Duit Raya Itu Sedekah Yang Mulia.

untitled-1.jpg

Assalamualaikum w.b.t.

Salam aidilfitri buat semua sahabat fitrah dan para pelawat website kami.

Sudah menjadi tradisi kita umat Islam meraikan hari raya aidilfitri dengan meriah dan gembira khususnya bagi kanak-kanak yang masih belum mengerti bagaimanakah penghayatan sebenar hari raya itu. Mereka hanya mengerti bahawa hari raya itu adalah hari untuk mengumpulkan duit raya sebanyaknya daripada orang-orang dewasa yang begitu bermurah hati mensedekahkan sejumlah wang pada hari tersebut.

Kelebihan tradisi bersedekah di hari raya ini sememangnya amat dibanggakan kerana sebagaimana Allah mensyariatkan bersedekah di dalam Al-Furqan-Nya;

وَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِين

Maksudnya:
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari
kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya:
Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh. (al-Munafiqun: 10)

 Fadhilat atau kelebihan sedekah

Dengan bersedekah akan mendapat sepuluh kemuliaan dunia dan akhirat iaitu lima kemuliaan dunia :
1. Menyucikan harta yang ada
2. Menyucikan badan.
3. Menolak bala dan penyakit terutama orang-orang fakir.
4. Mendatangkan kesukaan.
5. Harta akan diberkati dan diperluaskan lagi rezeki,
Manakala lima kemuliaan di akhirat :
1. Menjadi penaung di akhirat apabila berada di Padang Mahsyar
2. Diringankan hisab iaitu perkiraan dosanya
3. Menambah berat timbangan amalan di akhirat.
4. Memudahkan laluan di Titian Siratal mustaqim dan
5. Nikmat yang besar ditambah di dalam Syurga.

Selain daripada itu, kelebihan bersdekah di hari raya juga mampu memberi kegembiraan hati kepada si penerima duit raya tersebut malah akan makin bertambah eratlah hubungan silaturrahim di antara sesama umat Islam. Bersedekah juga mampu melapangkan jiwa si pemberi dan janji Allah kepada sesiapa yang bersedekah, akan di luaskan lagi pintu rezekinya.

Niatkanlah pemberian duit raya itu sebagai satu sedekah.

Adakalanya segelintir daripada kita terlupa untuk diniatkan memberi duit raya itu sebagai satu sedekah kerana terlindung oleh pemikiran bahawa memberi duit raya itu adalah sebagai meneruskan satu tradisi dan adat budaya Melayu di hari lebaran. Malah terdapat juga segelintir daripada kita yang risaukan orang lain mengatanya malah ada juga yang bimbang akan dianggap kedekut jika tidak menmberi duit raya. Maka, sebaiknya bermula daripada hari ini niatkan setulus hati yang ikhlas mengeluarkan duit raya sebagai satu sedekah kepada anak-anak kecil dan saudara mara terdekat malah sesiapa sahaja. Alangkah bagusnya jika kita dapat membetulkan kembali niat kepada sedekah yang benar-benar ikhlas, sekurang-kurangnya inilah yang menjadi bekalan yang boleh dibawa apabila kembali menghadap Allah SWT dan menjamin kita ke syurga-Nya yang indah lagi membahagiakan. Insyaallah…

1 comment - What do you think?

Hari Kemenangan Yang Bermakna

ketupat.jpg

Assalamualaikum kepada semua Sahabat Fitrah. Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan di laman ini.

Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a, katanya: “Rasulullah s.a.w. pergi ke tempat solat pada hari raya Idul Fitri dan hari raya Idul Adha. Mula-mula beliau solat hari raya. Sesudah solat beliau menghadap kepada orang ramai dan mereka masih duduk dalam saf masing-masing. Nabi berkhutbah memberikan pengajaran dan pimpinan, serta memberikan perintah-perintah kepada mereka. Jika Nabi hendak mengirim pasukan tentara, maka dibentuknya lah ketika itu, dan kalau Nabi hendak memberikan perintah, diperintahkannya lah ketika itu. Sesudah itu barulah baginda pergi.”
[HR Bukhari]

Alhamdulillah kita telah memasuki fasa terakhir Ramadan, fasa yang Allah SWT janjikan pelepasan api neraka kepada mereka yang beriman. Selepas itu kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Maka apabila kita menyambut hari yang kemenangan ini kita akan bersama-sama ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Apa yang diamalkan oleh kita pada hari ini, inilah juga yang telah diajarkan oleh baginda s.a.w kepada kita. Kemeriahan hari raya bukan hanya terletak kepada kemeriahan menziarahi antara satu sama lain. Tetapi Islam mengangkat kemuliaan hari ini dengan kita mendapat suatu santapan rohani sebagai satu peringatan dan kemenangan di hari ini. Inilah konsep hari kemenangan yang ingin diterapkan oleh Rasulullah s.a.w. Aidilfitri yang menjadi lambang kemenangan kepada orang-orang yang berpuasa bukan hanya diisi dengan aneka juadah hari raya, bukan juga dihiasi
dengan pelbagai hiasan hari raya tanpa kita mendapat momentum rohani sebagai panduan untuk kita menyambut kemeriahan ini dengan rasa syukur kepada Allah SWT.

Rasulullah juga mengajarkan kita dua perkara yang amat penting pada hari mulia ini, iaitu menghubungkan silaturahim dan bersedekah. Mudah-mudahan Aidilfitri ini tidak akan melupakan kita pada mereka yang kurang upaya dan kurang mampu untuk menyambut hari raya. Jalinkahlah
silaturahim dengan menziarahi sanak saudara dan sahabat handai mudah-mudahan pertemuan di hari ini akan lebih akrab kerana masing-masing sudah tentu akan menghulurkan kemaafan di atas segala salah dan silap.

