Logo Background RSS
  • Program 3K Belia Bestari [ Besut, Terengganu dan Temerloh, Pahang ]
    June 24th, 2009 | 11 Komen11 Comments Comments

    kementerian-belia-dan-sukan

    Assalamualaikum wbt…

    Fitrah Power mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang masih setia mengunjungi laman kami ini. Fitrah Power kini  berada di Kompleks Rakan Muda, Besut Terengganu untuk bersama para belia daripada Kelantan dan Terengganu dalam merealisasikan harapan dan tanggungjawab yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di bawah Program Belia Bestari bermula 25 Jun sehingga 1 Julai 2009. Program yang melibatkan lebih 100 peserta di kalangan belia ini adalah mensasarkan kepada objektif penyaluran para belia ke dalam bidang ataupun lapangan yang  bersesuaian dengan minat dan potensi yang dimiliki dalam usaha melahirkan modal insan yang gemilang dan cemerlang. Proses mengklasifikasikan potensi dan bakat belia ini memerlukan modul dan latihan yang cerap bagi menghasilkan natijah yang jayyidah. Insyallah, doakan kejayaan kami mendidik dan membimbing para belia pelapis generasi muslim ini, semoga syafaatnya nanti dapat dinikmati bersama. wallahua’alam.

    dsc011791

    Aktiviti Kesukarelaan di Pantai Bukit Keluang Besut Terengganu; mendidik jiwa pengasih dan penyayang.

    2009-258

     Hasil Kerja Kumpulan; Lakaran Seni Pasir

    dsc01277

     Persembahan Pengucapan Awam; Khutbah Jumaat oleh Adik Hakim

    sdc11083

     Aktiviti senaman dan Cergas Fizikal; Chicken Dance & Poco-poco

    sdc10991

    Slot Keusahawanan disampaikan oleh Encik Abdul Rahman bin Muhammad

    ( Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Usahawan MARA Terengganu)

    sdc11008

    Kembara Fitrah; Menguji kecekapan dan ketangkasan dalam membuat keputusan dan tugas secara berkumpulan.

    sdc11020

  • Kursus Bagaimana Menjadi Isteri dan Ibu yang Cemerlang
    June 5th, 2009 | 2 Komen2 Comments Comments

    Assalamualaikum wbt…

    Alhamdulillah, Fitrah Power telah pun selesai menjalankan kursus kekeluargaan anjuran Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang bertempat di UIAM sendiri. Kursus kekeluargaan ini merupakan latihan dan juga pendedahan mengenai panduan bagaimana menjadi suami dan bapa yang cemerlang, juga menjadi ibu dan isteri yang cemerlang yang disertai oleh kakitangan UIAM daripada pelbagai bahagian. Siri pertama iaitu Bagaimana Menjadi Suami dan Ayah yang Cemerlang telah diadakan pada 27 – 28 Mei 2009, manakala Kursus Kekeluargaan Bagaimana Menjadi Isteri dan Ibu yang Cemerlang baru sahaja dijalankan pada 3- 4 Jun 2009.

    Kursus kekeluargaan sebegini tidak boleh dipandang sepi justeru impaknya yang begitu mendalam dan sangat berguna memandangkan kegawatan sosial yang kian hangat dirasakan yang mana semakin hebat menular dikalangan para remaja dan institusi kekeluargaan yang semakin rapuh di alaf ini. Pendedahan dan kesedaran sebegini perlu diterap kembali dalam minda dan jiwa tunjang keluarga (ibubapa) yang seakan semakin hanyut oleh arus kemodenan dan nilai-nilai kebaratan sehingga sedikit terlupa dan terkeliru dalam memandu arah sebenar keluarga dan anak-anak. Ibu bapa juga seharusnya tidak perlu terlalu taksub dengan cara didikan barat seperti yang selalu dibanggakan oleh kebanyakan orang kerana sesungguhnya didikan secara Islam itulah kaedah yang terbaik dan digalakkan dalam menjamin kebahagiaan dan kerahmatan yang Allah limpahkan dan kurniakan dalam sesebuah institusi kekeluargaan itu. Sebagaimana hadis riwayat Bukhari: ” Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah ( suci iaitu Islam). Kedua-dua ibu bapa merekalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” Maka jelaslah di sini bahawa ibu bapalah yang berkuasa dan berperanan besar dalam mencorak dan melakar peribadi anak-anak mereka. Wallahua’lam.

    sdc100032

    Slot Mendidik Keperibadian Keluarga disampaikan oleh Al-fadhil Ustaz Roslan bin Mohamed. Slot Mendidik Qalbu ke Arah Keluarga Sakinah pula disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Badlishah Alauddin.

    sdc100271

    Pengisian bagi slot Menggilap Permata hati dan Memeta Hidup disampaikan oleh Ustaz Ahmad Shukri Yusoff

    sdc10035

    Prof. Madya Dr. Mariani binti Md. Nor menyampaikan slot Menjadi Ibu dan Isteri Cemerlang Era Milenium.

  • Program Didik Fitrah tinggal hanya 3 hari lagi…
    May 20th, 2009 | 1 Komen1 Comment Comments

    pamplet-pdf-baru-copyAssalamualaikum wbt…

    Salam kasih sayang buat semua pembaca blog yang dikasihi dan hormati.

    Program motivasi potensi diri bagi remaja ini hanya tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum program bermula. Bagi anda yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak anda, sila daftarkan segera sebelum tarikh akhir pendaftaran.  Program yang menjanjikan pulangan yang baik ini adalah rugi untuk anda lepaskan dan sia-siakan, dan bangkitkan dan cungkilkan potensi diri anak dengan menghadiri program ini dalam menjana generasi intelek yang spiritual.

    Berikut adalah maklumat Program Didik Fitrah:

    Lokasi: Kelab Golf Danau UKM, Bandar Baru Bangi.

    Tarikh: 24 Mei 2009 ( Ahad )

    Peserta:   Remaja berumur 13- 17 tahun

    Hubungi: 03-89256725 ( Pejabat )

                        017-9777875 ( Asrul )