Pilih Jodoh: Restu Ibu Bapa Beri Keyakinan
“Kita sangat perlu kepada redha atau restu ibu bapa dalam semua perkara termasuk dalam membina rumah tangga,” kata Ustaz Hj. Ahmad Shukri Yusoff, yang merupakan Ketua Unit Syariah dan Penerangan Khas, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.
Menurutnya, redha ibu bapa amat penting kerana ia membekalkan kita keyakinan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Dan untuk mendapat redha ibu bapa, kita perlu menjaga hati mereka.
“Bayangkan kalau kita melangkah ke alam perkahwinan tanpa doa, restu atau redha ibu bapa, maka di hati kecil kita tidak akan ada keyakinan untuk menempuh alam yang baru itu,” ujar beliau.
Beliau berkata, perkahwinan merupakan satu proses untuk menyempurnakan agama. Tetapi, soal beliau, “Adakah sempurna agama jika sesuatu perkahwinan itu tidak mendapat restu ibu bapa?”
Katanya, perkahwinan yang dibina atas dasar cinta semata-mata umumnya tidak akan kekal lama. “Kalau berkahwin semata-mata kerana cinta, cinta boleh luntur. Kalau disebabkan dorongan seksual, ia juga boleh berkurang. Kalau berkahwin kerana duit, ini juga mungkin satu hari tidak stabil. Begitu juga kalau sebab kecantikan, kecantikan akan pudar akhirnya. Sebab itu Nabi s.a.w. menekankan bahawa perkahwinan itu adalah untuk menyempurnakan agama. Tanda kita betul-betul beragama, kita berkahwin mengikut sunnah Nabi,” jelasnya dalam temubual di kediamannya di Bandar Baru Bangi.
Dalam soal ini, katanya, ibu bapa umumnya lebih tahu menilai kesesuaian calon menantu kerana mereka melihat dari banyak aspek.
Jika Tak Direstui
Kesan yang jelas bagi perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa adalah gagal mendapat keberkatan. Ustaz Ahmad Shukri Yusoff berkata, hilangnya keberkatan menyebabkan timbul masalah silih berganti dan timbul rasa tidak yakin dalam menghadapi masalah akibat tidak mendapat doa dan redha ibu bapa tadi.
“Kalau ada restu ibu bapa, apabila menghadapi sesuatu masalah, kita rasa yakin boleh menyelesaikannya walaupun masalah itu nampak berat,” ujarnya. Katanya, perkahwinan itu sesuatu yang membahagiakan tetapi tanpa redha ibu bapa maka lebih mudah berlaku huru-hara. Sebaliknya dengan keredhaan ibu bapa, perkahwinan terasa lebih menyeronokkan.
“Kita sering membaca kisah rumah tangga yang porak-peranda dan berlaku cerai-berai. Kalau dikaji, di hujungnya kita akan dapati perkahwinan itu dulunya tidak mendapat keredhaan ibu bapa. Ada yang disebabkan telah berlaku perkara tidak elok sebelum kahwin maka ibu bapa terpaksa setuju mereka berkahwin walaupun hati kecil mereka tidak meredhainya,” jelasnya.
Ustaz Ahmad Shukri mengajak kita merenung perkahwinan orang-orang dulu yang jodoh mereka betul-betul atas pilihan ibu bapa. “Kita tengok jangka hayat rumah tangga mereka lebih lama. Sekarang kahwin bermula dari cinta tapi peratus cerai tinggi. Hendak kata tak kenal, sudah kenal. Hendak kata tak cinta sudah cinta. Di situ sebenarnya peranan keredhaan ibu bapa. Keredhaan ibu bapa lebih kuat daripada cinta. Lafaz cinta tidak sekuat keredhaan ibu bapa,” ungkap Ustaz Ahmad Shukri.
Apabila Ibu Bapa Diam
Diam ibu bapa dengan pilihan jodoh anaknya mungkin menandakan mereka tidak bersetuju, cuma mereka tidak menyuarakannya secara terus-terang. Menjelaskan perkara ini, Ustaz Ahmad Shukri Yusoff berkata, “Diamnya itu mungkin tanda tidak setuju dengan pilihan anak tetapi dia tidak kata tidak setuju sebab tidak mahu melukakan hati anak.”
Dalam hal ini, katanya, si anak hendaklah cuba memahami isi hati ibu bapa dan menjaga hati mereka.Walaupun diam ibu bapa mungkin juga menandakan mereka berfikir dan bersetuju tetapi si anak perlu bertanya secara berhemah untuk memastikan ibu bapa betul-betul merestui pilihannya. Katanya, lazimnya jika ibu bapa redha dengan pilihan anaknya, mereka akan iringi dengan nasihat dan kata-kata semangat.
“Tapi jika tiada respons atau hambar saja, anak kena pastikan betul-betul untuk menjaga hati mereka,” ujarnya. Beliau berkata, ada ibu bapa yang menuruti pilihan calon pasangan anaknya setelah didesak atau dipujuk walaupun hati kecil mereka tidak benar-benar meredhainya.
Bawa Berbincang
Hati sudah suka, pasangan ‘ideal’ sudah ditemui tapi ibu bapa pula tidak bersetuju. Bagaimana? Jalan terbaik ialah bawa berbincang, kata Ustaz Ahmad Shukri Yusoff.
“Itu perlunya syura atau perbincangan. Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah pertengkaran, bukan perbincangan. Pertengkaran tidak mendatangkan natijah yang baik.” Katanya, banyak masalah yang nampaknya berat dan tidak boleh diselesaikan tetapi apabila dibawa berbincang, ia selesai akhirnya. Begitu juga dengan masalah pilihan calon pasangan.
“Syura yang diadakan dalam keadaan hati bersih dan baik, insya-Allah natijahnya baik,” katanya sambil menambah, bukan ibu bapa saja perlu mendengar pandangan anak tapi anak juga perlu bersikap terbuka dalam mendengar pandangan ibu bapa. Ustaz Ahmad Shukri berkata, sikap berterus-terang perlu ada dalam berbincang dan kalau perlu, si anak boleh meluahkan perasaannya.
