Logo Background RSS
  • Program Didik Fitrah tinggal hanya 3 hari lagi…
    May 20th, 2009 | 1 Komen1 Comment Comments

    pamplet-pdf-baru-copyAssalamualaikum wbt…

    Salam kasih sayang buat semua pembaca blog yang dikasihi dan hormati.

    Program motivasi potensi diri bagi remaja ini hanya tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum program bermula. Bagi anda yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak anda, sila daftarkan segera sebelum tarikh akhir pendaftaran.  Program yang menjanjikan pulangan yang baik ini adalah rugi untuk anda lepaskan dan sia-siakan, dan bangkitkan dan cungkilkan potensi diri anak dengan menghadiri program ini dalam menjana generasi intelek yang spiritual.

    Berikut adalah maklumat Program Didik Fitrah:

    Lokasi: Kelab Golf Danau UKM, Bandar Baru Bangi.

    Tarikh: 24 Mei 2009 ( Ahad )

    Peserta:   Remaja berumur 13- 17 tahun

    Hubungi: 03-89256725 ( Pejabat )

                        017-9777875 ( Asrul )

  • Kem Remaja SPIES [Siri 1]
    May 12th, 2009 | 4 Komen4 Comments Comments

    Assalamualaikum wbt…

    Salam mahabbah wa rahmah buat semua pengunjung website ini yang sentiasa setia bersama kami Fitrah Power Resources. Alhamdulillah, Kem Remaja SPIES telah pun berjaya dilaksanakan pada minggu lepas iaitu pada 9 – 10 Mei 2009 di Nur Bukit Unggul Eco Resort Dengkil Sepang dengan jumlah penyertaan peserta yang mencapai target. Kem Remaja SPIES tahap asas bagi siri 1 ini adalah melibatkan DUN Bangi dan DUN Kajang. Walaupun terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan yang terpaksa dilalui sepanjang program ini, namun respon positif yang kami terima daripada kalangan peserta memberikan kami kekuatan untuk terus memberikan yang terbaik kepada mereka sehinggalah ke hari akhir program.

    Bukan mudah untuk mengubah mentaliti remaja masa kini yang lebih terarah kepada pengaruh-pengaruh barat dan unsur-unsur negatif yang semakin merebak dengan luas dan pantasnya. Namun begitu, kita sebagai khalifah Allah SWT yang mendukung tanggungjawab menjaga amanah dan agama Allah ini tidak seharusnya diam berpeluk tubuh dan membiarkan sahaja remaja-remaja ini terus hanyut dengan dunia ciptaan mereka, tetapi sebaliknya membimbing dan memandu mereka melalui jalan-jalan yang sebaiknya yang harus mereka lalui. Oleh kerana itulah Kem Remaja SPIES dilaksanakan untuk remaja-remaja, mudah-mudahan kita dapat menyelamatkan generasi pelapis ini kerana merekalah yang kelak akan memartabatkan agama dan negara di mata dunia, insyallah. 

    ceramah

    dd1

    fizikal

     physicalspies

    time-management

  • Doa Nabi Ibrahim
    May 12th, 2009 | 2 Komen2 Comments Comments

    Dipetik dari Surah Al-Baqarah 126-129:

    al-baqarah-126-1292

    “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka”. Allah berfirman:” (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali”.

    “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”

    “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”

    “Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.