Fitrah Power - Kursus Motivasi Tingkatkan Keupayaan Diri » suami isteri

Yakin dengan Pasangan Anda!
Memang kita sukar meramalkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Lalu tatkala berada di persimpangan untuk memilih sesuatu yang terbaik, kita sering memejamkan mata dan meneruskan langkah, dengan menaruh harapan itulah yang terbaik buat kita.

Apakah tindakan kita itu betul?

Jangan Was-was

Sama ada ia terbaik atau sebaliknya, sekali kita telah mengambil keputusan dan berjalan di atasnya, kita memang tidak boleh berpatah balik. Sekali kita melangkah untuk mencapai matlamat kita, kita memang tidak harus berasa was-was lagi. Mengapa harus berpatah balik jika itulah langkah yang telah kita yakini paling tepat untuk kita? Masa hadapan tiada siapa tahu, apa yang dilakukan hari ini adalah mukaddimah kepada satu kejayaan ataupun satu kegagalan di hari muka. Pokoknya, kita harus melangkah.

Sebagai seorang manusia yang cintakan kecemerlangan kita perlu meneruskan usaha. Sama ada kita yakini keputusan yang kita buat itu terbaik atau sebaliknya, langkah perlu terus diorak. Jadi, mengapa harus was-was dengan pilihan yang dibuat?

Mengapa Berasa Sangsi?

Jika anda telah mengambil seseorang untuk dijadikan pasangan hidup, setelah anda membuat pilihan dan merasmikan pilihan anda melalui ijab dan kabul, anda tidak boleh berpatah balik. Mengapa mesti berpatah balik? Mengapa mesti menoleh-noleh dan berasa sangsi dengan pilihan anda itu? Mengapa  tidak teruskan sahaja dan mendapatkankecemerlangan di situ?

Demikian juga jika anda seorang wanita yang telah memilih seorang lelaki untuk bernama suami. Mengapa setelah membuat keputusan dan menerimanya sebagai seorang suami anda masih berdolak-dalik dengan menyatakan anda telah tersalah pilih? Mengapa harus sangsi, mengapa harus mempertikaikan keputusan yang telah dibuat?

Rasa Sangsi Permainan Syaitan

Rasa sangsi atau was-was apakah pilihan anda itu terbaik atau tidak akan hanya menyebabkan hati anda dipermainkan-mainkan oleh syaitan. Syaitan memang mencari peluang menusuk jarum hasutannya supaya rumah-rumah anda goyah kerana anda tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pasangan hidup anda itu. Kebahagian 100% yang sepatutnya  anda nikmati tidak dapat anda kecapi sebab ada sangsi, was-was dan merasakan ada pilihan yang lebih baik di luar sana daripada pilihan yang telah di buat.

Mengapa perlu begitu? Mengapa tidak anda mantapkan hati dan terus membina kecemerlangan hidup rumah tangga  bersama si dia yang telah anda pilih dan merelakan diri untuk bergelar suami atau isteri melalui lafaz ijab dan kabul.

Yakini Pasangan Anda Adalah Yang Terbaik

Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda dan tiada orang lain yang lebih baik daripadanya. Tumpukan sepenuh perhatian terhadapnya dan berikan kasih sayang sepenuhnya kepada dia. Jika pasangan anda juga demikian, tidakkah kecemerlangan dan kebahagiaan adalah jawapan kepada kehidupan anda nanti?

Malangnya, kalau kita jengok-jengok sejenak keadaan di sekeliling kita, kita akan melihat, mendengar atau terjebak dengan situasi kalut, di mana seorang isteri menyangka ada ramai lagi lelaki di luar sana yang lebih baik daripada suaminya. Atau menyangka ramai lagi lelaki yang masih tertarik kepadanya. Kalaulah dia memilih si anu si anu, alangkah baiknya. Demikian juga seorang suami yang merasakan dia telah membuat pilihan yang salah kerana masih ramai wanita yang sedia memberikan layanan yang lebih baik daripada yang diterimanya kini. Mengapa begitu? Sampai bila hendak berasa rumput di seberang sungai lebih hijau dan subur daripada yang dihadapan mata? Sampai bila hendak mengangan-angankan sesuatu yang di luar jangkauan, sedangkan yang pasti sudah sedia disisi? Alangkah baiknya menganggap pilihan yang asal itulah yang terbaik dan membina  kecemerlangan di situ?