“Ada kes ibu bapa sayang pada anaknya tapi kadang-kadang hendak kawal anaknya dalam semua perkara… Bagi anak, dia rasa dikongkong. Dalam soal ini, ayah atau ibu jangan terlalu ketat sebab Sayidina Ali k.w. menyarankan agar kita mendidik anak mengikut zamannya. Minat dan citarasa tak sama. Bagi si anak, dia juga perlu cuba memahami ibu bapa, kerana niat ibu bapa adalah untuk menjaga demi kebaikan anaknya.”
Menurutnya, jika si anak merasakan ada kongkongan dalam memilih calon pasangan, dia perlu meluahkan isi hatinya tetapi dengan cara yang tertib dan tenang. “Kalau anak diam dan simpan, tidak selesai masalah juga. Memendam perasaan tidak boleh selesaikan masalah. Kena ada proses berterus-terang. Kalau dipendam hingga rasa tertekan, nanti kita akan sakiti hati ibu bapa pula apabila merasakan ibu bapa tidak memahami,” tambahnya. Katanya, setiap masalah ada penyelesaiannya tapi cara menyelesaikannya perlu betul.
Jaga Hati Mereka Sampai Bila-bila
Hati ibu bapa tetap perlu dijaga sampai bila-bila walaupun seseorang itu sudah ada tanggungjawab lain dalam rumah tangga yang dibina, kata Ustaz Ahmad Shukri Yusoff.
Katanya, bagi seorang wanita yang sudah berkahwin misalnya, tanggungjawab untuk mentaati suami tidak mengurangkan hak ibu bapanya untuk ditaati dan dijaga hati mereka. “Ada kes anak perempuan yang bila sudah berkahwin, tidak balik jenguk ibu bapa dan tidak hubungi mereka dengan alasan mentaati suami. Tidak dinafikan perlunya taat pada suami tapi dalam masa yang sama dia ada tanggungjawab pada ibu bapa yang hatinya perlu dijaga,” terang beliau.
Beliau menambah, tanggungjawab yang dipikul sebagai isteri atau suami tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabai dan melukakan hati ibu bapa dengan tidak membantu, menghubungi dan mengambil tahu kehidupan mereka. Pendek kata, menurutnya, si anak tidak boleh mengambil sikap, “Saya dah jadi isteri orang atau suami orang, tanggungjawab pada ibu bapa dah kurang.”
“Dalam hidup ini, setiap sesuatu akan dibalas. Jika kita menyakiti hati ibu bapa, apakah kita sanggup satu hari nanti anak kita melakukan perkara yang sama pada kita pula?” soal beliau.


:em61: assalamualaikum…saya pun bingung dengan masalah saya…bila tarikh untuk merisik semakin hampir,tiba-tiba saya dapat berita bapa kepada pasangan saya tidak merestui..saya di biarkan tanpa jawapan kenapa semua ini terjadi..tapi saya cuba juga bertanya.jawapan ibu kpd pasangan saya bukan tidak restu cuma eloklah berkawan dulu.bila saya tanyakan pada adiknya,jawapannya…bapa mereka pernah membuat sembahyang tunjuk jodoh untuk pasangan saya,dan bukan wajah saya yang di mimpikan.pasangan saya juga mengiyakan perkara ini.bingung saya…apa yang patut saya buat???
Rain: Itulah ujian hidup. Andai itu jawapan yang saudara terima dari pihak perempuan jelas sekali bahawa mereka tidak memilih saudara untuk bakal menantu mereka. Hubungan tanpa restu tak kan menjamin kebahagiaan. Fahamilah bahawa inilah kehidupan. Kembali muhasabah diri. Mungkin saudara akan bertemu dengan pasangan yang lebih baik.
Assalamualaikum…
Kepada yang berkenaan…
Dalam hal begini kta harus merenung kembali masa,
setiap perkara yang berlaku itun ada hikmah dan pengertiannya.Sekiranya saudara memang ingin memperisterikanya.SABAR..itulah kunci yang paling berkesan sekali.
em… Tidak mengapa kalau sudah ditakdirkan si dia bukan jodoh kita dan sebaiknya berdoalah semoga Allah memberikan yang lebih baik sebagai pengganti… Insyallah, hati kita akan terubat dengan pengganti yang lebih layak dan sesuai buat kita. Hanya Allah yang mengetahui segala yang tersirat dan tersurat..Allahu A’lam…
:em43: jika hati berasa berat untuk mnerima seseorang adakah petanda dia bukan jodoh kita?
Mungkin juga benar jika hati berat menerima seseorang itu petanda dia bukan jodoh, tetapi kita tidak boleh menjadikan itu sebagai sandaran asas untuk tentukan benar atau betulkah si dia jodoh kita, sebaliknya kita perlulah memohon petunjuk daripada yang Maha Mengetahui segalanya iaitu ALLAH SWT.
saya sekarang masih dalam dilema. Sepatutnya saya berkahwin awal mei, tetapi pada bulan 3 perkahwinan saya dibatalkan tanpa pengetahuan saya. Hal itu saya tau dari tunang saya. Ibu dan bapa saya langsung tidak berkata apa-apa tentang hal itu hingga sekarang. Tapi mereka pernah beritahu yang tunang saya tidak sesuai kerana taraf pendidikan dan pangkat saya lbih tinggi dari tunang saya. Saya menerima pinangan tunang saya bukan kerana cinta semata-mata, tetapi setelah solat hajat, dan solat istikharah, saya menerima pinangannya. Sepanjang perhubungan kami selama 3 tahun ibu bapa saya tidak pernah menghalang malah bersetuju bila keluarga tunang saya ingin meminang saya. Saya buntu sekarang. Saya masih lagi berhubungan dengan tunang saya dan tidak pernah menganggap hubungan kami putus. Kami cuma ingin berkahwin dengan restu ibu bapa saya. Bukan kemewahan yang saya cari selama ini tapi keimanan pada seorang lelaki. Saya dididik hidup dalam kemewahan tapi cuma satu yang kurang dalam diri saya dan keluarga saya, iaitu iman…..
