Posts tagged "motivasi diri"

Menjadi Trainer ( Jurulatih ) yang Handal

Dalam sesebuah pelatihan, trainer adalah antara individu yang menjadi penggerak utama, dan juga menjadi pusat tumpuan utama peserta semasa memberi pelatihan dan pengarahan. Seorang trainer juga seboleh mungkin membantu peserta dalam menganalisa persoalan-persoalan mengenai masalah-masalah dalam latihan, memberikan nasihat-nasihat yang diperlukan juga informasi-informasi yang diperlukan peserta sehingga mereka dapat mengatasi persoalan yang sedang dihadapi.

FUNGSI TRAINER DALAM PELATIHAN

Selain peranan seperti di atas, seorang trainer juga harus dapat melakukan beberapa hal di bawah ini:

  1. Mengembangkan konsep pelatihan dalam batas waktu tertentu.
  2. Menyusun rangkaian proses belajar ( aktiviti dalam latihan )
  3. Menetapkan tingkat kemampuan yang sebaiknya dicapai peserta.
  4. Meraih simpati dan kepercayaan dari para peserta pelatihan
  5. Memiliki konsep diri yang baik dan berkomitmen dalam melaksanakannya.
  6. Berempati, sehingga mampu dengan cepat mengetahui permasalahan yang dihadapi peserta.
  7. Mampu melibatkan diri dengan audiens dengan aktif
  8. Mampu membuat peserta aktif dalam latihan
  9. Mampu mengatasi tekanan emosional.

TRAINER JUGA MANUSIA

Trainer juga seperti manusia lain, yang punya kelemahan dan bukan seorang yang serba tahu dalam segala perkara, dan tidak terlepas daripada memiliki kekurangan. Mungkin juga trainer akan melakukan kesilapan.

Trainer hanya tahu lebih dahulu atau lebih maju dalam bidang-bidang tertentu daripada peserta, ia memiliki pengalaman dan mempunyai persediaan dalam menyampaikan pengetahuan tertentu yang mungkin lebih dulu dan lebih baik dibanding peserta.

Atas dasar itu, maka ia mempunyai kelebihan untuk membimbing sebuah latihan. Namun ia bukan ‘boss’ bagi peserta. Atas prinsip kesamaan ini akan memberi impak yang positif dalam menciptakan suasana yang kondusif dalam proses memindah maklumat / pengalaman selama pelatihan. Suasana yang akrab dan penuh kekeluargaan akan terbentuk kerana tidak ada jarak antara peserta pelatihan dengan trainer. Hal ini akan meransang peserta untuk aktif dalam latihan.

Trainer membimbing bukan dengan cara memerintah, melainkan dengan cara memberikan contoh, meransang dan mendorong peserta untuk berfikir sendiri untuk menyedari perasaan, pengalaman dan mencari jawapan sendiri.

Ikuti sambungan artikel ini minggu hadapan…

Be the first to comment - What do you think?

Kursus Kepimpinan Dinamik

 

Pengenalan Kursus

Kursus Kepimpinan Dinamik merupakan satu kursus yang digarap khas untuk menyerlahkan lagi nilai-nilai kepimpinan dan penyeliaan dalam diri peserta.  Karakter-karakter kepimpinan yang dibina berteraskan penghayatan spiritual mampu membina keyakinan dalam diri mereka untuk menghadapi cabaran-cabaran peranan sebagai pemimpin.

Methodologi pengajaran kursus ini termasuklah kuliah, sessi video, perbincangan, latihan individu, latihan kumpulan dan mainan peranan (role-play) dimana pelajar berpeluang memahami dengan mendalam prinsip-prinsip penyeliaan yang berkesan dan melakukan peranan mereka dengan baik

Objektif Kursus

Setelah mengikuti kursus ini, para peserta akan memperolehi;

  • Pemahaman tentang roses pengurusan, fungsi dan tanggungjawab utama pemimpin.
  • Kemahiran komunikasi interpersonal dan kaedah-kaedah berkesan berkomunikasi di tempat kerja.
  • Mengetahui kaedah-keadah berkesan membahagi dan menugaskan kerja.
  • Mengetahui kaedah-kaedah berkesan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
  • Konsep motivasi dan kaedah-kaedah berkesan medorong dan memotivasi  pekerja.
  • Memperoleh pengalaman tentang kaedah-kaedah bagaimana membina dan memantapkan lagi kepaduan dan kerjasama dalam pasukan.

