Fitrah Power – Kursus Motivasi Tingkatkan Keupayaan Diri
 

10 Cara Memenangi Hati Ibu Mertua

Posted by Ustaz Shukri on 7/24/2008


Shadow

Assalamualaikum. Salam Fitrah untuk semua pengujung. Hari ini saya akan kongsikan 10 tips atau petua bagaimana memenangi hati ibu mertua.

Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai suami/isteri yang sah. Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya.

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar suami/isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu.
Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.

Hingga berjumpa lagi di lain posting, wassalam.

Shadow

20 Responses to “10 Cara Memenangi Hati Ibu Mertua”

  1. Posted by Ustaz Shukri on 7/24/2008

    salam, ustaz…
    Syukran di atas semua ini. ketibaan syawal ni cukup setahun saya berstatus menantu.. heheheh

  2. Posted by Ustaz Shukri on 7/24/2008

    Apa yang ditulis oleh ustz adalah benar semuanya insyAllah.Maafkan saya ye ustaz. Saya ingin berkongsi pengalaman dan amalan saya memenangi hati mertua saya. Setelah ibu saya tiada lagi. Saya alihkan kasih sayang saya pada mertua saya.Saya mencium tangan dan dahi mertua saya pada setiap pertemuan dan perpisahan dengannya serta memohon maaf diatas kesalahan saya padanya.Bak yang disedari atau tidak. Saya merasa malu dan janggal pada mulanya tapi ia menjadi satu nikmat akhirnya… Alhamdulillah.

  3. Posted by Ustaz Shukri on 7/24/2008

    alhamdulillah..:)

  4. Posted by Ustaz Shukri on 7/24/2008

    Saya sedih dgn apa yg berlaku dalam keluarga saya. Semoga kakak ipar saya diberi hidayah. Semoga dia dapat menghormati ibubapa mertuanya seperti mana dia menyayangi ibubapanya sendiri.

  5. Posted by Ustaz Shukri on 7/24/2008

    :em62:moga2 kita semua sentiasa berbahagia..seseorang yg bahagia tak semestinya memiliki yang terbaik,tetepi sentiasa melakukan yg terbaik dgn ape yg dimilikinya…

  6. Posted by Ustaz Shukri on 7/24/2008

    :em50: salam. cmne nk jd menantu yg disayangi..klo kita slalu jg ati mentua tp ati kiter xdijaga cmne?..mula2 leh la saba..atau wat xtau..tp lamer2..makan ati dibuatnyer..

  7. Posted by Ustaz Shukri on 7/24/2008

    :em50: assalammualaikum..ustaz..saya dah 11 tahun tinggal bersama mertua..baru 1 tahun beli rmh sendiri.saya & mak mertua mcm mak sendiri.kalau saya salah dia tegur mcm anak dia sendiri..kita org dah biasa sudah..apa yg ustaz cakap kah tu memang betul..di awal perkahwinan memang susah nak terima..saya diamkah aja,apa yg dia ajar dan minta mcm2 tapi insyaallah..skrg dah okay…

  8. Posted by Ustaz Shukri on 7/24/2008

    Assalammualaikum,saya baru setahun kahwin. Namun masih belum dapat menyesuaikan diri. Saya lagi sanggup berdiam diri dari bercakap dengan keluarga pasangan.Ayah dan mak mertua saya selalu komplen pasal saya.Sedangkan pasangan saya buat salah tak pernah ayah saya tegur…Saya memang pendiam.Saya malas nak berborak dengan mak dia yg tua buat macam muda.

