Bagaimana Menguruskan Stress

Assalamualaikum wbt…

Stres diistilahkan daripada tekanan atau desakan. Stres juga bermaksud bebanan, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kemurungan dan hilang daya. Berikut adalah beberapa langkah yang disediakan untuk rujukan anda semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menguruskan dan mengurangkan stres yang anda hadapi.

BAGAIMANA MENGURUS STRES

LANGKAH PERTAMA[ Elak stres yang tidak perlu ]

Tidak semua tekanan boleh dielakkan, dan apatahlagi tekanan yang memerlukan untuk diselesaikan.

(a) Belajar untuk berkata ‘tidak’- Ketahui batas anda. Samada berkaitan dengan peribadi ataupun kerjaya anda, elakkan dariapda menerima tanggungjawab tambahan kerana mengambil lebih daripada kemampuan akan membuatkan anda lebih terekan.

(b) Elakkan individu yang memberi tekanan- Sekiranya seseorang itu secara berterusan menyebabkan tekanan dalam kehidupan anda dan anda tidak dapat mengelak daripadanya, maka hadkan masa yang anda luangkan bersamanya dan akhirilah hubungan anda dengannya.

(c) Kawal Persekitaran Anda- Sekiranya berita di televisyen petang itu membuatkan anda risau, tutupkan sahaja ia. Sekiranya kesesakan lalulintas memberikan tekanan kepada anda, bawalah bekalan makanan kegemaran anda bersama. Sekiranya anda tidak suka membeli belah dalam kesesakan, anda mempunyai pilihan untuk online shopping.

(d) Elakkan perbincangan panas – Sekiranya anda mudah naik marah terhadap isu berkaitan politik atau agama, hentikan sahaja perbincangan mengenainya. Sekiranya juga isu tersebut tercetus kembali bersama dengan orang yang sama, berhentilah daripada membincangkannya lagi dan mintalah diri.

(e) Kurangkan senarai tugas anda – Semak kembali jadual anda, tanggungjawab dan tugasan harian. Sekiranya anda mendapati ianya terlalu banyak, bezakan pula antara ‘harus’ ataupun ’mesti’. Letakkan tugas yang tidak berapa pentingitu ke tempat yang paling bawah ataupun padam terus secara keseluruhannya.
Read more…

7 comments - What do you think?

5 Perkara Yang Boss Selalu Terlepas Pandang

ceo.jpgAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua Sahabat Fitrah yang dikasihi. Semoga hari ini lebih bermakna untuk menjadi motivasi hari esok.

Cuba anda semua perhatikan bagaimana personaliti dan perwatakan boss di tempat anda. Apa yang anda kagumi tentang boss anda? Di sini lima perkara yang selalu boss anda atau mungkin juga anda sebagai boss terlepas pandang untuk melaksanakannya.

1. Beri salam

Jarang sekali kalau kita perhatikan boss atau ketua di tempat kita yang mula memberi salam. Asyik-asyik anak buah boss juga yang kena mulakan memberi salam. Selalu juga berlaku anak buah yang beri salam, tapi boss tak jawap. Jikalau anda sebagai boss atau ketua di organisasi anda, apalah salahnya anda menghulurkan salam kepada anak-anak buah anda di pejabat. Percayalah mereka akan segan dan mula menyayangi anda.

2. Beri hadiah penghargaan pada hari-hari tertentu

Satu perkara yang mudah tetapi adakah anda sebagai boss atau boss anda lakukan untuk anda? Penghargaan yang tak seberapa tapi akan menyebab staf di bawah anda memberikan kesetiaan kepada anda dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Boss anda mungkin juga memberikan alasan susah untuk mengingati tarikh lahir staf yang ramai. Tapi itulah yang perlu boss lakukan untuk menjadi boss yang hebat.

3. Staf adalah famili di pejabat

Jangan hanya menganggap staf di bawah anda sebagai rakan kerja, tetapi mereka sebenarnya adalah famili kedua anda di pejabat. Jadi jangan hanya layan mereka sekadar rakan kerja untuk menyiapkan tugasan yang anda berikan. Anda juga perlu tahu masalah dan emosi mereka.

4. Turun padang

Banyak sekali yang berlaku, setiap kali majlis-majlis kecil atau program-program yang dianjurkan oleh staf anda, anda sebagai boss tidak hadir untuk meraikannya. Anda mungkin menyerahkan pembantu di bawah anda untuk hadir. Tetapi tanpa anda sedari anda telah mengecewakan mereka.

