Program Didik Fitrah (PDF)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya, Fitrah Power Resources telah berjaya melaksanakan Program Didik Fitrah ( PDF ) pada 28 Mac 2008 di Danau Golf Club UKM dengan penyertaan sebanyak 26 orang peserta. Program ini adalah julung kalinya diadakan atas permintaan ramai khususnya daripada para ibu bapa yang pernah menyertai kursus-kursus anjuran Fitrah Power Resources sebelum ini. Maka dengan perancangan dan pelaksanaan pemasaran yang belum mencapai tahap maksimum ini, kami telah berjaya mengumpulkan penyertaan peserta dengan jumlah yang sangat sesuai ini iaitu 26 orang.
Antara objektif yang disasarkan kepada peserta PDF ini adalah untuk membina keyakinan diri, semangat kerjasama kumpulan dan melahirkan si cilik yang berjiwa spiritual. Melihatkan kepada gejala sosial yang berleluasa kini, maka Fitrah Power turut mengambil peranan dalam memberi sumbangan daripada segi kepakaran mendidik dan mempengaruhi anak-anak serta memotivasikan mereka ke arah pembentukan jiwa dan penerapan cara hidup Islam yang sebenar.
Berikut adalah foto program sepanjang hari berlangsungnya PDF yang disertai oleh para peserta yang sangat aktif dan bijak.
Read more…
Program Didik Fitrah (PDF)
Ramai ibu bapa bimbang tentang sikap anak-anak mereka yang semakin hari tidak dapat mengurus diri dengan baik terutama dalam soal yang mengambil mudah perkara-perkara ibadah serta tidak berkomitmen dalam pendidikan akademik. Sememangnya tidak mudah untuk membentuk anak-anak untuk menjadi acuan yang baik sehingga mereka meningkat dewasa.
Oleh kerana itu Fitrah Power Resources menggunakan pendekatan Program Didik Fitrah sebagai modul utama dalam merealisasikan apa yang difikirkan oleh anda sebagai ibu bapa. Program ihi hanya berlangsung selama 1 hari (28 Mac 2009).
OBJEKTIF
1. Mengenali kelebihan dan kelemahan para pelajar dalam melakukan perubahan diri.
2. Memberikan bimbingan emosi dan spiritual kepada para pelajar.
3. Memotivasikan para pelajar untuk lebih berdaya saing dalam mencapai kejayaan.
PENDEKATAN PROGRAM
Ceramah interaktif | Games | Role Play | LDK | Didik Hibur
PENCERAMAH
Dikendalikan sepenuhnya Ustaz Ahmad Shukri Yusoff, Perunding Utama/Pengarah Urusan Fitrah Power Resources
SIAPA YANG PATUT MENYERTAI?
Para pelajar sekolah rendah yang berumur 10-12 tahun.
YURAN PROGRAM
Yuran penyertaan ialah RM100.
PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat melalui tunai/cek/bank in atas nama Fitrah Power Resources selewat-lewatnya 3 hari sebelum program. Berikut adalah maklumat yang diperlukan.
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor Akaun : 16018010008223
Nama : Fitrah Power Resources
TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi : Pendaftaran
8.30 pagi : Ice Breaking
9.00 pagi : Mengenali Potensi Diri
10.30 pagi : Minum Pagi
11.00 pagi : Motivasi Pelajar Cemerlang
12.30 tgh : Makan Tengah Hari / Solat Zohor
2.00 ptg : Menghargai Jasa Ibu Bapa
3.30 ptg : Anak Harapan
4.30 ptg : Minum Petang
5.00 ptg : Slot Bersama Ibu Bapa
5.30 ptg : Bersurai
Klik di sini untuk Download Borang Penyertaan Program Didik Fitrah (PDF)
Nota: Slip pembayaran dan Borang Penyertaan Program Didik Fitrah (PDF) perlu dibawa pada hari pendaftaran.

