Tazkirah - Belajar Memaafkan Orang Lain
August 4, 2008 – 9:48 amAssalamualaikum kepada semua Sahabat Fitrah yang saya kasihi.
“Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui “.
Inilah doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w tatkala Rasulullah diperleceh sambil dilontarkan
batu oleh penduduk Taif, tiada dendam dan tiada menaruh kemarahan yang dizahirkan oleh
Ar-Rasul walaupun dalam keadaan yang begitu kritikal.
Orang yang berjiwa besar ialah orang yang mampu memaafkan kesalahan orang lain walaupun betapa
sakit hati ketika kesalahan itu dilakukan ke atas dirinya kerana menyedari bahawa kemaafan
meraih kasih sayang Allah SWT, tidakkah Allah antara namaNya “ Al-Afuwwu” Maha Pemaaf,
maka ketika kita memaafkan kesalahan orang lain kita sedang berusaha merapatkan diri dengan
Maha Pemaaf!

Hakikatnya bukannya mudah memaafkan kesalahan orang lain tetapi kita gunakan perkataan belajar
memaafkan orang lain bagi memberi ruang yang lebih luas dalam hidup kita untuk memperbaiki diri.
Perhatikan hubungan kekeluargaan yang hambar kesan dari pasangan suami isteri, adik beradik,
jiran tetangga dan sanak saudara yang tidak mempraktikkan belajar memaafkan orang lain.
Marilah kita berusaha mencontohi keperibadian Qur`ani:
“Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya samada di waktu senang atau susah dan orang-orang yang menahan kemarahan serta memaafkan kesalahan orang lain” (Ali Imran : 134)
Ahmad Shukri Yusoff
www.fitrahpower.com







