Keikhlasan Seorang Hamba..
Assalamualaikum semua,
Bersua kembali kita di Alam maya ini, sedikit perkongsian pada hari ini ialah berkenaan dengan kisah Orang yang bersifat ikhlas. Semoga kita sama-sama dapat menghayati kisah ini….
Pada Suatu hari seorang ulama yang terkenal mendapat berita bahawa tak jauh dari kampungnya terdapat sepohon pokok yang sering didatangi penduduk untuk meletakkan sajian makanan dan melakukan amalan penyembahan, supaya memohon keberkatan dari pohon yang diyakini memiliki kekuatan magik. Mendengar berita itu, ulama tersebut mengambil parang dan bergegas ke sana untuk memberikan khutbah dan kalau perlu ingin menebang pokok itu. Di tengah jalan, rupanya syaitan telah menjelma menjadi pemuda yang gagah dan kuat telah menghalang perjalanannya.
Dia gembira kalau banyak warga desa yang menjadi temannya. “Mahu pergi ke mana Ustaz?” tanya pemuda tadi. “Aku akan mengingatkan penduduk kampung agar meninggalkan kepercayaan sesat dan aku akan tebang pokok yang membuat orang menjadi musyrik itu,” jawab ulama tersebut. Pemuda itu pun menggertak, ”Aku pemilik dan penjaga pokok itu. Siapa pun yang hendak menebang, mesti melawan aku dahulu.” Setelah ulama tadi mencuba untuk berbicara sebaiknya namun tidak berjaya, akhirnya terjadilah pergaduhan diantara Ustaz yang kecil dan kurus melawan pemuda yang gagah dan kuat itu. Pada akhir pergaduhan, pemuda tadi kalah.
Maka ustaz mendatangi dan menasihati penduduk yang sedang menyembah pokok itu, agar menjauhkan diri dan menasihati mereka supaya tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut. Selang beberapa hari, rupanya masih lagi tidak berubah. Terdapat juga segelintir penduduk yang menyembah pokok tersebut. Ustaz itu pergi lagi untuk memberi khutbah. Di tengah jalan, syaitan yang menjelma menjadi pemuda perkasa dan gagah menghalangnya, memujuk agar jangan menebang pokok sambil menghulurkan wang yang banyak ditangannya. Ustaz itu pun marah, merasa terhina, dan berlaku pergaduhan lagi. Pada akhir pergaduhan, pemuda tersebut turut mengalami nasib yang sama seperti sebelumnya…
kisah selanjutnya akan dipaparkan pada pertemuan akan datang…semoga dapat bertemu kembali. wallahua’lam


