Tazkirah - Nisfu Syaaban

August 17, 2008 – 3:20 pm

Assalamualaikum kepada semua Sahabat Fitrah,
Semoga kita semua masih berada di bawah lindungan Allah SWT.

Dari Abi Salmah, dari Aisyah Radiallahuanha berkata: Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa
hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga
kami menyangka bahawa Baginda akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda
berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa
sunat lebih banyak daripada puasa di bulan Syaaban”.

Inilah antara kelebihan-kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya
yang mengisi bulan Syaaban dengan penuh kesyukuran dan pengabdian kepada Allah SWT. Baginda
Rasulullah s.a.w amat menghormati bulan ini dengan memperbanyakkan ibadah puasa sebagai satu
tazkiah atau penyucian jiwa kepada Allah SWT. Bulan Syaaban sebenarnya adalah latihan awal
sebelum umat Islam menghadapi Ramadhan yang mewajibkan kita untuk berpuasa.

Mudah-mudahan dalam kesibukan kita dengan urusan duniawi seperti urusan kerja, pejabat, sekolah,
keluarga dan sebagainya, kita masih mempunyai ruang untuk mendekatkan diri kepada Allah dan
memperbanyakkan amal ibadat sebagai bekalan untuk hari akhirat. Memperbanyakkan zikrullah, sedekah
dan membaca Al-Quran untuk sama-sama kita menghidupkan hari dan bulan yang mulia ini.

Post a Comment