:em27: as’salam, sy pun mempunyai masalah ttg jodoh. Sy telah bertemu dgn jejaka yg tujuh tahun lebih muda…Utk pengetahuan umurnye baru msk 20 thn dan sy 27 thn. Ramai yang mengatakan sbb trend. bagi sy ini bukan main2 even alhamdulillah mmg sy nampak kesungguhan dia utk miliki sy cume ada halangan dr ibu sy. dia memberi kebenaran dlm keadaan mrh dan hanya berkata jika nak elak jodoh kawinlah….
to lieya…
Insyaallah, kalau sudah jodoh pasti akan bersatu juga akhirnya. Benar, jodoh adalah lebih mendapat rahmat Allah jika perkahwinan berlaku dengan restu ibubapa. Lieya berdoalah semoga hubungan yang terjalin itu akan terus tersimpul rapi dengan ikatan perkahwinan. Mungkin ibu bapa lieya belum melihat jaminan bahagia daripada segi material yang bakal menantunya akan berikan kepada anaknya, namun yakinlah bahawa Allah itu maha Adil dan Maha Pengasih. jika lieya memilih pasangan kerana agamanya insyallah cinta ini akan diberkati. Mungkin Allah ingin menguji lieya dan pasangan. berdoalah juga semoga dibukakan hati ibu bapa lieya untuk terima kembali pasangan Lieya itu…
Kusutnya fikiran sy..antara kehendak ibu bapa dan keinginan hati..sy ditakdirkan bertemu dgn seseorng jejaka dr Sarawak. Die bekerja di sana, tetapi sy bekerja di kl. famili menghalang perhubungan krn anggap die jauh, dan susah nk berpindah ke semenanjung. perkahwinan tidak ada makna sbb duduk berjauhan..sy buntu.
sye pon ade masalah same gk.mak sy xsetuju dgn pilihn hati sye.semata-mata family dia tggl kt flat dan ayah dia drebar.sy btl2 buntu.apa perlu sy buat?dua-dua sy syg.nk putuskan,kitorg xsggp.nak teruskan,rase bersalah dgn mak.skng ni kitorg jmpa syp2 je.dia kate kene sbr.dia akan usahakan gk dptkan sye.tp sy takut.takut perkahwinan yg xdirestui xkan bahagia
Kes saya hampir sama dgn maddy. Bezanya,ibu saya dapat menerima sekiranya saya bertemu jodoh dgn lelaki yg lebih muda. Tapi hubungan kami tiada restu dari ibunya. Malah ibunya pernah berkata, sekiranya teman lelaki saya itu tetap ingin berkahwin dgn saya, kelak jgn menyesal. Saya dan ibunya belum pun pernah bersua muka.
Salam,
saya seorg lelaki berumur dekat 30-an. Saya perlukan kata2 semangat dan peransang krn agak sukar saya mengerti ketentuan ALLAH, Bukanlah saya tidak yakin pd ketentuan ALLAH cuma agak sedikit terfikir2 jalan mane ptt diikuti.
Saya sudah mengenali teman/kekasih saya selama 7tahun. Suatu tempoh yg lama utk berkasih. Atas faktor supaya perkara tidak diingi berlaku maka saya terpanggil utk berkahwin. Lgpon saya tidak ada masalah kewangan dan masalah lain2.
Masalahnya daripada ibunya, puas dipujuk pelbagai cara dgn berkata kawin adalah penyelesaian terbaik dr berbuat maksiat. Tp ibunya tetap menentang dgn alasan anak nye masih mentah dan belum matang. Usia perempuan 24thn adakah itu tidak matang? Puas kami memujuk akhirnya ibunya mengugut kalo nk kawin jugak ibunya tidak akan restu.
Ibunya bukanlah tidak suka kan saya namun meminta akan menangguhkan isu perkahwinan ini sampai terbuka hatinya menerima saya sbg menantu dan melepaskan anaknya.
Nyata saya kecewa kerana ideologi nya berlainan sekali dgn saya dn malah pendapat saya berlainan ngan syarak seperti sabda nabi, 4 perkara yg nabi suruh cepatkan antaranya mengahwini anak perempuan bg yg ada anak perempuan,
Harap dapat membantu.
Assalamualaikum
Saya ada satu kisah, sy telah berkenalan dengan seorang wanita dan kami telah merancang utk kahwin, tak lama kemudian dia telah putuskan hubungan kami tanpa sebab kukuh dgn alasan sy jauh. dr ari kami putus hingga skrg,sy tetap sygkan dia. hub kami dulu mmg direstui ibubapanya. setelah putus 3 bulan barulah saya diberitahu sbb dia putuskan hub dgn sy kerana cara sy dgn dia mcm sy selalu kongkong dia dan mcm2 hal yg sy tak sedar, dia tak pernah bincg mslh kami,cuma pendamkan ja,tak lama lepas tu dia telah berkenalan dgn lelaki lain dan ingin berkahwin dgnnya. Saya tidak tahu hinggalah satu hari ibu bapanya dapat tahu ttg perpisahan dia dgn sy dan hub baru dia dgn lelaki tersebut,malangnya bapanya seperti tidak suka akan lelaki tersebut dan lebih sukakan sy menjadi menantu dia. saya adalah pilihan ibubapanya dan lelaki itu pilihan hatinya skrg, skrg dia dalam keadaan tertekan kerana hub mereka tidak seperti tidak direstui bapanya. walaupun hati saya terluka sy minta tolong cara untuk selesaikan masalah dia.saya tahu dia tertekan sangat2 skrg.saya bimbang dlm keadaan skrg dia lakukan apa2 perkara tidak elok.
bleh sy bg pendapat skit? :em47:
pd pdpt sy lh maybe die bkn yg terbaik utk anda.. maybe jgk ade hikmah disebalik nye.. anggap la ape yg terjadi adalah ujian dr yang maha esa.
redha pd apa yg terjadi… hdp hrs diterus kn :em24:
x perlu sdih2 :em61:
salam.
semua orang mengatkan mslh jodoh.sukar nak buat pilihan dan x direstui.saya pulak mendapt mslh yg lain.saya masih tiada siapa untuk dijadikan pilihan. saya telah mempunyai keje yg tetap dan juga blhla dikatakan berpelajaran. tapi sy masih tiada sesiapa untuk dijadikan jodoh..saya buntu. mmg betul kite disuruh berusaha dan berdoa. tp ttp bagaimana saya nk berusaha. xkanlah saya yg nak memulakan lgkh pertama.mmg org skrg x kisah . mslhnye dengan sape. xde sape..tlg beri sy penyelesaian..
