class="tag"Posts Tagged ‘menantu tanpa restu’
Soal-Jawab:Menantu Tanpa Restu
Pengirim: Norzimah
Emel Diterima: 21 Disember 2008
Soalan
Sebelum saya bertanyakan soalan rasanya eloklah saya mulakan dengan menceritakan masalah yang saya hadapi. Saya merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Saya baru sahaja tamat pengajian dan sudahpun mendapat pekerjaan. Sebaik sahaja tamat pengajian, saya telah membuka pintu hati saya untuk seorang lelaki yang hampir 2 tahun berusaha memikat saya. Akhirnya, setelah melakukan solat istikharah, saya telah menerimanya.
