Berjayakah Boikot?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hari ini sudah masuk hari yang ke-25 bumi Gaza dizalimi oleh zionis Israel untuk kesekian kalinya. Dan dalam tempoh ini jugalah suara dunia terus mengadakan bantahan dan tunjuk perasan sebagai dan kecaman terhadap golongan yang bergenetik pembunuh ini. Namun walaupun mangsa Gaza hidup dalam keadaan menderita, kita sebagai rakyat Malaysia yang mungkin hidup lebih aman daripada mereka seakan hanya terbit sebulat suara untuk memboikot segala produk-produk Yahudi, tetapi praktikalnya dapat dilihat begitu lemah dalam masyarakat kita.
Rasanya kita bukan sekadar memberikan bantuan kepada mereka, kerana itu semua tidak akan berjaya menyekat langkah-langkah kejam zionis ini terhadap Gaza. Bantuan akan meringankan beban mereka. Tetapi kekejaman Israel tidak akan terhenti kerana mereka masih mendapat sokongan daripada kita. Israel akan terus berbangga kerana kita terus menyokong produk mereka. Umat Islam seluruhnya perlu lebih sensitif untuk sama-sama membantu saudara yang menjadi mangsa Yahudi sejak 60 tahun yang lalu lagi.
Perlahan-lahan kita kena menyedari seandainya negara kita menerima nasib sebagaimana mereka? Bayangkanlah anak-anak kita menerima nasib seperti mereka, apakah perasaan kita melihat orang lain masih menyokong Yahudi dan seolah-olah terus membenarkan zionis kejam ini terus melakukan kekejaman kepada dunia? Fikirkanlah

