Ucapan Selamat Hari Raya 2010


Di kesempatan ini saya juga memohon kemaafan bagi pihak Fitrah Power di atas kesalahan dan kekurangan yang mungkin berlaku. Maaf zahir dan batin. Saya bersyukur kerana diberikan ruang ini untuk sama-sama kita mengingati antara satu sama lain. Kepada sahabat-sahabat yang pulang ke kampung, berhati-hati ketika memandu. Salam Aidilfitri dari saya dan krew Fitrah Power Resources untuk semua Sahabat Fitrah. Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan di laman ini.

Selamat Hari Raya Aidl Fitri
~Ahmad Shukri Yusoff

Be the first to comment - What do you think?

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum wbt..

Salam kasih sayang buat semua pengunjung laman ini. Sedar tidak sedar, kita sudah hampir memasuki bulan yang dinanti-nanti iaitu bulan untuk umat manusia yang Allah telah janjikan berjuta fadhilat dan pahala bagi yang mereka yang khusyuk dan bersungguh-sungguh untuk mendapat ganjaran di bulan ini. Alhamdulillah juga, kerana Allah masih memberikan peluang untuk bertemu lagi bulan yang mulia ini.

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Al-Baqarah: 185)

Alhamdulillah, tidak lama lagi umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa sempena datangnya bulan yang mulia. Ramadhan karem.. itulah satu-satunya bulan yang seharusnya kita rindui saat kehadirannya. Setiap tahun pasti akan datangnya bulan mulia ini, namun adakah tahun-tahun yang berlalu itu kita isinya dengan sebaik yang mungkin??? semakin meningkat? atau semakin menurunkah amalan-amalan yang kita lakukan pada bulan mulia yang telah berlalu itu??? Itulah persolan yang sepatutnya kita perlu bertanya pada diri kita.

Untuk memastikan bulan ini kita laluinya dengan penuh berkat, maka sudah tentulah kita perlu mengisinya dengan aktiviti-aktiviti berfaedah yang boleh meningkatkan iman kita. Selain itu, ianya memberi kesan kepada seluruh kehidupan kita disamping berlaku perubahan-perubahan positif yang amat diharapkan pada diri seseorang.

Di kesempatan ini, Seluruh warga kerja fitrahpower mengucapkan selamat menyambut ketibaan bulan ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Semoga puasa pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan amalan-amalan dapat dipertingkatkan dan diseimbangkan dalam mengharungi pelbagai cabaran dan ujian Allah.

Wallahua’lam….

Be the first to comment - What do you think?

Persediaan Mencipta Kejayaan Di Bulan Ramadhan

Bertanyalah pada diri kita, mengapa kita harus membuat persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan???

Salah satu dari jawapannya Sudah tentulah kerana untuk memperolehi hasil kejayaan yang sepenuhnya pada bulan mulia tersebut.

Bulan Ramadhan ialah bulan dimana kita melakukan pengorbanan yang paling besar dan memperbanyakkan ibadah-ibadah seperti:

  • Membaca Al-Quran
  • Bangun Qiyamullail
  • Berzikir
  • Bersedekah

- Mengapakah kita mengerjakan ibadah-ibadah yang hebat seperti ini tetapi masih tidak ada perubahan pada diri kita???

- Ini disebabkan kita tidak cukup ilmu lantas tidak cukup persediaan untuk meraih keberkatan Ramadhan dan kita gagal menikmatinya kerana kita kurang maklumat dan penghayatan mengenainya, hanya penat lelah berpuasa semata-mata…

Nabi saw bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa yang berpuasa karena iman dan mengharap pahala dari Allah, maka akan dihapus segala dosa-dosanya yang telah lalu”. (Bukhari, Kitab Puasa, Bab Wujub al-Saumu Ramadhan, No. 1802)

Sebelum melakukan persediaan itu, kita seharusnya mempunyai perasaan tersangat rindu untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Diriwayatkan bahawa: ulama salaf merindui bulan Ramadhan enam bulan sebelum datangnya Ramadhan. Ganngguan-gangguan seperti anak-anak, suami, isteri, kerja & masalah keluarga boleh melemahkan dan menurunkan iman kita. Antara persediaan yang perlu kita lakukan adalah seperti:

1)   Membuat latihan awal (praktikal) sebelum tibanya Bulan Ramadhan

Harus sedar sebelum melakukannya, beritahu diri/nafsu kita sendiri: “kita akan bekerjasama diantara satu sama lain, kalau tidak aku akan memaksa kamu!”. Bercakap dengan nafsu kita seperti kita bercakap dengan seorang anak kecil. Kita haruslah sentiasa mengamalkan latihan awal ini dan memperolehi kualiti yang tinggi dan mengekalkannya. Bila kita tidak sabar, beritahu diri kita ia hanyalah Cuma beberapa hari lagi, insyaallah.

