Fitrah Power - Kursus Motivasi Tingkatkan Keupayaan Diri » tips

Menjadi Trainer ( Jurulatih ) yang Handal
Dalam sesebuah pelatihan, trainer adalah antara individu yang menjadi penggerak utama, dan juga menjadi pusat tumpuan utama peserta semasa memberi pelatihan dan pengarahan. Seorang trainer juga seboleh mungkin membantu peserta dalam menganalisa persoalan-persoalan mengenai masalah-masalah dalam latihan, memberikan nasihat-nasihat yang diperlukan juga informasi-informasi yang diperlukan peserta sehingga mereka dapat mengatasi persoalan yang sedang dihadapi.

FUNGSI TRAINER DALAM PELATIHAN

Selain peranan seperti di atas, seorang trainer juga harus dapat melakukan beberapa hal di bawah ini:

Mengembangkan konsep pelatihan dalam batas waktu tertentu.

Menyusun rangkaian proses belajar ( aktiviti dalam latihan )

Menetapkan tingkat kemampuan yang sebaiknya dicapai peserta.

Meraih simpati dan kepercayaan dari para peserta pelatihan

Memiliki konsep diri yang baik dan berkomitmen dalam melaksanakannya.

Berempati, sehingga mampu dengan cepat mengetahui permasalahan yang dihadapi peserta.

Mampu melibatkan diri dengan audiens dengan aktif

Mampu membuat peserta aktif dalam latihan

Mampu mengatasi tekanan emosional.

TRAINER JUGA MANUSIA

Trainer juga seperti manusia lain, yang punya kelemahan dan bukan seorang yang serba tahu dalam segala perkara, dan tidak terlepas daripada memiliki kekurangan. Mungkin juga trainer akan melakukan kesilapan.

Trainer hanya tahu lebih dahulu atau lebih maju dalam bidang-bidang tertentu daripada peserta, ia memiliki pengalaman dan mempunyai persediaan dalam menyampaikan pengetahuan tertentu yang mungkin lebih dulu dan lebih baik dibanding peserta.

Atas dasar itu, maka ia mempunyai kelebihan untuk membimbing sebuah latihan. Namun ia bukan ‘boss’ bagi peserta. Atas prinsip kesamaan ini akan memberi impak yang positif dalam menciptakan suasana yang kondusif dalam proses memindah maklumat / pengalaman selama pelatihan. Suasana yang akrab dan penuh kekeluargaan akan terbentuk kerana tidak ada jarak antara peserta pelatihan dengan trainer. Hal ini akan meransang peserta untuk aktif dalam latihan.

Trainer membimbing bukan dengan cara memerintah, melainkan dengan cara memberikan contoh, meransang dan mendorong peserta untuk berfikir sendiri untuk menyedari perasaan, pengalaman dan mencari jawapan sendiri.

Ikuti sambungan artikel ini minggu hadapan…

Artikel yang berkenaan dengan Menjadi Trainer ( Jurulatih ) yang Handal

Menjadi Trainer ( Jurulatih ) yang Handal II

TIP MENJADI TRAINER YANG BERJAYA Untuk menjadikan trainer berjaya dalam menjalankan tugasnya membimbing peserta, ada beberapa tip yang harus digunakan; Bina keakraban dan saling percaya ...

Panduan Menjadi Fasilitator Berkesan

Fasilitator yang berkesan adalah seorang yang mempunyai peribadi yang mantap dan berwibawa dan mempunyai ciri-ciri yang membolehkannya diterima oleh kumpulan. Fasilitator adalah orang yang sangat ...

Bagaimana Menggilap Potensi

Alhamdulillah segala puji dan puja kepada Allah SWT yang telah memberikan bakat dan potensi kepada kita sebagai insan. Terima kasih kepada Yayasan Selangor (YS) kerana ...

Berfikir Dari Banyak Sudut

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Manusia sentiasa berfikir dan berfikir selagi anugerah otak yang dianugerahkan oleh Allah SWT ini masih dapat berfungsi sebaik mungkin. Terutama dalam membuat keputusan ...

Kursus Kepimpinan Dinamik

Pengenalan Kursus Kursus Kepimpinan Dinamik merupakan satu kursus yang digarap khas untuk menyerlahkan lagi nilai-nilai kepimpinan dan penyeliaan dalam diri peserta.  Karakter-karakter kepimpinan yang ...

Terapi Solat Dhuha
Asslamualaikum wbt…

Solat Dhuha itu magnet rezeki, pembuka rezeki, penarik rezeki dan bermacam-macam lagi istilah digunakan untuk menunujukkan bahawa Solat Dhuha itu sebagai salah satu cara untuk murah rezeki dan juga alat penghubung supaya Allah bermurah hati untuk menambahkan rezeki buat hamba-Nya. Namun begitu, bukan senang bagi mereka yang tidak pernah melakukan solat ini apatah lagi waktunya itu adalah masa ketika kita baru hendak memulakan pekerjaan di awal pagi. Namun, apabila kita membaca kelebihan-kelebihan solat Dhuha ini, mungkin kita akan lebih bermotivasi untuk mengamalkan solat ini, kalau pun tidak setiap hari, mungkin seminggu sekali.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi

Kelebihannya

Dia tergolong dikalangan orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah

Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga

Diberikan ketenangan dalam hati dan kepuasan dalam setiap pekerjaan.

Menarik rezeki dan menolak kepapaan.