Assalamualaikum,
saya berhubungan dgn seorang jejaka yang sungguh penyayang dan baik hati. Kami saling sayang menyayangi dan telah berbincang soal berumah tangga. Sebulan yang lalu, dia mengakhiri perhubungan kami tanpa memberi alasan yang kukuh. Waktu itu saya terlampau kecewa dengan sikapnya dan senang kata, saya mengalami depresi. Saya kuatkan iman dan terus bersembahyang, mohon kepada Allah supaya tetap bersabar, dan supaya dibukakan hatinya untuk kembali bersama saya seandainya cintanya unduk saya adalah jujur dan ikhlas. Baru baru ini, dia telah menceritakan hal yang sebenarnya.
Ibunya telah berkata kepadanya, bahawa dia boleh bernikah dengan siapa sahaja pilihan hatinya, tetapi bukan seorang janda. Masalahnya, saya pernah berkawin.
Sekarang kami telah menjalinkan hubungan kami semula. Ibunya masih belum tahu bahawa saya pernah berkawin. Pasangan saya adalah seorang anak yang soleh dan tidak mahu menghampakan keluarganya, dan tidak sampai hati untuk mengecewakan ibunya. Kami bersepakat untuk pelan pelan meyakinkan ibunya bahawa cinta kami ikhlas dan sejati. Ibunya memang sukakan saya, dan pernah menyuarakan hasratnya untuk menjadikan saya menantu. Tetapi, kemungkinan besar kalau dia dapat tahu tentang status saya, dia tidak akan merestui perhubungan kami.
Saya mohon kalau ada sesiapa yang boleh memberi pendapat bagaimana cara untuk meyakinkan ibunya bahawa saya jujur menyintai anak nya bila dia tahu perkara yang sebenar kelak, disampingan tekun berdoa dan bermohon kepada Allah.
dulu aq pun ada masalah ni jugak,dimana bapak aku tak berapa berkenan ngan husband aku skrg,tapi husband aku tetap cuba menawan hati bapak aku,macam2 la dia buat,bwk kain pelekat la,belikan kasut la…lama2 bapak aku pun berkenan dan terus tanya bila nak kawen…hehe..memang best la…pokoknya kalo ada jodoh tak kemana…perkenalan yg lama tak semestinya berakhir dgn perkahwinan…aku kenal ngan laki aku pun hanya 5 bulan dan kami terus mahukan perkahwinan sbg penamat hubungan ini…alhamdulillah selama setahun lbh aku bersama dia,kami teramat-amatlah bahagia…betul kata orang…restu dari ibu bapa memang penting untuk kebahagiaan rumah tangga..tak guna kawen kalo tak dapat restu…bahaya tu.. :em58:
aku..ade kisah yg boleh dikongsikan…aku merupakn seorg janda ank2… aku telah berkenalan dgn seorg lelaki yg bgitu amik berat n penyayang.. menjalinkn hubungan dan lantas membuat keputusan untuk berkahwin..tp tnpa pengetahuan fmly die..cuma fmly aku yg thu..sehingga lg 2 minggu nk kwen..die bg thu pd mak die..n mak die halang krn aku janda n xde keturunan syed..perkahwinan aku dibatalkn…
aku begitu sedih dan malu…aku dikata mcm2 pd kakak die…tp sehingga sekarang aku masih dgnnya…tp sampai bile…aku berdoa agr aku ade jodoh dgn die
die.. : :em21:
:em64: KENAPE MAK DAN AYAH TAK SANGGUP LEPASKAN ANAK2 UNTUK MENDIRIKAN RUMAH TANGGA.
WAJAR KE SEORANG IBU MEMANDANG HARTA SESEORG UTK MENJADI CALON MENANTUNYA :em70:
:em61: saya ada seorg kawan dari sabah.die becinte dgn org semenanjung…cinte die nak cakap rumit tak lah rumit sangat…tp diorg yang buat pening kepala.yang laki tak habis2 nak keje kerajan yang ppuan pulak sibuk kan balik sabag sebab dah bosan dgn laki tu tak bsedia nak kawin..padahal dua2 dah tua.lagi satu bakal mak mertua ppuan tu takut sangat anak laki die ikut ppuan tu balik sabah…jadi apa pendapat korang pasal pasangan nie…kalau payah tak payah kawin cari je pasangan lain kan.org becinte die pun anak bercinte kan susah jdnye senang2 bcinte je org sebelah umah kan senang…
Assalamualaikum..sy nak mtk pndapat smua.sy ada mslah skit. sy ada berkenaln dgn bdk lelaki ni, dia keje biasa2 je keje kg.Mslh sekarang ni adk bradik sy xberapa suka kt bdk 2. Dia org ckp sy dgn dia xsesuai.sy lepasan ijazah tp bdk 2 xsekolah tinggi pn.keje pn biasa2 je.keluarga dia pn bkn org senang jgk.ibu ayh sy mcm ok je.sy pening adk bradik skrg ni.Dia org xnak tgk sy hidup susah..2 yg dia org xsuka 2.ape yg patut sy bt.huhu
Saudari Yan…
Jangan rumitkan perkara yang senang. Terima sahaja lelaki tersebut memandangkan ibu bapa dah suka dan awak pun sama2 suka. Zaman sekarang ni orang dah tidak memandang pada harta dan pangkat, pendidikan.. selagi mana anda dan dia boleh berkomunikasi dengan baik, dan saling boleh memahami dan bertolak ansur, teruskanlah perhubungan tersebut. Selain itu, perlu dilihat juga pada agamanya, adakah sempurna ibadahnya itu yang paling penting. Semoga berbahagia ye! :em19:
Terima kasih nur ats nasihat 2..doakan sy ye.nur ada fb x..leh kt chat :em20:
salam
sy runsng r,nk terme pilihan my parents or x…tolong :em29:
saya ade masalah, ibu saya dulu suka pada teman lelaki saya setelah teman lelaki saya pandai mengambil hatinye. Tapi, d suatu hari teman lelaki saya ditahan atas benda yg tiak dibuat nye, selepas pd kejadian itu ibu tidak lagi jika saya keluar dengan nye atau tengok mukanye atas alasan dia penah ditahan. Kami ingin berkahwin,tetapi ibu tidak suke, ape patut tunggu dulu atau lupakan saje?