Di kesempatan ini saya juga memohon kemaafan dari Sahabat Fitrah di atas kesalahan dan kekurangan yang mungkin berlaku. Maaf zahir dan batin. Saya bersyukur kerana diberikan ruang ini untuk sama-sama kita mengingati antara satu sama lain. Kepada sahabat-sahabat yang pulang ke kampung, berhati-hati ketika memandu. Salam Aidilfitri dari saya dan krew Fitrah Power Resources untuk semua Sahabat Fitrah.

Ahmad Shukri Yusoff
www.fitrahpower.com

1 comment - What do you think?

Abu Ubaidah Kepercayaan Umat

Abu Ubaidah bin Jarrah adalah termasuk orang yang pertama masuk Islam. Bahkan baginda SAW pernah bersabda:”Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah.” Kehidupan beliau tidak jauh berbeda dengan kebanyakan sahabat lainnya, diisi dengan pengorbanan dan perjuangan dalam menegakkan Islam. Abu Ubaidah yang sepatutnya turut berhijrah ke Euthopia untuk menyelamatkan aqidahnya, telah berpatah balik untuk sama-sama menyertai perjuangan Rasulullah SAW. Abu Ubaidah sentiasa bersama Rasulullah s.a.w mengikuti setiap peperangan sejak perang Badar lagi.

Pada satu ketika, saat perang Uhud, Abu Ubaidah benar-benar menunjukkan ketaatannya kepada Rasulullah. Dalam suasana perang yang begitu dasyat, ia melihat ayahnya dalam barisan kaum musyrikin. Dan melihat ayahnya sendiri sanggup menghancurkan Islam bersama kafir musyrikin, tanpa ragu lagi, Abu Ubaidah menghunuskan pedangnya ke arah tentera Quraish iaitu ayahnya sendiri.

Masih dalam perang Uhud, ketika pasukan muslimin melarikan diri meninggalkan pertempuran, tetapi Abu Ubaidah berlari untuk berdampingan dengan Rasulullah untuk menentang musuh tanpa rasa takut dan gentar. Apabila didapati pipi Rasulullah terluka, kerana tertancap dua rantai besi penutup kepala beliau, maka segera ia berupaya mencabut rantai tersebut dari pipi Nabi SAW .

Abu Ubaidah  mencabut rantai tersebut dengan gigitan giginya. Rantai itupun akhirnya terlepas dari pipi Rasulullah SAW . Namun bersamaan dengan itu pula gigi Abu Ubaidah ikut terlepas dari tempatnya. Diulanginya sekali lagi untuk menggigit rantai besi yang masih terlekat di pipi Rasulullah SAW hingga terlepas.

Abu Ubaidah juga terkenal seorang yang zuhud. Ketika kekuasaan Islam telah meluas dan pemerintahan ketika itu dipimpin oleh Umar r.a, Abu Ubaidah merupakan pemimpin di Syria`. Saat Umar mengadakan kunjungan dan singgah di rumahnya, tak terlihat sesuatupun oleh Umar r.a kecuali pedang, perisai dan pelana tunggangannya. Umarpun lantas berujar,”Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak mengambil sesuatu sebagaimana orang lain mengambilnya ?” Beliau menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, ini saja sudah cukup menyenangkan.” Abu Ubaidah wafat ketika terjadi wabak penyakit taun di Syam.

Be the first to comment - What do you think?

Air Laut Tidak Bercampur

ar-rahman-19-20.jpg 

Allah SWT berfirman di dalam surah Ar-Rahman ayat 19-20 yang bermaksud:
“Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.”

Kebenaran al-Quran tidak akan sama sekali bercanggah dengan sains. Begitulah juga tentang keajaiban yang berlaku sebagai yang disebutkan oleh Allah di dalam ayat di atas. Allah menjadikan air laut yang masin tidak bercampur di antara satu sama.

JACQUES YVES COUSTEAU Seorang profesor yang mengkaji tentang laut dari Perancis, banyak menghabiskan masanya dengan melakukan kajian serta merakamkan kajian di dalam Discovery Channel. Suatu ketika, saat Cousteau melakukan penyelaman ke dasar laut, ia mendapati sekumpulan air tawar yang sangat sedap rasanya tetapi langsung tidak bercampur dengan air laut yang hanya berada bersebelahan. Seolah-olah adalah batasan yang menyekat di antara keduanya. Fenomena ini membuat Cousteau begitu taajub serta keliru dengan apa yang berlaku.

Maka Beberapa tahun kemudian Cousteau bertemu dengan seorang profesor muslim dan membincangkan perkara yang mengelirukan pemikirannya itu. Maka profesor muslim ini menyelesaikan kekeliruan Cousteau dengan membentangkan apa yang disebut oleh Allah SWT sebagaimana ayat di atas.

Cousteau terpesona dengan penjelasan yang diberikan oleh profesor tersebut. Ia mengakui bahawa tidak mungkin seorang nabi bernama Muhammad mampu menyusun al-Quran 1400 tahun yang lalu, di saat ilmu kelautan masih tidak dapat dikaji kerana tiadanya peralatan canggih. Amat jauh bezanya dibanding sekarang. Manusia tak mampu menyelam lebih dari 40 meter tanpa bantuan peralatan selam seperti yang kita kenal sekarang. Jacques Yves Cousteau akhirnya memeluk Islam. Subhanallah.

1 comment - What do you think?