Apa Matlamat Hidup Kita?
Assalamualaikum wbt. Salam fitrah untuk semua sahabat yang masih memberikan sokongan kepada laman web ini.
“Sesungguhnya solatku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku adalah kerana Allah SWT, Tuhan sekalian alam.” [Al-An'am: 162]
Kita sebagai insan sering lalai apakah matlamat hidup kita. Walaupun sebenarnya sebagai muslim kita amat mempunyai matlamat hidup yang sangat jelas. Cuma penghayatan diri terhadap matlamat ini yang menjadikan diri kita tidak menyedari.
Ayat di atas merupakan ayat yang selalu kita ulang dan ulang di dalam 5 kali solat fardhu yang kita tunaikan. Jelas sekali bahawa kehidupan ini sememangnya perlu dikhususkan hanya kerana Allah. Bahkan juga kematian kita selepas kehidupan yang fana ini adalah bermatlamatkan Allah.
Antara perkara penting yang perlu kita utamakan ialah ibadah kita adakah kita laksanakan ibadah kerana Allah atau sebaliknya. Satu kekeliruan yang berlaku dalam masyarakat kita ialah skop ibadah hanya terfokus pada aktiviti-aktiviti yang berbentuk spiritual.
Sedangkan ibadah meliputi segala aspek kehidupan termasuk bekerja, bermuamalat sesama manusia, berbuat baik kepada haiwan bahkan melihat alam ciptaan Allah SWT juga dikira sebagai ibadah sekiranya melihat dengan cara merenung kebesaran yang Allah ciptakan.
Dalam ruang Syaaban yang masih bersisa ini, seeloknya kita cuba mencari keberkatan ibadah dengan kita meningkatkan amalan-amalan kehidupan kita dengan kita menyandarkan segala amalan harian kita kepada Allah. Mudah-mudah seluruh kehidupan kita hanya kerana-Nya.
2 Responses to “Apa Matlamat Hidup Kita?”
-
Assalammualikum ustaz,
Alhamdulillah saya pun tak sangka boleh termasuk blog ustaz nie. Sememangnya kebetulan.Sebetulnya saya masuk website TV9 nak review semula kata kata ahli panel semalam yang membicarakan mengenai Al Aqsa.tapi punya ler cari last skali termasuk blog ustaz, dapat lihat semula halaqah.rezeki.Halaqah sebuah rancangan yang best sebab mengaitkan tentang isu semasa. congratulition.
Ustaz, I just want to give an advice, boleh ke ustaz bagi doa2 yang berguna.Doa bagi amalan seharian kita.Insya Allah boleh guna dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh cabaran. Just give surah ayat keberapa. selebihnya boleh cari dalam tafsir al-quran. So far tips2 yang ustaz bagi tu memang bagus dan alangkah bagus di iringi dengan doa.
Wassalam
Lynn.
-
Insya Allah akan kita usahakan nanti.

Leave a Reply
