8 Cara Menjadi Suami Terhebat
-
Assalamualaikum w.b.t.
Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.
1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.
3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.








December 9th, 2008 at 8:19 pm
yg paling terhebat..setiap hari bagaikan mlm pertama!
December 15th, 2008 at 8:25 pm
Cara mjdi isteri terhebat ustaz?
December 16th, 2008 at 1:30 pm
ok nanti akan menyusul 8 cara menjadi isteri terhebat
March 4th, 2009 at 3:37 pm
assalamualaikum…saya nak minta pendapat ustaz, bagaimana seorang isteri nak atasi perasaan takut dan curiga pada suami..maksud saya, masalah yang sedang saya hadapi,saya sering takut suami ada perempuan lain, perasaan curiga, syak wasangka, saya cuba tak nak fikirkan, takut menjejaskan hubungan, tapi saya t boleh lari dari memikirkannya, padahal saya tahu suami amat menyayangi saya,terima kasih..
March 4th, 2009 at 11:03 pm
Was-was dan syak adalah bisikan syaitan. bahkan di dalam rumah tangga sememangnya ada syaitan yang tugasnya sememangnya untuk memecah belahkan keluarga. maka apa yang perlu tingkatkan ibadah dan tanamkan keyakinan pada suami. puan lebih mengenali kelebihan dan kekurangan suami puan.
September 25th, 2009 at 10:15 am
salam ya ustaz..saya pernah mengalami masalah rumah tangga…di mana rajuk saya yg berpanjangan di sebabkan sikap suami saya yg malas membantu saya di rumah. apatah lagi 2 tahun berturut2 saya mengandungkan anak saya yg ke 2 dan ke 3.
jadi di sebabkan mengandung saya sedikit emosi dan marah2 kerana kepenatan apatah lagi mengandung kan anak yg ketiga. semua kerja rumah saya lakukan sendirian sedangkan saya juga bekerja mencari nafkah.selesai bekerja saya mengambil anak2 di rumah jiran. bayangkan dengan perut yg semakin membesar 7 bulan++ saya masih mendukung anak yg ke 2 berumur 1 tahun. suami pula abaikan saya tanpa memberi nafkah. sehinggalah saya bersalin dan ketika 1 minggu berpantang saya dapat tahu dia ada hubungan perempuan lain.
hati saya remuk redam di buatnya.walaupun suami sudah kembali pada saya,hati saya sehingga kini teteap luka. saya sukar memaafkan kerana curang di belakang saya.bila di tanya apa salah saya katanya tiada malahan saya tidak pernah melakukan apa2 kesalahan pun.
ustaz,bagaimana saya ingin memaafkan suami saya? bagaimana juga saya ingin melupakan apa yg telah suami saya lakukan pada saya. byk perkara yg tidak dapat saya sebutkan di sini.
walaupun saya tahu sekarang suami sudah kembali dan menyayangi saya sepenuhnya,hati saya tetap sangsi.
bagaimana saya ingin memenangi semula hati suami saya? bagaimana pula saya ingin mendapatkan perhatian suami saya sepenuhnya semula pada saya dan anak2?
May 8th, 2010 at 9:02 am
sabar kak..TUHAN tu MAHA PENGAMPUN.jika dia dah kembali maka terimalah seikhlas hati.saya pasti dia akan berubah jika kita berubah.