Sedar Kesilapan Diri
-
Nama: nor hidayah
Tarikh Terima Emel: December 30, 2008, 9:08 amSoalan:
Assalamualaikum. Rakan saya pernah melakukan zina bersama teman lelakinya. sekarang dia telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan dan telah bertaubat. Dia bakal berkahwin dengan orang lain. Masalahnya dia ragu-ragu dengan keadaan dirinya adakah dia boleh bahagia dan haruskah dia menceritakan sejarah silamnya kepada bakal suaminya? Adakah perkahwinannya boleh bahagia?Waalaikumsalam Warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada nor hidayah kerana menghantar emel kepada saya. Setiap manusia di atas dunia ini tidak akan terlepas melakukan kesilapan dan kesalahan. Apa yang lebih penting ilah kawan hidayah telah menyedari kesilapan diri dan mula berfikir untuk kembali ke pangkal jalan. Itu adalah mujahadah yang terbaik untuk memulakan hidup baru. Dalam situasi dirinya yang ingin mendirikan rumah tangga dengan orang lain sudah pasti akan wujud jurang dengan perasaan rendah di atas kesilapan yang pernah dilakukan.
Perkahwinan adalah ikatan dua hati yang redha dengan kelemahan dan kelebihan diri pasangan masing-masing. Untuk mengelakkan sesuatu buruk di dalam rumah tangga pada kemudian hari, berterus terang adalah cara yang terbaik. Namun bagaimana caranya perlulah mengikut kebijaksanaan kawan Hidayah kerana dia lebih mengenali bakal suaminya.
Insya Allah kalau kawan Hidayah benar-benar telah bertaubat dan benar-benar ingin berubah dengan membina kehidupan yang baru, terangkan dengan ikhlas pada bakal suami. Doakan supaya bakal suami kawan hidayah dapat menerima kawan hidayah tersebut.








January 25th, 2009 at 1:13 pm
setiap manusia akan pernah melakukan kesilapan, tak kira besar atau kecik… tapi dosa zina ini memang amat besar dosanya… hanya dengan taubat nasuha sahaja yang dapat membuatkan dosanya terampun, insyaallah…
February 24th, 2009 at 6:11 pm
salam..saya tertarik dengan soalan yang diajukan.Berdasarkan pemahaman saya,pihak fitrahpower menyarankan agar sahabat norhidayah berterus-terang dengan bakal suaminya.Tetapi, pada pendapat saya, di dalam masalah seperti ini,sahabat norhidayah tidak perlu berterus terang dengan bakal suaminya.Cukup sekadar jika sahabat norhidayah beri’tikad untuk tidak menulangi kesilapan lalu.Seingat saya,kejadian seperti ini pernah berlaku di zaman Rsulullah saw dan baginda menyarankan agar merahsiakan perkara berikut.Wallahua’lam..Maaf sekiranya terlanjur kata,sekadar berkongsi pendapat.salam..
March 2nd, 2009 at 11:31 am
Perkahwinan memerlukan keikhlasan dalam menerima pasangan. sekiranya tidak berterus terang, maka apabila berkahwin dalam keadaan tidak tahu situasi tersebut maka lelaki tersebut sudah pasti kecewa dan akan melakukan tindakan di atas kekecewaannya. tetapi andai berterus trg, keikhlasan jelas wujud di hatinya menerima seseorang walaupun wanita tersebut pernah melakukan kesalahan. Wallahu a’lam
May 27th, 2009 at 3:32 pm
Salam..bagaimana kalau sekiranya tujuan hidayah merahsiakan adalah untuk memelihara keaiban dirinya? kerana Allah itu Melindungi keaiban hamba2Nya yang sedia bertaubat… mohon pandangan, terima kasih.
June 9th, 2009 at 7:36 pm
salam…saya rasa begitu dekat dengan kisah ini kerana saya mengalami masalah yang serupa dengan sahabat saudari hidayah.. saya telah melakukan kesilapan dan saya sedang bergelut untuk kembali ke pangkal jalan…saya rasa saya faham apa yang sedang dialami oleh sahabat tersebut di mana jika kisahnya diceritakan, aibnya akan terbuka..jika suaminya mampu menerima dengan hati terbuka, alhamdulillah…jika tidak? apa yang akan terjadi? jika suaminya tidak ikhlas menerimanya, mungkin akan ada versi ungkin mengungkit di kemudian hari…Mohon pandangan ustaz…wallahua’alam..
September 28th, 2009 at 3:24 pm
salam.. saya tertarik dengan komen ajlaa zulkifli…
betul ke d zaman Rasulullah saw perkara ini berlaku?