asslamualaikum.dulu saya susah nak menerima sebarang lelaki sbb takut dan banyak memikirkan benda yg tak elok…skrg saya berumur 29 tahun.ibu saya ade memperkenalkan seseorg anak sedara kawan dia..umurnya sebaya ngan saya.kami cuma berbalas sms saje.saya suka berkawan ngan dia sbb dia seorg yang jujur.tapi saya mempunyai masalah apabila saya buat istikharah saya tak dapat petunjuk ape pun.bila saya tanya dia,dia blm buat lagi.tapi dia dah suka saya bila dia lihat saya pada pertama kali kita jmp.ibu bapa saya dengan dia memang berkenan…ape perlu saya buat…?
sedih la bila cinta yg kita bertemu..x direstu kn…sedangkn niat kia ikhlas dlm segala hal…sbg hambaNYA kita cuma mampu berdoa shj…semoga familynya menerima saya…
saya ingin berkahwin dgn gadis pilihan saya.namun ibu saya tidak membenarkan atas alasan kerjaya saya tidak mantap..gaji tidak cecah 3000…so mak saya xbagi saya kawin..umo saya 25thn..saya ingin berkahwin thn dpn….saya cuba memujuk ibu saya..saya selama ini ikut cakap ibu saya..namun kini saya dah buat keputusan, walaupun tanpa restu ibu saya. saya tetap akan meneruskan niat saya..
salam… sya telah bercnta dgn suami org…(seorg ustaz yg mengajar sya ttg agama).. isterinya redha dan menerima baik khadiran saya, malah keluarga pasangan dan keluarga isterinya juga merestui hubgn kami.. cnta kami kerana Allah… sy benar2 bersungguh dlm mempelajari ilmu agama… dan kmudian sya dilamar ustaz utk jdkan sya sbagai isteri slain mahu mmbimbing, telah timbul jua perasaan cnta antara kami… Malangnye hubungan ini tidak mendapat restu ibu sya krana dia sgt menentang poligami… sdgkan pndangan kami jauh berbeza… sy rapat dgn isteri dan ank2 ustaz..antara kami tlh timbul kasih syg n tersemai rasa kekeluargaan.. sungguh sya dlm delima…bila ibu mghalang..
sy ada masalah…sy berkawan dengan seorang perempuan satu tempat kerja dgn saya..bagi saya dia wanita yang baik…penyabar…dan sangup bersusah senang dgn saya selama kami berkawan…apa yg saya katakan ini mungkin akan menyebabkan org lain akan kata..”alahhh masa bercinta semuanya indah”..sehari sebelum merisik mak saya ada jumpa dgn wanita ini dan menghamburkan kata² kesat kepadanya..sy malu dgn ibu saya..saya katakan sepanjang perkenalan saya kepada wanita itu…mak saya seorang yg baik…warak..hajah..tp selepas ape yg ibu saya lakukan kpdnya saya malu…tetapi dia tetap bersabar dgn saya…ibu saya mempunyai masalah…bergaduh dgn adik beradiknya sendiri…bagi saya sebagai org yg lebih berumur…mereka perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada kami anak² buah mereka…mak saya dikenali oleh seluruh keluarga sebagai org yg keras hati…pada zaman anak dara ibu saya telah bertunang dgn lelaki pilihan dia…tetapi pada satu hari dia telah buat keputusan untuk putus tunang dah berkahwin dgn lelaki pilihan dia sendiri (bapa saya)..adik beradiknya pada ketika itu amat marah dah arwah atuk saya begitu malu dgn apa yang telah mak saya lakukan padanya…arwah atuk pula pada ketika itu adalah imam masjid di kampung…tetapi atas desakan ibu saya…abg² nya (pak sedara saya) pergi kerumah tunangnya utk memulangkan cincin pertunangnan tanda putus..mak saya bahagia dgn pilihan nya…tetapi kini saya membuat pilihan untuk berkahwin dgn wanita pilihan saya…tetapi sehari selepas merisik…mak saya dgn terang mengatakan dia tidak restu..saya kecewa..saya terpaksa berhenti kerja…disebabkan saya dan wanita itu satu tempat kerja..di ketika saya sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana…saya terpaksa memohon cuti khas..dan telah diberi amaran oleh pihak universiti utk mengugurkan taraf sebagai seorang pelajar…saya tertekan…cita² saya hancur berderai disebabkan sifat mak bapak saya yang mementingkan diri…saya cube utk berbaik dgn ibu dan bapa saya dgn harapan hati mereka terbuka dgn pilihan saya…tetapi mereka telah merancang untuk menyatukan saya dgn sepupu saya..bagi saya ini amatlah memalukan diri saya dgn rakan sekerja…rakan sekeliling yg mengenali kami sebagai pasangan yang akan berkahwin kelak…bantulah saya..apa yang perlu saya lakukan…sepupu saya…sedara mara..(mak bapak sedara) semua nya menyebelahi saya..tolonglahhhh
sya urnk ld…sya pn ada mslh sya pn tak thu knpa bapa llaki x skakn sya.sya thu sya da bwat silap tpi tdk blhkh sya m’prbtulkn k’silapn sya itu..sya sgt m’cintai llaki itu knpa hrus da p’ghlang d’antara hbngn kmi.sya da bnyakn b’doa agr org tuany dpt trima sya kmbli…tlong sya…sya bingung skrang…
Saya ada masalah yang sama. Saya seorang balu anak seorang dan telah bertemu admirer saya masa di zaman sekolah. Kami mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. Pada mulanya, saya ragu2 untuk menerimanya kerana status saya. Dia bersungguh2 dengan saya. Sehingga saya rasakan diri ini telah kembali bersemangat untuk bangun dari kesedihan lalu. Sehingga saya rasakan segala kesedihan saya telah hilang hilang. Sehingga dia memutuskan untuk memberitahu family pada Mei lepas. Saya terkedu apabila mendengar hajatnya. Keluarganya membenarkan kami berkawan tp mengatakan soal status saya. Sedihnya saya, orang macam saya di pandang hina. Saya melakukan solat hajat dan istikharah untuk menerimanya selepas kematian arwah suami. Sehingga saya yakin untuk terima cintanya. Ibu saya seperti tidak boleh menerima menantu baru. Alhamdulillah atas nasihat ahli keluarga yang lain, dia bersetuju memandangkan saya masih muda. Setelah ibu bersetuju, lelaki tersebut menyampaikan hajatnya pada ibu saya. Sekarang ibu telah bersemangat untuk mengahwinkan kami. Malangnya, selepas hari raya lelaki tersebut menyampaikan hajat kepada familynya. Hajat kami di tentang. Katanya status adalah punca utama. Sedih saya dengan keputusan familynya. Hina rasa diri ini. Tidak layakkah balu seperti saya untuk memulakan hidup baru dan bahagia macam orang lain.
