Logo Background RSS

» Spiritual Leadership Training (SLT)

    spiritual-leadership-training

    Adakah Anda…

    Kecewa kerana sering dikritik oleh bos?
    Antara alasannya: mungkin kualiti kepimpinan anda kurang baik di mata beliau.

    Resah kerana karier anda tidak berkembang?
    Satu sebabnya: Mungkin kepemimpinan anda kurang menyerlah di mata senior anda.

    Risau kerana pendapatan anda statik?
    Satu puncanya: Mungkin kepemimpinan anda kurang produktif dan efektif.

    Suka marah-marah di pejabat kerana tidak puas hati dengan staf?
    Satu kemungkinannya: Boleh jadi gaya kepemimpinan anda tidak mereka sukai.

    Mengeluh kerana pandangan dan buah fikiran anda sering ditentang pihak atasan?
    Satu alasannya: Jangan-jangan kepemimpinan anda tidak popular di mata mereka.

    Jelas sekali kepimpinan yang bermasalah akan memberikan kesan negatif kepada profesion anda. Kepimpinan yang lemah memudahkan orang lain mengambil kesempatan kepada diri anda. Tetapi bagaimanakah caranya untuk membina sebuah kepimpinan yang mantap?

    Bukan mudah untuk memimpin! Itulah perkataan pertama yang keluar dari hati seorang pemimpin. Lebih-lebih lagi bila memegang jawatan tinggi dalam sesebuah jabatan atau kementerian atau mungkin juga syarikat tempat anda bekerja.

    Memimpin memerlukan kemahiran tertentu agar dapat memberikan kesan yang efektif kepada staf di bawah anda. Kemahiran juga memerlukan keyakinan dan pendekatan yang kreatif agar proses memimpin lebih mudah dan fleksibel kepada semua golongan yang menjadi sasaran pimpinan.

    Bina kepimpinan diri anda dengan lebih efektif mulai sekarang. Sertai kami dalam “Spiritual Leadership Training” kursus yang mampu mengubah gaya kepimpinan anda. Kami bakal menggilap potensi kepimpinan yang ada dalam diri anda.

    Kursus ini akan diadakan sebagaimana berikut:

    Tarikh : [Hubungi Kami]
    Lokasi : Palm Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya (Klik di sini untuk peta di Google Map)
    Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang

    TENTATIF KURSUS
    Hari Pertama
    8.00 pagi : Pendaftaran
    8.30 pagi : Menenun Benang Persahabatan
    9.00 pagi : Konsep Kepimpinan Spiritual
    10.30 pagi : Minum Pagi
    11.00 pagi : Elemen Kepimpinan Spiritual
    12.30 tgh : Makan Tengah Hari / Solat Zohor
    2.00 ptg : Tarbiah Kepimpinan Spiritual
    5.00 ptg : Minum Petang/ Bersurai

    Hari Kedua
    8.30 pagi : Kemahiran Kepimpinan Spiritual
    10.30 pagi : Minum Pagi
    11.00 pagi : Membina Komunikasi Berkesan
    12.30 tgh : Makan Tengah Hari / Solat Zohor
    2.30 ptg : Bengkel
    4.30 ptg : Kesan dan Pesan
    5.00 ptg : Minum Petang/ Bersurai

    Pendaftaran sedang dibuka sekarang!

    Klik di sini untuk download borang penyertaan “Spiritual Leadership Training” dalam format PDF.

    Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di: 03-89256725