  9. Posted by Ustaz Shukri on 7/24/2008

    buat DINDA…
    Masalah komunikasi selalu berlaku antara menantu dan mertua, ia berlaku mungkin kerana kesukaran kita untuk menyesuaikan diri dengan cara keluarga suami yang sangat berbeza dengan suasana keluarga kita yang sebenar. Namun masalah ini bukanlah tiada jalan penyelesaiannya, cuma atas kebijaksanaan kita mengatasi dan merawatnya. Sikap mendiam diri ini terjadi dalam dua keadaan. Pertama, diam kerana mengikut (patuh) dan kedua diam kerana menentang dalam hati. Diam kerana patuh dan kasih kepada mertua itu adalah sebaiknya, namun jika diam kerana menentang dan menahan rasa sakit hati dan rasa tidak puas hati itu seharusnya baiklah kita jauhi. Kerana jika dibiarkan ianya akan menimbulkan perasaan dendam dalam hati yang mungkin akan sedikit sebanyak terzahir melalui tindak balas kita terhadap mertua daripada segi tingkah laku dan riak wajah kita. Puan bolehlah nilai kembali dimana situasi hati puan berada bila bersama mertua. Puan juga perlu perluaskan ilmu dan praktikkan bagaimana hendak menambat hati mertua yang adakalanya sengaja berkelakuan ‘banyak songeh’ untuk menguji menantunya. Jika kita bijak bermain dengan emosi mertua, mana tahu suatu hari nanti kita menjadi menantu yang paling disayangi… Belajarlah untuk berkomunikasi dengan mertua secara baik kerana dengan komunikasi lah kita dapat mengenali siapa sebenarnya mertua kita itu dan begitulah sebaliknya…slamat mencuba…

  10. Posted by Ustaz Shukri on 7/24/2008

    salam..ustaz.. saya berumur 22 tahun, tunang saya berumur 26 tahun. ibu dan adik perempuan nya seolah2 tidak dpt menerima saya dlm keluarga mereka.. saya merasakan seperti mereka tak suka dengan kehadiran saya. pernah sekali mereka menyalahkan saya kerana hal yg kecil. namun saya merasakan seperti saya tak kan bahagia dgn tunang saya . saya takut selepas berkahwin perkara ini menjadi lebih rumit. bantu lah saya yg buntu..

  11. Posted by Ustaz Shukri on 7/24/2008

    salam ustaz saya belum berkahwin dan akan berkahwin tidak lama lagi,tetapi dari skrg saya dan pasangan saya sudah mula berbincang tentang dimana kami akan tinggal apabila sudah berkahwin nanti. tetapi masalahnya kami sudah berbincang tidak mahu tinggal bersama kedua ibu bapa kami,tapi sakarang bakal suami saya tidak mahu saya duduk dengan kedua ibu bapa saya,yer saya faham kenapa dia buat begitu atas banyak sebab,pasangan saya mahu saya tinggal dengan ibu dan ayah nya,saya tidak mahu dan mcm mana saya nak selesaikan masalah ini kerana pasangan saya tetap dengan keputusannya.

  12. Posted by Ustaz Shukri on 7/24/2008

    salam.
    Terima kasih kerana ustaz sudi untk berkongsi petua. petua2 ini pasti dapat membantu saya kelak. :em54:

  13. Posted by Ustaz Shukri on 7/24/2008

    Salam ustaz..saya berumur 36 tahun..telah berkahwin selama lebih dari 10 tahun.ibu mertua tinggal dengan kami, masalah nya saya seringkali naik angin dengan ibu mertua saya, dahulunya saya sangkat menghormati ibu mertua serta keluarga suami saya, tetapi sejak mengetahui mereka sering memburuk buruk kan saya…maka dengan sendirinya rasa hormat saya pada mereka hilang..ini menyebabkan saya serta suami saya sering bertengkar…saya sudah buntu dengan masalah yang saya hadapi ini…bantulah saya…

  14. Posted by Ustaz Shukri on 7/24/2008

    salam ustaz,

    saya telah berkahwin dgn pasangan saya selama 8thn dan tinggal bersama ibu mertua kerana bapa mertua sudah meninggal dunia. ibu mertua saya memang terang2 mengata dia tidak menyukai saya dari sebelum saya berkahwin dgn anak nya… tapi saya cuba untuk berbaik dgn nya… tapi gagal hingga sekarang…. dia sering menunjukkan sikap yg tak puas hati terhadap saya….. baru2 ni dia ada mengeluarkan kata2 yg tak sedap kpd saya…. adakah patut saya keluar dari rumah itu…..?