kdg2 ibu bapa adasbb2 mereka sendiri mgpa x merestui pilihan ank mereka.masalah ini ada kaitan dgn hdp sya.sya tlh bkawan dgn seorg lelaki selama 12thn.hbgn kami amat d restui keluarga.wlbagaimana pun..kami x pnh mbuat keputusan utk bkahwin kerna kami sering btelagah pendapat & merasakn blom msa yg sesuai utk brumah tgga.dlm pd itu..sya dpt tau bhwa tmn lelaki sya sbnrnya tlh menjalin hbgn lain dgn seorg janda.maaf..bkn maksud sya nk merendah2 kn seorg janda.tpi utk pengetahuan smua..wanita yg ada hbgn dgn teman sya seorg yg ‘ssh utk d terima org tua’kerna dr sikap nya.etc pnh mggugurkan kandungan,mhisap gam,minum arak,kaki kelab mlm.sbgai org tua ibubapa teman sya amat sedih bila dpt tau pkara tesebut.dan juga sya,sbgai tmn nya yg selama ini setia..amat pedih dgn segala2 nya.d sebabkn itu..sya memutuskn hbgn yg tlh lma tjalin,namun sya & keluarga tmn sya msh rapat..baru2 ini sya dpt tau yg bks kekasih sya hndk bkahwin dgn perempuan itu..pekara ini mdatangkan kemarahan yg amat sgt pda ibu & kakak nya.mereka sememang nya x setuju.namun kerna dia merupakan ank lelaki tua dlm keluarga itu..mereka terpaksa mengalah wlapun hati mereka x mengizinkan.sekiranya bks teman lelaki sya bkahwin juga dgn wanita itu..adakah pkahwinan mereka d kategorikan sbgai ‘kahwin tanpa restu’kerna ibu bpa nya..membiarkan dia bkawin..tapi dlm keadaan tpaksa
sye ade masalh dgn bf..sye perlukan kate2 smnagt untuk smua ni..dh hmpir 3 thn knal..mak bf saye xske sye..sbabnye sye org jauh…kdg2 pkir xlogik je alasn nye,,,tp nk wt cmne… sbar je laa..bingung pn ade…xtau dh cmne nk wt lg spye mak die dpt time sye seadanya…hnye doa je yg mmpu ktorng buat…dh mcm2 care bf sye ambik hti mk die spya dpt time sye..tp mk nye ttp same..x nk anknye kwin ngan sye org jau..sedeyy woo..niat kte ikhlas nk pergi ke pringkat yg lbih baik..tp x drestui…ape sy nk buat…yA ALLAH tlong la hamba mu ini semoga dpermudahkan sgalanya..amin…
sy b’umur 25thn,bln 8 ni akn msuk 26thn.masalah sy,fmly sy terutama mak sy slalu mendesak sy untuk berkahwin.bf sy blum bekja graduan menganggur.sy anak sulung dr 5org adk brdk.dalam masa sama sy ada kenal sorang lelaki dan kmi berhubungan hampir 2 thn d luar pengthuan bf sy.dia dah bekerja.dan baru2 bi dia ada ckap nak masuk merisik sy klu blh dalam thn ni jugak.sy takut kerana sy masih dengan bf sy yg sorang ni.masalah sy sekarang,sy x tahu nak buat apa,sy buntu dan sy takut mengecewakan hati mereka berdua.apa yg ptt sy lakukan?1 tahun x lama itu yg buat sy semkin takut…tolong syyy….
Zie;
Assalamualaikum wbt.
Zie, umur 25 tahun bukan terlalu awal dan bukan terlalu lewat bagi seorang gadis untuk mengakhiri zaman solo. Desakan keluarga supaya berkahwin tu mungkn jg kerana mereka melihat zie sudah layak untuk menjadi isteri orang. Namun desakan dan umur tidak semestinya menjadi ukuran untuk kita berfikir secara singkt lalu mempertruhkan seluruh kehidupan kepada seseorang yang belum kita pasti dan yakin akannya. Berkenaan dengan pemilihan pasangan, bukanlah perkara susah pun. Pertama jika zie rasa mampu untuk menunggu bf yang belum dapat kerja tu, terpulang kepada zie. Dan kalau untuk mempertimbangkan lamaran kawan yang dah 2 tahun kenal tu pun tiada masalah. Tanya sama hati, yang mana rasa hati kuat trpaut. Pendek kata, bawalah bertemu dengan keluarga atau perkenalkan kepada mereka. Kalau si dia benar2 ikhlas dan jujur, pasti kejujuran itu akan nampak di mata ibu bapa zie. Selebihnya serahkan jodoh kepada Allah swt.
sy m’punyai sorg teman lelaki yg b’beza agama dgn sy, d’mne teman lelaki sy Muslim & sy bkn. Sy sgt m’yayangi die, begitu juga die. Kami sgt m’mndgn serius kt hbgn ni. Seblom sy m’genali die, fmily die prnh m’crikn jdoh utk die, dan saudara nye dh pergi m’risik perempuan t’sebut. Namun, tiada sebrg respon dr phk perempuan. Lps die knl sy, trus die m’bw sy jmpe ibubapa dan saudara die yg lain. Mslh nye skrg, lps sy jmpe fmily die, tbe2 phk perempuan yg td terima risikan t’sebut dan fmily die m’hrp agr die boleh khwin dgn perempuan t’sebut. Teman lelaki sy dh cuba utk b’bincang dgn fmily dan saudaranye, tp hsilnye amat m’gecewakn teman lelaki sy. Sbb2 fmily dan saudaranye tidak m’restui hbgn kami adalah teman lelaki sy bkn sorg yg sempurna lagi, solat pn ad yg t’tgl lagi, mcm mne die nk bimbing sy nt? Mereka lebih hrp teman lelaki sy khwin dgn perempuan yg sama agama dgn nye. Sy dan teman lelaki sy pertama kali m’hdpi p’soalan seperti ini. Apa yg hrus kami buat? Adakah kami hrus m’gikuti p’nentuan t’sebut? Adakah kami hrus trus kn hbgn t’sebut?
