Cuba Amalkan 15 Minit Sehari
-
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Terima kasih kepada semua Sahabat Fitrah kerana terus menyokong laman web motivasi Islam ini. Setiap hari kesibukan sentiasa mengejar diri kita. Terlalu banyak kesibukan yang mengejar masa untuk kita beribadah. Kekadang kita menyedari masa ibadah kita semakin berkurangan tetapi kita masih menunggu peluang untuk masa yang sesuai, barulah kita ingin melaksanakan tuntutan ibadah kita. Terutama dalam membaca Al-Quran, ramai di antara kita meletakkan pandangan membaca Al-Quran memerlukan masa yang panjang.
Kononnya masa yang singkat dan terkejar-kejar, tidak ada penghayatan. Tapi sebenarnya banyak masa kita terbuang begitu sahaja kerana tanggapan yang sebegini.
Sebenarnya hanya 15 minit sehari sudah memadai membaca Al-Quran untuk anda yang sibuk dengan kerja. Tahukah anda dalam masa 15 minit ini, pada tahap pembacaan orang biasa anda telah pun membaca dalam lingkungan 2-3 muka surat daripada mushaf Al-Quran. Bayangkan jika 15 minit ini anda amalkan dalam masa seminggu, bererti anda telah pun menghabiskan 14-21 muka surat daripada Al-Quran. Jika dalam masa 15 minit ini juga anda rasakan terlalu lama bagi anda, ambillah 5 minit setiap kali selepas solat untuk baca Quran. Insya Allah kita sama-sama amalkan tip ibadah ini dalam kehidupan kita bersama.








March 23rd, 2009 at 10:31 am
Memang lumrah manusia… sering lagho, alpa dan mencari alasan kalo nak buat perkara2 baik dan amal kebajikan. terima kasih di atas perkongsian tip yang amat bermakna, buat diri yang sering alpa.. insyaAllah.. Saya akan cuba amalkan 5-10 minit baca quran tiap hari.. Memang berbeza suasana hari yang dimulakan dengan baca quran…Sama2 lah kita mencari ketenagan..jom ngaji
March 30th, 2009 at 1:30 pm
Salam, nak tanya sekiranya sy mengambil masa 15min utk baca al-Quran, bolehkan saya berhenti kat mana2 ayat?
TQVM
June 19th, 2009 at 12:51 pm
July 22nd, 2009 at 1:20 pm
Salam Ust…
1.Bagaimana pula kiranya saya membaca alquran cara terus didalam internet (www.quran explorer)..waktu yang saya ambil ialah pada waktu rehat antara jam satu hingga jam dua.
Dalam hati bertanya adakah cara ini betul…mengaji tanpa berwuduk dan badan kita tidak bersih seperti lepas mengerjakan solat.