Diberikan rezeki ( bukan sahaja dalam bentuk kemewahan wang ringgit sahaja ) tetapi rezeki anak yang soleh, isteri atau suami yang bertanggungjawab dan menenangkan jiwa, pekerjaan yang halal dan diberkati.

Allah memudahkan segala urusan

Diberikan rezeki sihat tubuh badan

Diberikan rezeki keturunan yang soleh dan dihormati.

Diberikan rezeki rakan sekerja, jiran-jiran, sanak saudara dan orang sekeliling yang baik budi pekerti.

Waktunya

Dari setelah matahari meninggi sejengkal , lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari. Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu tersebut.

Rakaatnya

Dari paling sedikit dua rakaan dan mengikut riwayat yang sah paling banyak 12 rakaat. Tidak boleh dilakukan kurang daripada dua rakaat.

Tatacaranya

Setelah pasti masuknya waktu Dhuha, maka lakukanlah dalam keadaan berwuduk. Dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.

Rakaat Pertama

1. Niat dalam hati dengan berkata, ” Sahaja Saya Solat Dhuha dua/empat rakaat kerana Allah ”

2. Takbir

3. Baca Doa Iftitah

4. BacaTa’awwudz

5. Baca Surah al-Fatihah

6. Baca apa-apa sahaja surah dipilih

7. Takbir dan rukuk

8. Iktidal dan bacaannya

9.Sujud dan bacaannya

10. Duduk dan Bacaannya

11. Sujud dan bacaannya

12. bangun rakaat kedua dengan takbir.

Rakaat kedua

1. Baca surah al-Fatihah

2. Baca apa-apa ahaja surah yang dipilih

3. Takbir dan rukuk

4. Iktidal dan bacaannya

5. Sujud dan bacaannya

6. Duduk dan bacaannya

7. Sujud dan bacaannya

8. Duduk tahiyat akhir dan bacaannya

9. Salam Penutup

Kemudian kalau di kehendaki, ditambah dua rakaat lagi dengan mengulangi cara tertera di atas dan seterusnya hingga 12 rakaat semuanya.

Pada sujud yang terakhir pada setiap dua rakaat kita sebutkan segala doa dan hajat kita, kita boleh sujud berapa lama dan meminta sebanyak doa yang di khendaki.

Solat Sunat Dhuha adalah antara solat individu yang tidak boleh dilakukan secara berjemaah.

Doa Solat Dhuha

Selesai solat, bolehlah dibacakan doa di atas, dan dibawah adalah pengertiannya:

“Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,

Cahayanya cahaya-Mu, keindahannya keindahan-Mu, Kekuatannya kekuatanMu,

Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit, maka turunkannya.

Jika ada di bumi keluarkannya, Jika ianya jauh perdekatkannya,

Dan jika ia hampir maka permudahkannya, dan jika ia haram maka bersihkannya…

Dengan kebenaran dhuha-Mu, cahaya-Mu, kekuatan-Mu dan keindahan-Mu,

limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.

Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.”

Dengan sedikit pendedahan tentang rahsia solat Dhuha ini, dapat membuka hati kita untuk mula menjadikan dhuha itu amalan harian. Insyallah…

Artikel yang berkenaan dengan Terapi Solat Dhuha

Mencari Keberkatan Rezeki

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang yang terbiasa dengan meminta-minta, dia akan datang pada hari kiamat tanpa secebis daging pun di wajahnya." Riwayat Bukhari dan ...

Rahsia Pergerakan Otot dalam Solat

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat. Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak (qiyam) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di ...

Banyakkan Memberi Jika Mahu Banyak Menerima

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dari Jabir bin' Abdullah r.a., katanya: "Aku hadir solat 'Id bersama-sama Rasulullah saw. pada hari 'Id. Mula-mula beliau solat sebelum berkhutbah tanpa ...

Tazkirah – Menggapai Lailatul Qadr

Assalamualaikum wbt. Salam Ramadhan buat semua pelawat dan pembaca yang budiman. Makna Lailatul Qadr Lailatul Qadr adalah malam diturunkannya al-Quran oleh Allah Ta'ala. Namun begitu ...

Wasiat Rasul – Bertawakkal Dan Berharap

Assalamualaikum wbt. Salam Fitrah untuk semua pengunjung laman web ini.Pada hari yang penuh rahmat ini, marilah kita sama-sama mengingati wasiat baginda Rasulullah s.a.w sebagai satu ...

10 Cara Memenangi Hati Ibu Mertua
Assalamualaikum. Salam Fitrah untuk semua pengujung. Hari ini saya akan kongsikan 10 tips atau petua bagaimana memenangi hati ibu mertua.

Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai suami/isteri yang sah. Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya.

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar suami/isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.

Hingga berjumpa lagi di lain posting, wassalam.

Artikel yang berkenaan dengan 10 Cara Memenangi Hati Ibu Mertua

8 Cara Menjadi Isteri Dambaan Suami

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam fitrah untuk semua sahabat yang sentiasa berhubung dengan kami di laman web ini. Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan ...

5 Perkara Yang Boss Selalu Terlepas Pandang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua Sahabat Fitrah yang dikasihi. Semoga hari ini lebih bermakna untuk menjadi motivasi hari esok. Cuba anda semua perhatikan bagaimana personaliti ...

Bagaimana Memberikan Penghargaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dalam kehidupan ini banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk memberikan penghargaan dan juga sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga kepada ...

8 Cara Menjadi Suami Terhebat

Assalamualaikum w.b.t.  Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. ...

Azam Baru Atau Azam Lama?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam tahun baru kepada semua Sahabat Fitrah. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan ...