Berbuat baik kepada kedua ibubapa
Assalamualaikum W.B.T. Salam Fitrah untuk semua pengunjung laman web ini.Sedikit Tazkirah ringkas sebagai peringatan bersama.
Sejak kita dilahirkan, kita telah dijaga, dibelai, dididik dan diasuh dengan begitu perihatin oleh kedua ibu bapa kita. Sewaktu kecil, apabila kita merengek di tengah malam buta, ibu kita dengan kerelaan hatinya terpaksa bersengkang mata untuk memujuk dan memberikan susu. Manakala ayah pula sibuk berusaha memastikan kehidupan keluarganya dalam keadaan yang baik agar kita dapat hidup dengan selesa dan sempurna.
Lihatlah betapa besarnya jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa kita. Apakah tindakan kita yang sewajarnya untuk membalas jasa mereka ini? Pernahkah selama ini kita membuatkan mereka kecil hati? Sesungguhnya ingatlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Derhaka kita kepada mereka bererti derhaka kita kepada Allah Taala. Taatilah mereka selagi mana tidak bercanggah dengan hukum Islam. Berusahalah membahagiakan mereka. Sentiasalah berdoa akan keselamatan dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya doa daripada anak-anak yang soleh inilah yang akan menerangi kehidupan mereka di alam barkzah nanti. Ingatlah suatu hari nanti kita juga bakal menjadi ibu dan ayah dan kita pasti akan mengharapkan agar dikurniakan anak-anak yang soleh sepertimana harapan ibu dan bapa kita juga.
One Response to “Berbuat baik kepada kedua ibubapa”
-

assalamualaikum ustaz,sekiranya ibu atau bapa selalu berat sebelah, dan selalu mengata anak dgn kata2 yg kesat apakah tindakan seorg anak itu sekiranya kekadg kesabaran sudah melebihi had.hny air mata yg mampu ditunjukkan..dlm kes sebegini bolehkah seorg anak membela diri nyaa..atau hny berdiam shj..sedgkn anak itu lah yg paling bnk berjasa kpd org tua ny..perlu ke wat xtau je dgn apa yg diorg ckpkan walaupun apa yg mereka ckpkn itu tdk benar..
Leave a Reply
