atau Danau Maninjau yang berada di Bukit Tinggi Indonesia baru-baru ini. Sungguh luar biasa ciptaannya.

Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini warga kerja Fitrah Power telah mengadakan Hari Keluarga di Padang Indonesia selama 4 hari 3 malam.  Banyak tempat-tempat menarik yang sempat kami lawati semasa di sana antaranya Air Terjun di Lembah Anai, Muzium Kebudayaan Minangkabau di Padang Panjang, Bukit Tinggi, Pasar Attas, Pusat Sulaman Hajjah Rosma dan di Kota Padang.

Perjalanan sambil menikmati kebesaran Allah memang menakjubkan. Tidak lekang dibibir kami memuji Allah yang Maha Esa kerana terlalu banyak ciptaanNya yang menarik perhatian kami semasa di sana. Walaubagaimanapun, terdapat juga kisah yang menyayat hati kami apabila kami masih lagi berkesempatan melihat kesan gempa bumi yang berlaku di Padang pada September 2009. Kami dibawa mengelilingi kawasan bangunan runtuh dan retak yang mengalami tekanan kuat akibat gempa bumi. Semoga Allah mencucuri rahmat dan memberikan kekuatan kepada keluarga mangsa gempa tersebut.

Be the first to comment - What do you think?

Segalanya Bermula Dengan Niat..

Assalamualaikum wbt. Setelah web FitrahPower menyepi buat seketika kerana pembinaan semula web kearah yang lebih baik, pejam celik rupanya sudah pun berlalu bulan syawal…bulan zulkaedah pula menyusul, dimana pada bulan ini ramai umat Islam yang mengambil kesempatan untuk menunaikan fardhu Haji. Khas buat warga Haji yang akan dan bakal pergi ke Tanah suci Mekkah didoakan semoga selamat pergi dan pulang serta mendapat Haji yang Mabrur diucapkan..
Sedikit perkongsian pada kali ini ialah berkenaan dengan kunci atas segala perbuatan seseorang adalah bermula dari niatnya. Sebaikmana niat yang dihajati sebaik itulah perbuatannya. Bermula dengan kesucian jiwa seseorang manusia dalam keazamannya untuk melakukan sesuatu tindakan. Sebagai seorang hamba, segala sesuatu yang diniatkan sewajarnya adalah kerana Allah semata-mata, agar Allah berkenan memberikan taufik dan hidayahnya.
Perjalanan hidup insan sebenarnya mewakili apa yang tersirat di dalam hati, atau niatnya. Perbuatan yang dilakukan dengan rela dan pilihan sendiri adalah tafsiran kepada niat, kefahaman dan tujuan hidup seseorang insan. Tidak lebih daripada itu bahkan apa yang dirancang, keinginan dan harapan yang akhirnya menjelma dalam bentuk tindakan, berpunca dari niat yang dihajati.

Niat merupakan perkara utama yang menentukan sama ada amalan seseorang itu diterima oleh Allah SWT atau sebaliknya. Melalui niat maka lahirlah perbuatan dan amalan, jika niat ke arah kebaikan maka perbuatan juga merupakan perbuatan yang baik-baik dan jika niat sudah dirasuk untuk benda keburukan maka perbuatannya juga pasti merupakan perbuatan yang buruk dan terkutuk.

Niat yang sebenar adalah niat yang disertakan bersama keikhlasan hati untuk Allah SWT dalam meningkatkan kedudukan amalan dunia ke tahap ibadah yang akan diterima, sementara niat yang buruk menjatuhkan martabat amalan taat yang tulen bahkan menjadikannya perbuatan maksiat yang merosakkan lagi mensia-siakan. Justeru itu, orang yang melakukan perbuatan dengan niat yang salah tidak mendapat apa-apa serta nilainya di sisi Allah Taala melainkan kepenatan, kegagalan serta kerugian semata-mata…wallahua’lam.

Be the first to comment - What do you think?