Saya mempunyai satu masalah iaitu saya mempunyai teman lelaki yang sebaya dengan saya. Kami berkenalan sejak dibangku sekolah lagi. Kedua ibu bapanya telah mengetahui hubungan kami dan juga tahu bahawa kedua ibu bapa saya masih belum mengetahuinya lagi sehingga sekarang. Hubungan kami telah menjangkau hampir 7 tahun dan sehingga sekarang kedua ibu bapa saya masih tidak mengetahuinya lagi. Bagaimana dan apakah cara yang terbaik untuk saya memperkenalkannya kepada kedua ibu bapa saya dan berterus terang dengan keluarga saya yang kami ingin bertunang. Bagaimanakah pula caranya untuk kami mempertemukan kedua ibu bapa kami nanti??
Assalammualaikum kpd yg b’kenaan
sy p’knalkn diri sy dgn nama mia…
Sy m’punya teman lelaki 13 thn tua dr sy.. Sy amt m’cntai n m’nyayangi dirinya spnh hati… Pd mulanya b’kwn dgn dia fmly sy 0k je dgn dia…
Tapi lama2 ibu sy kurang suka pd dia dgn alasan teman laki sy ni x brapa mesra.. Utk pngthuan yg b’knaan sy dh bnyk kali putus cnta krna fmly x rstu jd bnda ni buatkn sy amt t’tekan,sdh n kcwa…sy sdh sngt knpa plhn sy juga d’reject?.fmly sy ada 7 org adq bradik sy ank k’5 dr 7..abg p’tma,abg k’dua,kakak k’3 abg k’4 dh pnh m’rasa p’khwinan(kawin)
k’kadang sy rasa cmburu n iri hati ngn adq bradik sy dh kwin smua ikut plhan sndri.tp knpa sy x?.. Sy slalu b’d0a agar hati keluarga sy d’lmbutkn utk mnrima si dia…sy sdar tnpa restu ibu bapa hdup sy x kn bhgia.knpa susah sngt mrka trma plhan sy.bg sy mrka t’lalu crwet utk m’mlh yg smpurna.tp bg sy smua mhluk ciptaan ALLAH x smpurna.. Bntui sy.sy tngah buntu,sdh,kcwa n t’tkan
Assalammualaikum kpd yg b’kenaan
sy mia… Sy b’um0 23 thn bulan 10 thn ni
yg b’knaan sprti mana sy crta kn td bntui la sy.sy x tau nk buat mcm mana… Tapi 0rg tua sy agak kras hati utk mrima dia…
F0r y0ur inf0rmati0n syukur alhamdulilah pihak lelaki b0leh mrima sy s’adanya..
Fmly phk laki prnah b’tnya pd sy bila nk bg date t0k mereka merisik sy…utk pngtahuan yg b’knaan ibu ku b’bulu bila dgr tntg dia bgai mana sy nk pujuk ibu sy.sy slalu t’tkn,kcwa n sdh ngn sikap kras hati ibu ku…apa yg sy tulis ni bukan nk burukn nama baik keluarga sy.tp sy sngt buntu,sy lth ngn krnah mrka yg t’lalu crwet m’milih.0h ye teman lelaki sy 13 thn beza dia b’krja sbgai chef..bg sy dia cukup smpurna bg sy pnh sy t’fikir knpa p’kara baik mcm ni msti ada halangan n dugaan.adakah mrka x tahu btapa diri sy sngt sdh,cmburu,iri hati,kcwa ngn fmly ku sndri.bntui sy..sy x reti buka e-mail jika b’knaan baik hati tlg p0st kn c0mment yg mgndungi nsht yg baik pd msg fb sy di nicholaspandora@yahoo.com..tlg jgn hanta d’wall sy.nanti fmly sy kata sy nk buruk2kn dia0rg..skian trma ksh g0d bless u salam
K0men ini sy tujukn kpda aien cry..sebak bila sy bca mslh saudari…utk pngthuan aien if teman lelaki saudari b’ktrunan sy kwin ngn saudari ank yg bkl lahir tu blh dpt ktrunan syd jgak walaupn saudari bkn ktrunan syd n sh..ktrunan tu kira syd tulen..lain la mcm sy..sy ktrunan syd gak tp teman lelaki sy skrg ni bkn dr ktrunan syd.maka bkl ank kami x blh ada nama syd atau sharifah.kal0 letak nama dpn syd atau sh nama blkng ttp x de ktrunan tu x jd asli .ktrunan lbh kuat belah lelaki…tp t’pulang la pd fmly belah lelaki 2 nk trma atau x.fmly sy yg lelaki smua kwin dgn 0rg biasa tnpa ada ktrunan kami.ank abg2 sy tetap syd n sharifah.maaf kl0 sy tulis ni saudari x faham
Salam.. sy baru saja pergi merisik sorang gadis dan sy bercadang untuk bertunang dengannya.. gadis ni diperkenalkan oleh tok guru al-quran sy.. parent sy n parent pihak perempuan dah berstuju.. tok guru sy pulak sgt2 berharap sy diikatkan dengan gadis itu.. tetapi tuan badan masih lagi berdiam diri.. sedikit nasihat sy perlukan .. apa yg patut sy bt?
