Renungkanlah!
Mari kita insafi bahawa kubur itu adalah pengalaman atau persinggahan pertama kita dari apa yang akan kita alami sesudah mati. Ibnu Majah ada meriwayatkan bahawa
Saidina Uthman bin Affan apabila berada di kawasan perkuburan, beliau menangis tersedu-sedu hingga basah keseluruhan janggutnya. Pernah seseorang bertanya
beliau, “Tuan ingat neraka, tuan tidak menangis. Tetapi tuan menangis kerana melihat kubur, mengapa demikian? Jawab Uthman, saya menangis kerana takutkan peringatan dari sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Sesungguhnya kubur itu adalah tempat pertama dari tempat-tempat di akhirat. Jika seseorang selamat daripadanya, maka keadaan (proses) berikutnya akan lebih mudah baginya. Tetapi jika seseorang tidak selamat di tempat yang pertama (kubur) itu, maka keadaan (proses) berikutnya akan jadi lebih buruk/sukar baginya”.

Dalam hal ini, Abu Bakar As-Siddiq juga pernah mengingatkan dengan ungkapannya: “Barangsiapa yang masuk kubur (alam barzah) tanpa bekalan (amal salih),
maka seolah-olah ia belayar di lautan tanpa perahu/sampan”. Oleh itu, selagi umur kita masih ada dan Allah masih memberi waktu hidup, sebelum nyawa berpisah dari badan, bersegeralah bertaubat sekiranya terlanjur berbuat dosa, hindarkan diri dari maksiat, perbanyakkanlah amal kebajikan dan sentiasa bersiap dengan bekalan.
* Fitrah Power turut mengadakan Spiritual Leadership Training (SLT) dalam usaha membantu anda membuka peluang dan ruang hidup. Makluman bagi sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan pihak kami.