Antara latihan awal yang digalakkan ialah dengan memperbaharui taubat.  Berlatih untuk cuba melakukan taubat kita supaya sempurna dan dijadikan amalan seumur hidup. Setiap orang perlu bertaubat kerana dosa-dosa tersebut menjadi seperti tompok hitam jika kita tidak membersihkannya. Cara yang terbaik untuk menyucikannya adalah dengan bertaubat kepada Allah. Beberapa contoh perkara yang kita perlu bertaubat daripadanya:

a)    Menyalahgunakan lidah. Rasulullah pernah berdoa: “Aku memohon perlindungan dengan engkau daripada kejahatan lidahku

b)   Mengumpat- perkara ini berlaku apabila kamu bercakap tentang seseorang dibelakang mereka, apabila mereka tidak menyukainya, walaupun apa yang diperkatakan adalah benar seperti mencaci, mengutuk dan sebagainya.

c)    Pembohongan- walaupun menambah tokok cerita semasa bercakap  dan tidak ada istilah ‘tipu sunat’ kerana penipuan tetap penipuan kecuali dalam tiga keadaan:

  • Semasa peperangan
  • Kerana kedamaian di antara suami isteri
  • Untuk kebaikan di antara dua orang muslim

d)   ‘ujub‘: perasaan bangga dan yakin akan kesempurnaan pada diri sendiri, tidak perlu berubah dan suka memuji diri sendiri.

e)    ‘Kibr‘: bongkak, merasai dirinya lebih baik daripada orang lain.

2)      Tingkatkan tahap motivasi. Ini boleh dilakukan dengan meningkatkan ibadah ketika di bulan rejab dan sya’ban lagi seperti mempertingkatkan solat nawafil (solat sunat) sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu. Ini harus dilakukan jika ia masih belum dipraktikkan lagi. Digalakkan juga melakukan Qiyamullail, mulai berpuasa sunat dari bulan rejab dan sya’ban kemudian membaca al-Quran selepas subuh. Untuk Berjaya melakukan semua ini, hendaklah:

  • Tidur awal agar dapat bangun awal untuk qiyamullail. Banyakkan rehat selepas zohor agar lebih bertenaga untuk beribadah. Pertingkatkan amalan zikir pagi dan petang dan jangan sesekali tinggalkan zikir harian.
  • Perbanyakkan doa terutama pada waktu mustajab berdoa seperti pada hari jumaat.

3) Latihan diri terutamanya dalam memelihara deria (penglihatan, pendengaran, perbuatan dan pertuturan) agar sentiasa takut dan mengingati Allah. Dengan cara begini, dapat menyucikan jiwa seseorang. Ingat! Apa sahaja yang kita lakukan akan membersihkan jiwa kita dan hendaklah berusaha untuk mengawal deria dari terlalu mengikut naluri nafsu.

1. Latihan Telinga Selalu mendengar al-Quran, hindari mendengar muzik yang melalaikan
2. Latihan Lidah Elakkan dari banyak bercakap, latihan diri untuk perbanyakkan zikir
3. Latihan Mata Elakkan dari memandang tempat-tempat yang maksiat

Be the first to comment - What do you think?

Kursus SPIES 21- 22 Julai 2010

Assalamualaikum wbt…

Bertemu kembali. Setelah lama kami tidak update website ni lantaran kekangan masa dan kesibukan yang teramat, jadi kami hidangkan beberapa gambar kenangan sepanjang kursus SPIES pada tarikh 21 – 22 Julai 2010. Organisasi yang terlibat pada kursus ini ialah, Pejabat Daerah / tanah Klang, Majlis Daerah Sabak Bernam dan Pejabat Agama Islam seluruh Selangor. Harap enjoy!

IMG_3010

IMG_2667

IMG_2681

IMG_2789

IMG_2773

IMG_2785

IMG_2893

IMG_2885

Be the first to comment - What do you think?