Salam,
Saya pun ada crita yg nak dikongsi dan kdg2 buat saya down sgt2..pilihan hati tidak direstui ibu bapa. Saya ingin tahu apakah cara yg terbaik blh dilakukan jika tidak dpt restu? sy ingin berterus terang dan berbincang dgn ibubapa sy,tapi hati ini x kuat..saya takot utk berdepan dgn mereka.
Kwn lelaki sy juga ingin berjumpa dgn ibu bapa sy,tp sy masih ckp bersabar dan bersabar..masa blm sampai,kerana sy tahu tahap kekerasan ibu bapa sy,dan sy xnak kwn lelaki sy malu dgn apa yg bakal dituturkan oleh ibu bapa sy.. kdg2 hati saya jd down sgt2..
salam..hbgan kami tahun nie kalo tidak br 2 taun atas sbb family akhrnye sy terpaksa melepas kan die tahun lepas..tuhan saje yg tau perasaan sy ketika 2..pelbagai cara family sy atur kan untuk sy mlupakan bekas kekasih..tp atas dasar cinta sy kuatkan semangat untuk teguhkan kembali cinta kami yg hampir2x telerai ..tp sekuat mana kita setia,sehebat mana kita mrancang,sekeras mana kita mnunggu,jika ALLAH tidak menulis jodoh kita untuk bsama kita tetap tidak akan bersama..sy redha ..tp sy tahu da hikmah setiap ape yng berlaku..alhamdullah hbgan sy ngan bf sy br ni direstui mak ayah n family..
Assalamualaikum,
Sy telah 2 kali menyatakan hasrat kepada mak saya untuk berkahwin dengan pilihan sy…tetapi hasrat sy ditolak dengan jawapan…carilah yg lebih muda…yg ada rupa…tp yg bkn asal usulnya dari terengganu..umur gadis pilihan sy umurnya sebaya dengan sy..ada paras rupa juga..pada sy…yg penting…akhlak…budibahasanya…agamanya yg menjadi pilihan sy…sy macam buntu skrg..x taw nk buat apa skrng…apa yg mak sy ckp kt sy..sy berterus terang dgn gadis pilihan sy…apa yg perlu sy buat..
salam….
sekadar ingin berkongsi dengan semua.. susah jgk kadag2 nak puaskan hati ibu bapa nie..di tambah pula dengan kehendak dan pandanagan dari saudara mara terdekat..sy dn pasanagn berkenanlan smsa menjadi guru sandaran..diawal perkenalan kami hanyalah rakan setugas…selama 1thn sy mengenali die melalui rakan sekerja dan masyarakat sekeliling..die seorag yg sagt matag dan betanggungjawab walaupn 2thn muda dari sy…tanpa disedari die meluahkan perasaan untuk mengenali sy dgn lebih serius, maka dengan beraniya die memaklumkan hasrat hati untuk berjumpa dengan ibubapa sy untuk menyatakan keseriusan die untuk berkawan dengn sy… bayangkan die berhadapan dgn ibubapa sy secara 3 penjuru..dan d asak dengan pelbagai soalan…yg pasti die mmg bersungguh untuk menjadikan sy istrinya…dn memberikan tempoh slma 1 thn untuk mghantar rombongan peminangn..ketika itu..kami masih blm mempunya kerja tetap.. alhamdulillah..mgkin ade jdoh antara kami…pertengahan jun 2010 sy dapat keje tetap..die pn dapat tapi lewat sebulan dari sy..dlm tempoh 2..kami merancg utk bertunang hujung disember 2011..kurg dari seminggu dari tempoh pertunangn..sy dan pasanagn mendapat tawaran untuk sambung bljar di IPG tajaan khas dari KPM utk GSTT… satu peluang yg mmg kami tunggu slma nie….. isu yg paling besr adalah.. tempoh pengajian slma 5th 6 bln..yg mana..selama tempoh nie..x dibenarkan mengandung…kemudian kalau kami ingin berkahwin ada ahli keluarga yg x bagi kami sambung belajar…cukup lah dengan keje skrg…antara sy dn pasanagn..kami sama2 meminati bidang perguruan..tawaran yg dtg adalah 1 dlm sejuta… kami d beri kata 2dari keluarga sy..kalau sambung belajar…x boleh kawin dalm masa 2-3thn terdekat@ kekal dengan keje skg dn boleh kawin dlm thn 2012 jgk…..dlm seminggu sblm majlis pertunangan…setiap masa akan ada perbincanagn ttg masa depan..sepanjang tempoh itu…pasti ada pertengkaran antara sy dan keluarga..+ pula dengan pandanagn dari makcik dan pakcik sebelah ibu dan ayah…kalau masuk bab hantaran plk..kalau boleh nenek sy nak letak 15k.. d sebabkan ade pendidikan+rupa dan kerjaya…mmg pasanagn sy mampu memenuhi permintaan tersebut..tapi di sebabkan kami tlh membuat keputusan untuk sambung belajar dn berkahwi..x sampai hati rasanya untuk sy bebankn pasangan semata2 untuk memenuhi kehendak keluarga… uk pengetahuan semua smasa tmpoh pengajian selama 5thn 6bln kami hnya d berikan alaun yg berjumlah 1/3 dari gaji sy dan pasanagn….mmg mkn hati…susah sgt3 nak buat keputusan…hnya air mata jadi teman..hari rabu baru g cari barag nak buat hantaran untuk majlis pertunangn sedgkan majlis hari sabtu ptg… dlm masa 2 hari shj buat persiapan..walaupan masih blm ada kata putus utk kerjaya dan masa depn..ibu dan bapa serta adik lelaki memberikan komitmen 100% memastikan semunya berjalan dengan lancar dan terbaik… semasa majlis perbincanagn antara 2 keluarga… lain plk..mas erbincnagn 2 keluarga…pasal hantaran…pasal sambung bljr..pasal penetapan tarikh kenduri…serius…mase 2 sangat menakutkan penuh debaran….yg pasti pada 31 disember 2011 sy telah menjadi tunagn org :) walaupn bnyak persolan blm terjawab… pegang la pd kata nie..andai ada jodoh..susah mcm manapn..ttp akan bersatu…doa+doa+ikhtiar+usha+tawakal… InsyaAllah…ape pn jgn belakangkan ibu bapa.. Redo Allah adalah bile Ibubapa kite redo pada kita… :)