Selamat Tahun Baru 2012

Selamat selamat tinggal tahun 2011 dan selamat datang tahun baru 2012! :heart: :heart:

Pastinya banyak kenangan yang telah tercipta pada tahun ini, tidak kira yang manis ataupun pahit. Apa yang penting itu semua kenangan kan? Dengan kenangan dan pengalaman inilah ia menggerakkan kita ke tahun hadapan yang lebih mencabar dan menjadikan kita bersedia untuk menghadapinya.

Benar, tahun ini sahaja kita telah melalui tak kurang hebatnya cabaran daripada segi kewangan, memandangkan ekonomi yang semakin menekan kesan daripada kenaikan harga petrol dan sekaligus menaikkan harga barang-barang keperluan asasi harian kita. Walau bagaimana peritnya kesan ekonomi itu namun kita terpaksa juga melangkah dan terus melangkah kerana itulah kehidupan. Memang tidak akan ada penyudahnya dengan menyalahkan pihak itu dan pihak ini kerana seolah tiada siapa mendengar rintihan rakyat. Walaupun begitu kita masih ada cara untuk mengelakkan daripada hidup terus terhimpit dan terhimpit oleh desakan kewangan. Bagaimana kalau kita pasangkan azam baru tahun depan dengan perancangan yang rapi dan kemas akan perbelanjaan keluarga? tentu menarik bukan.

Kurangkan pembelian terhadap perkara yang kurang penting sebaliknya tumpukan kepada yang lebih penting. Rancang sebelum berbelanja dan ke pasaraya membeli barangan harian, daripada membeli keperluan secara runcit anda ubah kepada membeli secara borong atau large size yang mana harganya lebih murah berbanding memberi secara mini seperti peralatan mandian, keperluan dapur dan sebagainya.

Selain merancang pembelian, anda juga boleh teruskan minat menabung dengan menyediakan tabung di rumah untuk memasukkan wang lebihan pembelian yang ada dalam saku anda. Dengan menabung beginilah lebihan wang anda yang sepetutnya di simpan tidak dihabiskan kepada perkara-perkara yang tidak perlu.

Andalah orang yang paling berkuasa menjadi penentu hala tuju kewangan anda. Samada anda mahu atau tidak, ia berdasarkan usaha dan kebijaksanaan anda. Jadikan tahun hadapan adalah tahun yang paling bijak dan cemerlang bagi anda, jangan biarkan ia statik atau lebih teruk daripada tahun ini.

Salam ukhwah dari seluruh Team Fitrah Power Resources. wassalam..