  15. Posted by Ustaz Shukri on 7/24/2008

    salam… saya berusia 22 tahun dan mempunyai psgn yg sebaya dengan saya. Saya da hampir 4 tahun berkawan dengannya. Keluarga saya pun sudah mengenali diri nya dan mereka semua tiada ape2 komen ttg die. pendek kata, mereka menghormati pilihan saya.

    Tapi, ape yang buat saya sedih adalah keluarga psgn saya seolah2 tidak menyukai saya. Saya dapat rasa begitu. Dari cara mereka melayani saya. Psgn saya m’punyai 3 org adek beradek (die ade 1 kakak dan die adalah kembar dan yg bongsu. Tapi kakak die ok dgn saya setakat ni). Boleh dikatakan, psgn saya ni adalah “anak mak” sebab ape2 kerja atau perkara yang mak die mahukan, pasti die yang selalu di suruh.

    Nak di jadikan cerita, 1 hari, saya mengajak die join family saya utk pegi picnic same2. Psgn saya bersutuju utk join (first time nk join, sebelum ni jumpe2 macam tu je dgn family). Tapi, sebelum die sampai ke rumah saya, die memberitahu saya yang die tak jadi pegi. Bile saya tanya knp, die enggan bagitau pada mula nya. Namun, selepas beberapa hari setelah di pujuk oleh saya utk memberitahu, die forward pd saya mesej2 yang mak die hantarkn pada die ketika die mahu join family saya. dlm msj tu, mak die ade kata yang takkan restukan hubungan kami lebih jauh dari ini. Saya betul2 rasa sedih dan kecik hati bila mak die cakap macam tu. Psgn saya turut merasa tekanan pada ketika itu.

    Bile saya bincang hal ni dengan die, die kata mungkin mak die tangah mara pd masa 2. Saya juga pernah minta putus dengan die kerana tak mahu jadi punca mak die berkecil hati dengan die kerana saya. Saya tak mahu berdosa. Tapi, die enggan putus. Sehingga sekarang, saya masih meneruskan hubungan kami. Saya mahu minta pendapat ustaz. Ptotkah saya meneruskan hbgn saya dgn die atau pun tidak? Saya berasa takot bile mak die cakap takkan restu hbgn kami lebih dari ini. Saya takot saya akan menderita jika kawin dengannya. Tolong la ustaz… Saya sangat keliru. saya selalu berdoa lepas solat agar di beri petunjuk sama ada die adalah jodoh saya ataupun tidak. Saya juga selalu berdoa, kalau die mmg jodoh saya, lembut kan lah hati mak die. tapi ustaz, saya sering merasa keliru sama ada patot meneruskan atau tidak hbgn sy dengan die sebab saya fikir mak die dah cakap perkataan TIDAK AKAN RESTU. Saya selalu dengar kisah2 pasangan yang tidak di restui. Hidup mereka susah dan sering di timpa masalah. Harap ustaz dapat memberi nasihat dan pandangan kepada saya.
    sekian terima kasih. Salam…

  16. Posted by Ustaz Shukri on 7/24/2008

    asslmkm ustaz,.,, saya ada masalah,.,. boleh tolong saya? saya seorang ustazah yang mengajar di kampung pasangan saya dan pasangan saya seorang imam rawatib dan guru kafa,.. saya memilih dia berasaskan agama,.. sudah setahun lebih kami bercinta,satu hari tu,.. saya bawa dia berjumpa dengan kuarga saya,.,. tapi kuarga saya tak setuju kerana kami dua tak setaraf,,. alasannya,. saya guru kerajaan dan mesti pilih guru kerajaan juga,.,. sedangkan saya tidak boleh hidup tanpa dia,.. tolong saya ustaz,.. saya tidak tahu apa lagi yang patut saya buat kalau saya pilih kuarga,,, saya akan tinggalkan dia,. tapi kalau saya pilih dia,.,.. saya takut kuarga saya tak restu,., bantu saya ustaz,..