Demikian juga dalam apa jua hal dan keadaan. Dalam bidang pekerjaan misalnya, setelah anda memohon sesuatu jawatan dan mendapat jawatan itu, mengapa masih ada rasa sangsi, was-was dan tidak bekenan? Bukankah itu akan hanya menyebabkan anda malas, lemah, tiada motivasi diri dan lemban untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu?

Lalu, jawapannya apa? Anda tidak akan muncul sebagai seorang yang cemerlang. Orang lain semakin mahir anda masih tertolak-tolak untuk membuat sesuatu. Orang lain sudah mendapat pangkat dan gaji yang lumayan, anda masih di takuk yang lama. Masih berwas-was, masih berkalau-kalau, masih tidak percaya pilihan anda itu yang terbaik. Justeru, di manakah sudahnya? Mengapa perlu berdolak-dalik dengan pilihan yang telah dibuat? Setiap dolak-dalik, sangsi dan was-was akan hanya menyebabkan anda kehilangan hormat diri. Natijahnya anda akan gagal dan berada jauh dari kecemerlangan.

Keputusan Memerlukan Kesungguhan dan Keyakinan

Sebagaimana memilih pasangan hidup, memilih kerjaya, apa juga keputusan yang perlu anda  buat sebenarnya menuntut kesungguhan, keyakinan dan kemantapan hati. Hanya dengan kesungguhan dan keyakinan anda akan berjaya, hanya dengan kemantapan hati anda akan dihormati.

Maka hargailah pasangan anda. Yakinilah dia insan terbaik yang telah ditentukan buat anda. Binalah kecemerlangan melalui dia di sisi. Bantulah minda anda membina imaginasi yang adil, tenang dan bulai…

Artikel Rujukan:

Membina Hati Bahagia; penulis Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Artikel yang berkenaan dengan Yakin dengan Pasangan Anda!

Azam Baru Atau Azam Lama?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam tahun baru kepada semua Sahabat Fitrah. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan ...

Mengapa Perlu Berpakaian Kemas?

Pakaian kemas menunjukkan perbezaan profesion anda Perasan atau tidak bukan semua kerja memerlukan anda berpakaian kemas. Contohnya jika anda seorang buruh kasar, nelayan atau pesawah ...

Antara Dua Cinta

Antara dua cinta, memang sesuatu yang merumitkan kerana kita terpaksa membuat dua pilihan. Membuat pilihan adalah satu perkara yang agak membebankan, tetapi nukilan kali ini ...

8 Cara Menjadi Isteri Dambaan Suami

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam fitrah untuk semua sahabat yang sentiasa berhubung dengan kami di laman web ini. Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan ...

Sebutlah ‘Insya Allah’

Assalamualaikum w.b.t Salam Fitrah buat semua Sahabat Fitrah dan pengunjung laman ini. Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua. Melafazkan janji atau merancang sesuatu pekerjaan untuk ...

8 Cara Menjadi Suami Terhebat
Assalamualaikum w.b.t.

Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.

1. Imam Solat

Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya.  Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama

Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang

Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak

Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’

Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian

Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri

Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah suami serba tahu

Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

Artikel yang berkenaan dengan 8 Cara Menjadi Suami Terhebat

8 Cara Menjadi Isteri Dambaan Suami

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam fitrah untuk semua sahabat yang sentiasa berhubung dengan kami di laman web ini. Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan ...

Bagaimana Memberikan Penghargaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dalam kehidupan ini banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk memberikan penghargaan dan juga sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga kepada ...

Mengajar Famili Mengurus Pakaian

Ramai para ibu yang selalu mengeluh kerana tidak ada masa untuk menguruskan pakaian kerana masa yang perlu diperuntukkan untuk waktu bekerja. Namun tip-tip di bawah ...

Pentingnya mengurus emosi

ALAM rumah tangga ibarat belayar di samudera, dalam tempoh perjalanan yang belum pasti itu, tentu menghadapi pelbagai pancaroba dan ujian. Ibarat gigi dan lidah, suami ...

10 Cara Memenangi Hati Ibu Mertua

Assalamualaikum. Salam Fitrah untuk semua pengujung. Hari ini saya akan kongsikan 10 tips atau petua bagaimana memenangi hati ibu mertua. Sebaik sahaja selesai diijab kabul, ...