Pakej

Kami menyediakan pakej untuk 3 hari 2 malam, peserta seramai 40 orang ++.

Harga: Anda boleh mendapatkan sebutharga daripada pihak kami dengan menghubungi no tel seperti di bawah.

 

Hubungi kami di pejabat;

FITRAH POWER RESOURCES

NO 12 TINGKAT 1 JALAN 3/7,

BANGI PERDANA, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

Tel      : +603 – 8925 6725 / +603-8925 5722

Faks    : +603 – 8925 6727

Website: www.fitrahpower.com

Email: info@fitrahpower.com


 

 

 

Be the first to comment - What do you think?

Program Pembangunan Modal Insan

 

 

Assalamualaikum wbt…

Team FP baru sahaja selesai menguruskan Program Pembangunan Modal Insan anjuran Yayasan Bank Rakyat yang bertempat di Mardi, Serdang Selangor pada 9 – 13 Mac 2012.

Antara pengisian program adalah How To Think Out of The Box, Seni Asas Khat, Seni Mempertahankan diri, Time Management, Klinik Fatihah, Solat Sempurna dan macam-macam lagi aktiviti yang boleh membina keyakinan peserta dan membangun jati diri mereka.

 

 

Antara testimoni daripada peserta yang telah mengikuti kursus ini:

 

1 comment - What do you think?

Berfikir Dari Banyak Sudut

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

cara-berfikir

Manusia sentiasa berfikir dan berfikir selagi anugerah otak yang dianugerahkan oleh Allah SWT ini masih dapat berfungsi sebaik mungkin. Terutama dalam membuat keputusan untuk sesuatu perkara, atau mungkin juga berfikir dalam membuat penilaian tentang sesuatu.

Ramai di antara kita sememangnya mengetahui bahawa sesuatu keputusan yang baik yang diputuskan sudah tentu dipengaruhi oleh sudut-sudut pandangan tertentu. Semakin banyak sudut pandangan yang difikirkan maka sudah tentu keputusan dapat dihasilkan dengan cara yang terbaik. Tetapi bagaimana untuk berfikir dari sudut yang berbeza? Inilah yang menjadi sedikit sebanyak persoalan yang sering berlaku kepada mereka yang gagal untuk membuat keputusan yang baik.

Berfikir dari banyak sudut bermaksud berfikir tentang sesuatu masalah atau perkara yang difikirkan dengan melihat tentang kebaikan dan keburukan, positif dan negatif dan juga tersurat dan tersirat kepada masalah tersebut. Terutama bila permasalahan yang banyak melibatkan antara hubungan manusia sesama manusia. Bukan mudah untuk membuat keputusan dalam situasi seperti ini. Perselisihan faham sering kali akan menjadi lebih buruk jika berfikir hanya dilihat dari satu sudut sahaja dan mendengar dari satu pihak semata-mata.

Dalam situasi seperti ini cara berfikir amat penting dan perlu sensitif terhadap keseluruhan masalah. Jika konflik seumpama ini hanya difikirkan dari satu sudut sahaja atau mungkin mendengar dari satu pihak sahaja maka keputusan yang diputuskan sudah pasti akan memberi impak yang tidak baik dan juga bakal menyakiti hati sebahagian pihak yang lain.

Berfikir dari banyak sudut perlu dilakukan secara rasional dan terbuka serta tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jangan sekali-kali membuat keputusan dalam keadaan emosi yang tidak stabil seperti dalam keadaan marah, sedih atau juga mungkin bersikap untuk kepentingan diri dan peribadi. Andai perkara-perkara ini mempengaruhi setiap sudut pandangan maka sudah tentu keputusan yang dicipta juga tidak tepat dan akan mengundang konflik-konflik yang lebih sukar untuk diselesaikan.

1 comment - What do you think?