  17. Posted by Ustaz Shukri on 7/24/2008

    ok ape makan ati dp jiran sblh tu makan tulang je..hehe :em32:

  18. Posted by Ustaz Shukri on 7/24/2008

    pada pendapat saya, jika ibu tidak merestui satu2 hubungan percintaan seeloknya pasangan itu perlu berkorban mencari cinta lain bagi menjaga hati ibu/bapa yang tidak merestui mereka.. kerana ibu/bapa yang melahirkan kita, membesarkan kita, menjaga makan pakai kita sejak dari kecil, takkan sampai hati kita melukai hati kedua orang tua kita kerana cinta yang belum tentu menjadi pasangan kita seumur hidup.. mungkin ada perkara yang ibu/bapa nampak pada pasangan yang membuatkan mereka menjadi tidak yakin untuk menyerahkan anak mereka kepada pasangan tersebut.. kita yang sedang bercinta selalunya memang tak nampak ape kekurangan yang ada pada pasangan kerana segalanya manis sebelum “dapat” tetapi ibu/bapa kita lebih peka dalam perkara2 tersebut kerana mereka lebih banyak pengalaman berbanding kita.. jadi bagi saya elok dihentikan hubungan percintaan kalian dan cuba menjadi sahabat dan masing2 perlu mencari cinta yang direstui ibu/bapa.. kerana perasaan kita semua umat manusia nie senang/mudah untuk berubah.. saya sendiri telah bertunang 3 kali sebelum mendapat restu daripada orang tua saya.. kerana selepas kita memutuskan hubungan dengan pasangan kita, baru la kita sedar ape kekurangan dan kelebihan yang ada pada pasangan tersebut yang menjadikan ibu/bapa kita tidak senang hati untuk melepaskan kita kepada pasangan tersebut.. sama2 la kita pikir2kan… ibu/bapa menjaga kita sejak kecil dan lebih memahami kita buruk baik kita, apa salahnya kita pula berkorban untuk menjaga hati mereka dan memenuhi kehendak mereka kerana mereka sudah puas memenuhi kehendak kita sejak kecil lagi…
    sekian..

  19. Posted by Ustaz Shukri on 7/24/2008

    terimakasih ustaz atas tips ni….mslh saya pelik sikit…mak mertua dok ngan saya & suka kat saya….lain macam sukanya….dia dah berumur tapi solid & bergaya lagi, adoih…

    dia suka pegang2 saya & manja2 dgn saya masa bini xda….bini saya x tau…tolong! apa saya nak buat… nak halau mak mertau saya keluar rumah ke?

    saya takut ter’main’ dgn mak mertua saya yg macam gersang tu… tolong saya apa sy nak buat

  20. Posted by Ustaz Shukri on 7/24/2008

    “Mila : Saya sedih dgn apa yg berlaku dalam keluarga saya. Semoga kakak ipar saya diberi hidayah. Semoga dia dapat menghormati ibubapa mertuanya seperti mana dia menyayangi ibubapanya sendiri” -> :em29: Saya pun menghadapi situasi yang sama….tp adik ipar yang langsung tak hormat pada mak saya (ibu tunggal) & ipar duainya. :em12: Macamanapun kami adikbadik tak penah putus asa berdoa agar dia diberi hidayah dan berubah. Ini peluang terakhir yang diberi oleh adik lelaki saya setelah byk kali diberi peluang. Semoga peluang terakhir ni akan memberikan kebahagiaan buat kami.Amin… :em69:

Leave a Reply

Shadow