Salam Lebaran 1432 Hijrah

Alhamdulillah…hampir sebulan sudah umat Islam berpuasa, rupanya kita sudah berada di penghujung Ramadhan..Bagi yang berjaya puasa dengan penuh kesabaran, tahniah diucapkan…Sememangnya puasa mendidik kita erti kesabaran dalam hidup, kerana pada ketika inilah kita merasai keperitan orang yang hidup miskin dan tidak berkemampuan..jika dihitung satu persatu, fadhilat puasa terlalu besar hikmahnya, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata malah mampu mengawal nafsu yang mudah beraja dihati kita.

Sempena bulan baik dan hari Raya yang bakal menjelma, Warga kerja Fitrah Power ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat Kaum keluarga terdekat, sanak saudara serta rakan taulan yang mengenali kami disini. Jutaan kemaafan dipinta di atas segala salah silap dan tutur bicara. Semoga Allah merahmati kita semua, Insyaallah..Amin.

Be the first to comment - What do you think?

Jom Amalkan Doa Nabi

Alhamdulillah..syukur pada-Nya kerana kita masih lagi berpeluang menunaikan ibadah puasa. Di kesempatan inilah kita perlu menghargai peluang yang ada  sebaik mungkin bagi mendekatkan diri pada yang Maha Esa.

Di dalam kita beramal pada bulan mulia ini, Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya, luaskanlah rumahnya, berkatilah dia pada semua kurniaanmu kepadanya, perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya. ada baiknya kita tambah doa-doa yang disarankan oleh Nabi saw. Doa ini khusus Nabi baca kepada Anas Bin Malik :

Maksudnya:

“Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya, berkatilah dia pada semua kurniaanmu kepadanya dan masukkanlah dia ke syurga”.

Be the first to comment - What do you think?

Muhasabah Ramadhan

Alhamdulillah…Sejuta kesyukuran dipanjatkan pada yang Maha Esa dengan keberkatan Ramadhan, disambut dengan harapan yang tinggi oleh mukmin yang suci. Namun, pada bulan yang suci ini adakah kita mengisinya dengan sebaiknya? atau adakah amalan kita makin meningkat atau masih sama dengan bulan-bulan sebelumnya..Marilah sama-sama kita renungkan….

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Be the first to comment - What do you think?

Kursus Fitrah Power di Labuan

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat dan rahmat-Nya.  Syukur  juga dipanjatkan kepada Allah kerana baru-baru ini krew fitrah power telah menjalankan kursus di Labuan dengan kerjasama HMD Companies. Kursus Potensi diri ini telah berlangsung selama 2 hari. Kursus Potensi Diri yang dianjurkan oleh Labuan Training Centre pada 30-31 Julai 2011 telah dijalankan dengan jayanya bertempat di Tiara Labuan Hotel, Wilayah Persekutuan Labuan.

Kegembiraan jelas terpancar diwajah para peserta apabila dapat mengikuti kursus dengan baik. Para peserta terdiri daripada kakitangan dan staff sokongan dengan jumlah yang begitu efektif iaitu seramai 33 orang. Kerjasama dan komitmen peserta yang begitu baik di dalam menjayakan kursus adalah amat dihargai oleh pihak pengurusan Fitrah Power. Semoga dengan pertemuan kita di dalam majlis ilmu mendapat rahmat dan keberkatan dari yang Maha Esa untuk  menerima hidayah dan petunjuk dari Allah SWT. Amiinnn…

 

Be the first to comment - What do you think?