5. Berikan hak-hak staf di bawah anda

Bukan mudah untuk menjadi seorang boss yang hebat. Anda perlu tunaikan semua hak-hak mereka agar mereka lebih mengasihi anda. Hadirilah setiap jemputan yang melibatkan kenduri kahwin, majlis tahlil, atau ziarahilah keluarga staf anda sekiranya mereka ditimpa kesusahan. Hulurkan bantuan kepada mereka. Jangan hitung kuantiti yang anda beri, tetapi ambil kira kualiti yang telah anda lakukan. Perkara yang anda lakukan ini mungkin tak seberapa di sisi anda tetapi besar nilainya di sisi mereka. Percayalah bahawa anda bakal menjadi boss yang hebat sekiranya anda mengambil berat 5 perkara ini.

2 comments - What do you think?

Abdullah Penggempur Perang

Seorang wanita mulia puteri Abu Bakar As-Siddiq telah melahirkan kandungannya ketika beliau sedang hijrah dari Makkah ke Madinah. Asma’ adalah ibu yang melahirkan Abdullah bin Zubair. Bahkan Abdullah telah ditahnik oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Begitulah hebatnya Abdullah bin Zubair yang dilahirkan dari pasangan mujahid dan mujahidah yang turut mengalir di dalam dirinya darah seorang pejuang sejak dari zaman remajanya lagi. Kehebatannya di medan perang bukanlah sekadar hebat bermain pedang, bahkan Abdullah
membuktikan kehebatannya apabila bersama dengan mujahid-mujahid lainnya ketika menggempur Afrika membebaskan mereka dari kesesatan. Sedangkan usianya ketika itu baru mencecah 17 tahun. Namun begitulah kehebatan Islam yang berjaya membentuk pemuda dan belia muslim ketika dalam menegakkan Islam.

Dalam peperangan tersebut jumlah tentera di antara dua pasukan jauh tidak seimbang, sudah tentu sedikit sebanyak menimbulkan rasa gerun untuk berhadapan dengan musuh. Namun janji syahid dijanjikan Allah telah menetapkan kedudukan tentera muslimin untuk menghadapi musuh. Melihat keadaan yang mungkin tidak berpihak kepada tentera muslimin, Abdullah mencari rahsia kekuatan awan. Akhirnya ia mengetahui, bahawa kekuatan musuh bertumpu pada raja Barbar yang menjadi panglima perang mereka.

Maka Dengan penuh keberanian Abdullah cuba menembusi pasukan musuh yang berlapis-lapis menuju ke arah panglima Barbar. Usahanya tidak sia-sia, ketika jarak antara dirinya dengan raja Barbar telah hampir, maka beliau terus menghunus pedangnya ke arah panglima Barbar. Panji pasukan lawan pun direbut oleh rakan seperjuangannya dari tangan musuh. Semangat tempur pasukan musuh berubah dan tak lama kemudian mereka bertekuk lutut di hadapan para mujahid yang gagah berani. Pahlawan yang tegas dalam kebenaran ini syahid pada usia 72 tahun
terbunuh oleh tangan musuh Hajjaj bin Yusuf.

Be the first to comment - What do you think?

Majlis Ihtifal Fitrah Center

Assalamualaikum wbt.

Semoga semua Sahabat Fitrah berada dalam keadaan sihat hendaknya.

Mendidik anak-anak secara spiritual bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan oleh ibu bapa. Lebih-lebih lagi pada zaman yang sangat mencabar ini anak-anak perlu ditekankan dengan elemen spiritual agar anak-anak pada hari ini tidak lupa untuk terus melaksanakan tuntutan kepada Allah SWT.

Fitrah Center yang dikendalikan oleh Fitrah Power Resources telah berjaya mengadakan Majlis Ihtifal Tadika Fitrah Center 2008, ramai di kalangan Sahabat Fitrah semua bahawa Fitrah Power turut mengambil peluang untuk sama-sama membentuk generasi yang teguh fitrahnya serta mampu memimpin diri pada masa akan datang.

Alhamdulillah, majlis ihtifal ini telah berlangsung dengan jayanya pada 9 November 2008, bertempat di Danau Golf Club, UKM. Majlis ihtifal yang diadakan ini adalah untuk meraikan kejayaan pelajar-pelajar enam tahun di Fitrah Center. Majlis ini juga telah dihangatkan dengan persembahan-persembahan pentas yang telah dipersembahkan oleh pelajar-pelajar Fitrah Center.

PENDAFTARAN TADIKA FITRAH CENTER DIBUKA SEKARANG!
Kepada sesiapa yang berminat untuk menghantar anak-anak ke Fitrah Center, sila hubungi
Pn. Na (013-3110927) untuk maklumat lanjut.

konvo4.jpg
Adik membaca doa pembuka majlis

konvo3.jpg
Persembahan tarian ketipak ketipung

Be the first to comment - What do you think?