Posts tagged "kursus pra persaraan"

Selamat Menempuh Hari Persaraan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Fitrah untuk semua Sahabat Fitrah. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberi ruang oleh Allah untuk menikmati nikmat-nikmat dariNya.

Fitrah Power Resources telah berjaya mengendalikan Kursus Persediaan Dan Perancangan Persaraan yang dihadiri oleh seramai 21 orang peserta. Kursus ini dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 10 – 11 Februari 2009 bertempat Bukit Unggul Golf Country Club, Dengkil. Peserta-peserta kursus terdiri daripada pelbagai jawatan dan kebanyakannya akan menempuh persaraan pada tahun ini.

Pihak kami berterima kasih kepada pihak pengurusan UKM kerana memberi peluang untuk mengendalikan kursus ini dengan sebaik mungkin. Syabas kepada semua peserta kerana telah memberikan komitmen yang tinggi sepanjang kursus ini dijalankan. Persaraan adalah satu pengiktirafan kepada kalian terhadap jasa dan bakti yang telah diberikan sepanjang tempoh kerjaya.

Kami warga Fitrah Power mengucapkan “Selamat Bersara” kepada semua peserta kursus dan mudah-mudahan hubungan silaturahim yang terjalin bermula dua hari yang lepas tidak akan terhenti di sini.

Be the first to comment - What do you think?